KECOH KERETA RASMI KERAJAAN NEGERI

Sebuah akhbar arus perdana pada 21 Disember memetik Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Moh Ali Rustam sebagai berkata, kerajaan negeri pimpinannya mencadangkan penggunaan kereta baru jenis Honda Accord atau Nissan Teana V6 bagi kegunaan Exco, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai undang-undang dan pegawai kewangan. Ia bagi menggantikan kereta jenis Proton Perdana Eksekutif yang digunapakai kini.

Sebetulnya cadangan sedemikian bukanlah suatu yang pelik atau layak diperbesarkan. Menukar kereta baru tidak lebih suatu rutin kerajaan, terutama apabila sampai tempoh tertentu penggunaan kenderaan rasmi sedia ada.

kuala terengganu by election ahmad said visit media centre 080109 03Di atas berbagai sebab, termasuk kos penyelenggaraan, keselesaan penggunaan dan seumpamanya, keperluan menukar kepada kereta baru tidak sukar dirasionalkan. Alasan diberikan Mohd Ali juga melibatkan rasional sama. “Sejak 10 tahun lalu kenderaan rasmi jenis Proton Perdana Eksekutif digunakan Exco, tetapi kita terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi akibat pelbagai kerosakan,” katanya. ( baca lagi di sini....)

Beberapa tahun lalu, bila berlakunya tindakan menukar kereta rasmi oleh kerajaan negeri Perak dibawah Pakatan Rakyat (PR). Tindakan itu dimanipulasi hebat oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN) dan diseret secara negatif oleh media-media talibarut parti itu.

Jika tidak kerana kerakusan BN dan kegelojohan media dikuasainya memperbesarkan langkah tersebut, maka isu penukaran kereta rasmi kerajaan tidak sepatutnya menjadi isu.Tanpa tangguh kerajaan PR Perak menjadi sasaran kecaman para pemimpin BN sebaik sahaja Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan kerajaannya telah memesan 16 buah kereta jenis Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Perdana V6 yang digunakan ketika itu.

Keadaan diburukkan menerusi perlumbaan media-media talibarut BN yang sengaja menyorot dan membuat tinjauan susulan bias isu berkenaan dan secara negatif. Komen dan ulasan pelbagai pihak sengaja ditonjol dari perspektif memburukkan kerajaan PR.

TPM: Banyak tindakan Kerajaan BN, para pemimpin gerombolan, pencacai-pencacai UBN itu bagai boomerang telah tertampar muka sendiri. Lama kelamaan banyak muntah yang diluahkan terpaksa mereka jilat dan telan. Di Perak, mereka mengecam kerajaan PR menukarkan kereta Proton Perdana V6 kepada Toyota Camry, maka geger-gegak kata huduh dilemparkan kepada batu jemala Menteri Besar DS Mohd Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat. Tidak bersyukur la, tidak menghormati produk negara la, tidak patriotik la malah suka membazir harta rakyat.

Bila DS Ahmad Said menukarkan kereta rasmi UBN Terengganu dari Proton Perdana Eksekutif ke Mercedes ada geger juga orang-orang PR dan kalangan Umno yang anti-Ahmad Said, MB Terengganu itu.

Kini boomerang itu melantun ke muka KM Melaka pula yang bertindak menukarkan Proton Perdana E kepada kereta baru jenis Honda Accord atau Nissan Teana V6.

Nissan Teana Nissan's Teana V6

Ke mana pula hilangnya nilai patriotisme yang amat dipertahankan para pemimpin dan penjuak BN dua tahun lalu? Ataukah dalam perkiraan mereka, asal saja sesuatu itu dibuat BN, semuanya dikira okay dan amat negatif pula sekiranya perkara sama dibuat parti lawan.

Orang-orang UBN jangan salahkan orang jika dinilai sebagai bersikap dwi-piawai, hipokrit, lidah bercabang, talam dua muka dan berbagai label seumpamanya. Kita tunggulah kerajaan negeri UBN manakah pula yang akan menukar kereta kebanggaan Tun M itu kepada kereta impot.




2007 Toyota Camry Hybrid



0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda