Sekali lagi Umno-BN kena goreng mentah-mentah. Pandangan pemimpin-pemimpin Umno-BN yang sudah bonsai, acap kali kena goreng akibat gelojoh dan kejahilan mereka. Kali ini mereka menuduh dengan bangga dan rasa ber'point'nya terhadap Kerajaan P Pinang yang telah banyak memberi sumbangan kepada rakyatnya yang miskin (walaupun dengan nilai yang tidak besar).

Mereka tuduh sumbangan kerajaan Pakatan Rakyat di P Pinang itu adalah dari hasil haram, hasil cukai judi. Maka hebohlah media perdana Umno-BN termasuk akhbar-akhbar hariannya mahu menjadi juara menyiarkan kata-kata pemimpin itu.

Mereka jadi LUPA akan sebahagian kutipan hasil kerajaan Malaysia sejak dahulu hingga kini juga dari hasil judi dari lesen 4 Nombor Ekor, TOTO, Casino Genting Highland, hasil kilang dan jualan arak dll. Mereka malah telah isytiharkan akan memberi lesen perjudian kepada Seorang Tan Seri 'tokey judi' mengendalikan Judi Bola Piala Dunia Afrika Selatan baru-baru ini.

Oleh kerana 'belum muktamad' kata PM, maka kebenaran memberi serta meng'halal'kannya ditarik balik akibat desakan rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat! Namun mantan PM yang juga bapa kepada Tokey arak San Miguel Filipina menegaskan: Kalau dia PM, dia tetap akan mengeluarkan lesen 'halal'kan judi sempena temasya di Afrika Selatan tersebut. 'Wira Tua Perkasa' ini sungguh hebat, maklumlah pandangan sosok pesara Perdana Menteri!

Pihak Umno-BN dalam kes sumbangan Kerajaan P Pinang kepada rakyat miskin ini nampak cemburu benar. Mereka dahulunya di P Pinang tidakkah pernah menyumbang sebegitu? Kalau tidak pernah, usahlah bising sangat. Media surat khabar harian Melayu (milik Umno-BN) juga usahlah uar-uarkan sangat cerita 'kerja orang' itu kalau sendiri sudah banyak makan jasa/hasil iklan keputusan 4 Nombor Ekor dan TOTO pada halaman akbar harian anda. Bikin malu anak negeri!

Pandangan Dr Maza, mantan Mufti Kerajaan Perlis (sila baca di sini...) sudah cukup membuka mata jahil pemimpin U-BN, menepuk deria otak yang mereka yang sudah bonsai dan sifat cemburu tamakkan isu bagi merendah-rendahkan khidmat orang lain. Masih banyak orang lain ..... ada yang lebih cerdik, ikhlas dan layak bagi memberi khidmat baik kepada rakyat, bukan U-BN saja yang sudahpun diberi peluang; namun semakin lama semakin obesiti dengan rasuah dan ketidak-adilan.

.


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda