https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlMh1cZ7lqABZ2_RqwpPujimNAgywL1vjkO56qEB9kQgNZ3nLu4DcD-MADDFJ_LifUSV5dz7CijncOo5CrbKlCIgM__6U-fbSJH1odex7SFvF6A64GEwmVIA0MquCfr7qykjrOqMRK8jc/s1600/mat+lebam.jpg
Siapakah yang bertanggunjawab di atas kos sara hidup tinggi yang dibebankan kepada rakyat – adakah ia salah Dr Mahathir, Pak Lah atau Najib atau ketiga-tiga mereka sekali? (baca di sini...)

Rasanya Muhyiddin akan lebih bijak dan jujur di mata rakyat jika beliau pula cuba menjawab persoalan-persoalan ini secara jujur dan mengurangkan retorik.

Rasanya, tidak perlulah beliau mendakwa Malaysia sudah pun menjadi negara berkebajikan selagi rakyat dipaksa menerima pelbagai kenaikan harga barangan manakala kontrak-kontrak lumayan dibolot oleh juak-juak tertentu yang berkait dengan Umno.

Negara berkebajikan bermakna pemerintah yang telus, amanah dan sentiasa mengembalikan nikmat hasil bumi kepada rakyat dan tidak memperkayakan diri.

Negara berkebajikan tidak bermaksud memberi komisyen “atas angin” RM500 juta kepada syarikat kroni kononnya untuk menguruskan pembelian kapal selam yang akhirnya tidak boleh menyelam.

TPM: Timbalan Perdana Menteri seorang ini banyak benar beretorik. 1Malaysia Najib dan Muhyiddin sungguh mencabar rakyat dengan janji besar dan semacam memberi amaran kepada Pakatan Rakyat serta rakyat seluruhnya. Nafsu mereka sungguh tinggi di samping meninggikan cita-cita serta harga barangan keperluan marhein. Percayalah bahawa peratus besar rakyat semakin berasa pucat dengan fenomena yang terpaksa mereka hadapi kini baik dalam bidang politik, ekonomi maupun sosial. Apa lukisan kata sdr Zaman Bujang, komenter utama pada isu sama Malaysiakini:

PAS : Kami perjuangkan Islam.
BN : Kami telah perjuangkan Islam lbih dari 50 tahun.
PAS : Kami perjuang Negara Berkebajikan.
BN : Kami telah perjuang Negara Berkebajikan lbih 50 tahun.
PAS : Kami perjuangkan rasuah (banteras).
BN : Kami telah mengamalkan rasuah lbih 50 tahun.......
PAS : Haaa...kantoi.......

.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda