" Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini (semalam)," Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.( Teks perisytiharan di sini...). Bacaan Pemasyhuran itu telah disambut oleh tetamu dengan laungan takbir "ALLAHU AKBAR " sebanyak tiga kali. (Boleh dibaca di sini....)

Maka dengan perisytiharan pemasyhuran yang diumumkan oleh Menteri Besar di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari itu, maka Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa semalam.( baca lagi...)

Keluarga diraja termasuk Tengku Bendahara Tengku Muhammed Faiz Petra dan dua kekanda sultan - Tengku Rozan Petra dan Tengku Salwani Petra serta ahli dewan undangan negeri dikatakan telah berkumpul di Istana Balai Besar in Kota Bharu seawal jam 11.30 pagi bagi upacara itu.

Menurut sumber, Sultan Ismail Petra Yahya Petra, Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Hamid dan putera ketiga banginda-Tengku Muhammad Fakhry tidak hadir.

Tuanku Faris Petra Ibnu Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan semalam setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja Kelantan. Ayahanda baginda Tuanku Sultan Ismail Petra telah gering lebih setahun dan pernah mendapat rawatan pakar di Hospital Elizabeth Singapura tahun lalu.

Tuanku Faris Petra menggunakan Artikel 23A, undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) untuk menduduki takhta negeri. Undang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.

TPM: Harapan kita semoga tidak ada lagi pihak yang mengungkit isu pelantikan Sultan Kelantan setelah Tuanku Ismail Petra gering sejak lebih setahun yang lalu, seperti kata pepatah 'rumah siap pahat berbunyi'( sila baca...) .Semoga baginda Tuanku Faris Petra, Al- Sultan Kelantan Darul-Naim sempurna pula memandu negeri, dan semoga rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi. Semoga Negeri Kelantan, Tanah Serendah Sekebun Bunga yang tetap menjadi taman yang mewangi dan akan Membangun Bersama Islam.

بلدة طيبة ورب غفور


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda