Pertengkaran di antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali semakin memuncak dan kini Ibrahim dilabelkan sebagai 'jaguh kampung'.

"Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu. Merujuk cabaran Ibrahim supaya ketua pemuda itu meletakkan jawatannya, Khairy berkata: “Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan.”

Pertengkaran kedua-dua mereka tercetus dua hari lalu apabila Khairy membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh Ibrahim berhubung isu biasiswa.
Ibrahim mengingatkan Pemuda Umno pimpinan KJ supaya jangan menjual bangsa dengan mempertahankan ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong yang mempersoalkan pemberian biasiswa oleh JPA dan MARA.


Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu.

"Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum.

TPM: Kita tidak tahu kedua orang pemimpin bukan dari PR ini punya insuran diri masing-masing atau tidak. Cakap-cakap yang keluar dari mulut mereka memang laser dan 'tah apa-apa. Telatah mereka baik di dalam dewan parlimen atau di luar, berhujah macam budak-budak. Mereka ketara mahukan publisiti dan berlainan dengan orang lain. Sombong dengan idea sendiri bagaikan orang lain semuanya tidak ada idea dan tanggungjawab. Sifat melulu mereka kadang-kadang memalukan negeri dan bangsa. Padan patutlah mereka bertelagah dan berbalah dalam menilai status diri serta kedudukan masing-masing.

3 Responses so far.

  1. Ustaz,
    Dua-duanya sama sahaja. Masing-masing hendka mencari populariti.

  2. Sdr ...terima kasih kerana sudi menziarah saya di kg tapang KB dan di sini. Ya benar, kedua2 sosok KJ dan IB bagai ayam jantan yang berkokok3...tetapi.... keduanya hanya layak menjadi watak utama dalam 'di negeri Mabok ' Marsli N.O.
    mabuk ada beza dengan Mabok...

  3. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda