Sambutan ulang tahun ke-66 Umno yang akan berlangsung pada 11 Mei ini memberikan keyakinan buat BN untuk kembali memperolehi majoriti dua pertiga untuk memerintah Malaysia.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyandarkan keyakinannya itu berdasarkan pemerhatian terhadap gerak kerja dan persediaan BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

NONE"Saya positif dan optimis BN akan terus perintah Malaysia selepas pilihan raya umum akan datang.

"Saya sudah pergi banyak tempat dan pada firasat saya BN akan menawan Selangor, Kelantan, Kedah dan beri sedikit masa lagi, BN mungkin akan menawan Pulau Pinang dan mendapat majoriti dua pertiga semula," katanya di Kuala Lumpur malam tadi. 

TPM: Petikan dari Malaysiakini di atas menggambarkan betapa sombong @ takabburnya Ketua Peneranagn Umno nih.  Firasat tanpa waras ni, boleh dijadikan bahan ketawa ataupun menjadi penawar bagi pencacai-pencacai yang sakit jiwa. Mantan PM merangkap bapa Datuk Mukhriz pernah menyatakan bahawa Umno telah 'BUSUK' hingga usus. Sudah sembuhkan Umno dan para penganut tegarnya dari sakit 'membusuk' itu? 
Cakap-cakap Mat Lan di atas adalah kenyataan takpok beliau entah yang ke berapa. Beliau sering menilai sesuatu menurut cerminan kepala lututnya tanpa mengemuka dalil sahih yang boleh mencerdikkan rakyat. Kita harap selepas ini beliau tidak akan kencing berdiri tanpa basuh. Usahlah mngemukankan idea yang akan memeningkan kepala bos, walaupun beliau mahu mengubat bimbang gobar Umno-BN pasca protes duduk BERSIH tempoh hari.

 Di bawah terdapat satu kenyataan solusi kajian tentang perkara sama, sila baca dan bandingkan:
Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati sokongan kepada Pakatan Rakyat lebih baik berbanding Barisan Nasional di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Kajian ini menolak gembar gembur yang dibuat BN sekarang bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di ketiga-tiga negeri itu akan jatuh dalam pilihan raya umum akan datang.