Murtad (Riddah) bermaksud meninggalkan ("keluar") dari Agama Islam. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (atheis)
Ada orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, dianggap sebagai berdosa besar Agama Islam melarang keras penganutnya murtad dan boleh diperangi jika mereka itu ramai.
Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia:
- Lemah pegangan agama serta jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.
- Memilih kebaikan dan nilai-nilai yang sesuai dengan nafsu diri yang ada dalam agama lain seperti faktor perkahwinan, mahu bebas dan pujukan rakan...
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang. (sila baca....)
Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.
Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.
TPM: SEMOGA KITA SEMUA DITETAPKAN HATI DAN DIRAHMATI ALLAH SENTIASA
Wan Adib Wan Roslan - Malaysiakini 14/06/11
- Cuba tgk perangkaan btul2! Permohonan mninggalkan islam sabah-238, n.sembilan 172! Biar betul! Sekecik2 n.sembilan pun ada permohonan seramai 172?? Tu dah dekat dgn sabah, negeri yg mmg ramai penganut kristian, dan negeri kedua terbesar dimalaysia!! Apa pehak berkuasa n.sembilan bawah umno/bn lakukan dlm program2 agama/ilmiah dan program2 kesedaran terhadap agama Islam sehingga begitu ramai permohonan utk mninggalkan agama Islam? Sila muhasabah la. ish ish ish...
.
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda