tanah anugerah hujan tropika
bersempadan segenting di utara
wilayah bertuah hijau menawan

pantai cahaya bulan sejahtera
daratannya dipupuk angin aman,
anak negeri diajar ingatkan Tuhan

darul-naim menyata nikmat sentiasa
si kijang berjinak bebas di taman iman

nyanyi wau bulan teraju tiga
teraju iman
teraju islam
teraju ihsan

kita mahu jadi umat terbaik
keluar menemui manusia lain
menyuruh mereka kepada makruf
mencegah mereka berbuat munkar
memohon Allah membuka hati setiap tamu
ampunilah, sungguh mereka masih tidak tahu.

tapang panji,
1 jamadiakhir 1429.
antologi Negeri Di Bawah Bulan.

4 Responses so far.

  1. Assalamualaiku.
    Bilamembaca sajak ini, saya hampir menitis air mata. Saya teringatkan Sultan Muhammad al-Fateh, yang memimpin Kerajaan Uthmaniah, membuka Kota Konstantinople dlm usia 21 thn. Berazam sejak kecil utk menjadi Pemimpin Yang Baik, kepada Negara dan Rakyat Yang Baik - selari dgn Hadis Baginda S.A.W yg menyatakan bhw hanya pemimpin sedemikian sahaja mampu mengalahkan Konstantinople. TQn - Ust. wan Anuar

  2. Negeri Di Bawah bulan, ana gambarkan sebuah negeri aman insya Allah dirahmati Allah; pemimpinnya dikurnia kebaikan, rakyatnya memperolehi kebajikan.

  3. Assalamualaikum.

    Suka saya membaca sajak ni tambah-tambah saya adalah orang Pulau Melaka.

    Kalau tamupulaumelaka tak keberatan, boleh ke saya copy sajak ni ke blog saya?

  4. salam. terimakasih kerana sudi menatap sajak NDB tu.sajak itu sebuah dari sajak2 dlm antologi terbaru saya dgn jodol Negeri Di Bawah Bulan.Berminat?
    No hal utk copy ke blog kakchik tu.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda