Wikileaks tiba-tiba dikenali umum. Dulunya banyak yang tidak tahu 'natang' apa jenisnya dia. Wikileaks jadi popular sebab menonjolkan cerita dan menghangatkan semula berita abad 20 lalu. Wikileaks menjadi pencetus semula semangat rakyat Malaysia membelek album buruk sejarah puaka pesaka mantan PM.

Bila kisah tentang DSAI dirobek semula oleh pihak tertentu berbekal 'nota-nota' Wikileaks dengan tujuan tertentu jugak; maka pihak satulagi sudah tentu rebut peluang membuka album buruk melihat kembali foto-foto wajah birat mahafiraun dan kecantikan wajah mendiang Altantuya Saribuu yang dibunuh C4 yang tiba-tiba terkenal itu.

Kini si Wikileaks menjadi mangkin pemecah umat Islam, bangsa Melayu dan politik Malaysia. Ada pihak yang sangat tersinggung, malah menganggap warta dari Wikileaks sebagai peluru pemusnah karakter Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu dan membantu pihak gerombolan lebih galak. Pihak penyokong Ketua Pembangkang itu tidak akan bersenyap diri! Mereka sudah pasti akan mendedahkan aurat untuk melihat kemaluan mantan PM dan PM kini yang memusihi sungguh-sungguh mantan TPM itu.

Ironinya Wikileakslah yang membuka isu dan mencetus kepada perang yang kian meruap! Masing-masing mendapat modal, masing-masing kena telanjang. Yang akan ruginya ialah mereka yang tidak beriman, tidak beramal soleh, tidak suka menerima kebenaran dan tidak mahu bersabar!!! Perpecahan dan permusuhan di sini kian merebak. Pihak yang anti-Islam, anti-Melayu, anti-Malaysia dan pro-fasiq @ kemusnahan politik tanah air kita. Kita tidak mahu menunggu dan lihat, apa akan terjadi selanjutnya akibat angkara Wikileaks!!!

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda