Fasa ketiga Ramadhan 1431H sudah tiba di penghujungnya, bermakna bulan Ramadhan al-Mubarak akan meninggalkan kita. Nabi Muhammad sa.w telah menyatakan tentang Ramadhan: " Awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan pengakhirannya terlepas dari siksa neraka."

Maka harapan kita semoga kita memperolehi rahmat / kasihan belas, maghfirah/keampunan dan perlepasan dari siksaan neraka itu. Kurniaan tersebut semua adalah hasil keikhlasan dan ketaatan kita kepada Allah. Kita mencapai taqwa, insya Allah.

Hariraya 'Iedulfitri menurut kirannya akan jatuh pada hari jumaat 10 september 2010 ini. Maka akan berlangsunglah solat sunat muakkad 'Iedulfitri pada sebelah paginya dan solat fardhu jumaat pada waktu zuhurnya. Masih ada pertanyaan sama ada masih wajib atau tidak menghadiri solat jumaat? Perlukah dua pertemuan besar kaum muslimin dalam masa sehari itu.

Soalan: “Apakah benar jika hari raya berlaku pada Hari Jumaat maka sesiapa yang menunaikan Solat Hariraya tidak wajib lagi untuk dia menunaikan Solat Jumaat??

Di kalangan ulama, terutama dalam Mazhab Hanbali menyatakan tidak wajib Jumaat untuk makmum yang sudah menghadiri solat Hariraya, kecuali imam. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w ketika hariraya berlaku pada Hari Jumaat :

قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ

“Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan Jumaat” ( baca seterusnya...)

Jumhur ulama bersetuju untuk tidak menggugurkan kefarduan Jumaat walaupun hari raya jatuh pada hari Jumaat yang telah dituntut oleh Allah SWT. ( baca panduan berikut...). Selain itu ada syarat-syarat yang boleh kita tinggalkan solat jumaat pada hariraya itu agar kita tidak bersalah sehingga berdosa kerana meninggalkan ibadat fardhu. ( baca di sini....). Semoga kita beroleh maklumat, ilmu dan hidayah. Semoga kita dapat menunaikan ketaatan sebenar dengan menunaikan perintah Allah dengan sempurna.


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda