Sambutan ulang tahun ke-66 Umno yang akan berlangsung pada 11 Mei ini
memberikan keyakinan buat BN untuk kembali memperolehi majoriti dua
pertiga untuk memerintah Malaysia.
Ketua Penerangan Umno, Datuk
Ahmad Maslan menyandarkan keyakinannya itu berdasarkan pemerhatian
terhadap gerak kerja dan persediaan BN menjelang pilihan raya umum akan
datang.

"Saya positif dan optimis BN akan terus perintah Malaysia selepas pilihan raya umum akan datang.
"Saya sudah pergi banyak tempat dan pada firasat saya BN akan menawan
Selangor, Kelantan, Kedah dan beri sedikit masa lagi, BN mungkin akan
menawan Pulau Pinang dan mendapat majoriti dua pertiga semula," katanya
di Kuala Lumpur malam tadi.
TPM: Petikan dari Malaysiakini di atas menggambarkan betapa sombong @ takabburnya Ketua Peneranagn Umno nih. Firasat tanpa waras ni, boleh dijadikan bahan ketawa ataupun menjadi penawar bagi pencacai-pencacai yang sakit jiwa. Mantan PM merangkap bapa Datuk Mukhriz pernah menyatakan bahawa Umno telah 'BUSUK' hingga usus. Sudah sembuhkan Umno dan para penganut tegarnya dari sakit 'membusuk' itu?
Cakap-cakap Mat Lan di atas adalah kenyataan takpok beliau entah yang ke berapa. Beliau sering menilai sesuatu menurut cerminan kepala lututnya tanpa mengemuka dalil sahih yang boleh mencerdikkan rakyat. Kita harap selepas ini beliau tidak akan kencing berdiri tanpa basuh. Usahlah mngemukankan idea yang akan memeningkan kepala bos, walaupun beliau mahu mengubat bimbang gobar Umno-BN pasca protes duduk BERSIH tempoh hari.
Di bawah terdapat satu kenyataan solusi kajian tentang perkara sama, sila baca dan bandingkan:
K
ajian
yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan raya Universiti
Malaya (UMCEDEL) mendapati sokongan kepada Pakatan Rakyat lebih baik
berbanding Barisan Nasional di Selangor, Kedah dan Kelantan.
Kajian
ini menolak gembar gembur yang dibuat BN sekarang bahawa kerajaan
negeri Pakatan Rakyat di ketiga-tiga negeri itu akan jatuh dalam pilihan
raya umum akan datang.
"Kalau ada kereta bocor di tepi jalan itu salah Umno. Kalau ada motorsikal bocor itu salah Umno. Kalau ada basikal bocor di tepi jalan di dalam hutan yang tak ada orang lalu lalang, itu pun salah Umno.
"Mereka ini sudah bankrap idea, semua salahkan Umno. Ada orang liwat orang lain, Umno yang kena. Dia yang sedap, kita yang kena," kata Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.
Dengan sinis beliau menepis dakwaan yang mengaitkan serangan ke atas siswa yang berkhemah di Dataran Merdeka dalam satu kejadian awal pagi ini. Katanya lagi orang akan menyalahkan Umno atas semua masalah yang dihadapi mereka. ( baca lagi ....)
TPM: ADA ORANG KATA: MEMANG SALAH UMNO...
KALAU TAK SAMSENG BUKAN UMNO NAMANYA.. Sebab...Kalau melibatkan isu pentadbiran dan keselamatan negara, rakyat memang akan menyalahkan UMNO sebab UMNO/BN yg memegang kuasa pentadbiran negara. JADI MEMANG SALAH UMNO!~
~ Ditanya lanjut mengenai dakwaan siswa berkenaan yang mengaitkan tindakan samseng itu dengan parti Umno, Ahmad berkata: "Saya tak tahu, saya sedang tidur semalam. Orang tidur di rumah, bukan di padang." Tak tahu jangan cakap!!! kah...kah...kah...lol.