Najib says NO
Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. (baca lagi...)

TPM: Naik minyak naik. Memerah muka gajah meta. Senak perut senak. Memulas sakit mencair mata.

Aku ikut bergegas ke stesen minyak, isi penuh. Untung (?) seidikitpun jadilah.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda