Dr M: Lesen judi diluluskan jika saya berkuasa~~Malaysiakini

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan.

Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.

"Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.

"Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya lagi.Pada 14 Jun lalu, Mahathir berkata bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

Oleh: Salhan K Ahmad.

TPM: Rugi sungguh rakyat Malaysia tidak boleh berbuat maksiat, tidak boleh berbuat dosa berjudi. Demi politik gila dan mabuk wang, mantan PM memberi pendapat munkarnya. Dia bandingkan makanan babi dan judi. Makan babi haram dan najis mukhallazah bagi orang-orang Islam tetapi tiada kesan merosakkan masyarakat umumnya. Makan daging babi boleh secara individu atau ramai dan tidak merugikan sesiapa.

Tetapi bahana judi semua orang yang waras tahu buruknya. Akibat berjudi boleh membawa pergaduhan, menipu, mencuri, perceraian dan lain-lain. Ada pihak yang akan untung besar dan ada pihak yang akan rugi besar. Kerugian itulah yang akan merosak akal manusia, diri dan masyarakat. Takkanlah Tun Dr M jadi tidak waras untuk memikir gejala ini. Takkanlah beliau hilang kewarasan akibat keuntungan anakandanya Mirzan jadi bos berniaga pada San Miguel Cop. di Filipina.

Makin tua makin karut pendapat Tun Dr M; padan patutnya beliau tidak payah memberi pandangan mahu membela rakannya Vincent Tan dan kongsidosanya PM sekarang. Sepatutnya ada fatwa dikeluarkan oleh pihak Majlis Fatwa Kebangsaan tentang hukum manusia muslim yang memberi pendapat karut dan mughallazah begitu.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda