Koperal Jenain Subi, 49, hari ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara setalah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah. (baca.)


Pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan dalam kejadian berkenaan.

Inilah gambar terakhir mangsa pada malam sebelum kejadian yang menimpa dirinya, dan baju kuning itu menjadi saksi betapa darah mengalir dari kepala adik Aminurrasyida rakannya pula berjaya melarikan diria rakannya pula berjaya melarikan diri.

TPM: Ada orang mengatakan: Kalau tengok TV dan dalam internet, bagaimana pihak polis bersungguh2 mengejar kereta yang dipandu oleh penjenaya; adakalanya sampai berpuluh kereta peronda mengejar kereta suspek, tak cukup dengan itu, polis mereka siap arahkan helikopter untuk mengesan kenderaan penjenayah tersebut.

Kalau boleh mereka rempuh kereta suspek, mereka rempuh; kalau boleh mereka kepung kereta suspek, mereka kepung; namun untuk melepaskan tembakan begitu saja tidak sama sekali, tembakan hanya dilepaskan bila merasakan suspek betul-betul merbahaya terutama bila nyawa orang awam juga terancam dek perbuatan suspek

Justeru bila berlaku kejadian tembak melibatkan adik Aminulrasyid, aku tertanya-tanya, sejauh mana TERANCAMNYA anggota polis terlibat sehingga dia perlu melepaskan tembakan ke arah mangsa?

Kita masih musykil, adakah polis telah benar-benar menggunakan segala kaedah yang perlu, hingga mereka tiada pilihan melainkan menembak mati adik Aminulrasyid?

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda