Fahaman pluralisme wajar ditentang- Utusan Online 14 Dis 2010

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Golongan yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman pluralisme ala John Hick. TPM: Tepat, wajar dan benarkah kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Perekutuan (PP)? Adakah benar Umno- Barisan Nasional penyelamat kedudukan orang Melayu seperti di dalam PP. Adakah PP menyebut tentang Ketuanan Melayu? Fahaman Pluraisme ala John Hick? Ini label baru dari idea tokoh cendikiawan Dr Muhammad 'Uthman El-Muhammadi (DMUEM) pro-UBN serba betul! ( sila baca di sini pulak...)

Justeru, tokoh cendekiawan Islam, Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady mahu golongan tersebut ditentang kerana fahaman yang mereka anuti itu jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. TPM: Adakah fahaman 1Malayasia, Islam Hadhari, Jom Heboh, Sekularisme, Kronisme, Pragmatisme, Hedonisme, Rasuahisme, Arak, Casino, Judi, Apco, Black Metal dan lain-lain yang menjadi 'anutan' Umno-BN itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w???

Malah, beliau berkata, mereka yang memperjuangkan fahaman itu tidak ubah seperti membawa satu agama baru yang akhirnya boleh menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad. TPM: Ajaran baru? UBN telah banyak membawa 'ajaran baru' yang menyeleweng dari Islam. Pemimpin-pemimpin Umno banyak yang anti ajaran Islma melalui kata-kata dan tindakan mereka. Adakah tidak ada isu murtad di Malaysia? Sudah banyak orang-orang Melayu menjadi murtad sebelum ini akibat ajaran-ajaran sesat sama ada secara langsung, tersembunyi atau secara tidak disedari akibat persepsi, kejahilan dan tindakan para pemimpin Umno sendiri; tokoh cendikiawan ini tidak pun melabel atau menyebut secara bersungguh atau mendakwah dengan ikhlas.

“Oleh itu fahaman pluralisme atau kesamarataan di dalam agama perlu ditolak dan ditentang kerana ia hanya akan membawa kehancuran serta kecelakaan kepada kehidupan manusia. TPM: Memang benar perlu ditolak dan ditentang. Namun adakah benar apa yang tokoh ini labelkan terhadap pihak pembangkang (PR) yang membawa fahaman itu. Labelan dan teguran begitu nampak jelas DMUEM sengaja ikut memihak UBN dan menjadi peluru untuk menembak pihak pembangkan.

“Fahaman ini amat berbahaya dan merupakan ancaman yang perlu ditangani segera. Hakikatnya, Islam tidak boleh disamakan dengan apa jua kepercayaan dan agama kerana martabatnya terlalu tinggi. Islam agama yang terpelihara sehingga Hari Kiamat,” katanya. TPM: Memang benar Islam tetap tidak sama dengan apa jua kepercayaan, ia tinggi dan terpelihara hingga Hari Kiamat. Namun adakah DMUEM tidak bimbang dengan bawaan 1Malasia, ucapan, tindakan dan amalan Umno-BN juga berbahaya dan ancaman yang perlu ditangani segera. Penyakit sosial, ekonomi dan politik bawaan virus fahaman U-BN ketara busuk hingga usus, bermaksiat dan akan menjahanamkan umat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan peserta selepas membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama – Satu Pengamatan Ringkas’ pada wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Muhammad ‘Uthman berkata, fahaman pluralisme tidak akan membawa kebahagiaan walau apa hujah sekali pun sebaliknya hanya akan membuatkan manusia menuju ke neraka. TPM: Label yang diperkenalkan oleh DMUEM ini memang membahayakan pihak pembangkang dan akan jadi pro kepada UBN. Ini satu isu baru mahu menentang Pakatan Rakyat dan sekaligus menutup isu-isu kebobrakan Umno-BN yang semakin merosot pengaruhnya dan sakit zahir batinnya.

Dalam pada itu beliau berkata kewujudan teori fahaman yang boleh merosakkan umat Islam itu berlaku pada era pascamodenisme.

“Teori ini amat berbahaya terutama kesannya terhadap akidah umat Islam. Ia perlu ditangani dan ditentang oleh semua pihak,” katanya lagi. Sementara itu beliau berkata, pemikiran pelopor fahaman pluralisme iaitu John Hick hendaklah ditolak kerana jelas kenyataan-kenyataannya bersifat mengelirukan manusia. TPM: Memang benar apa yang membahayakan akidah umat perlu ditentang oleh semua pihak kerana ia boleh mengelirukan manusia. Akan tetapi fahaman-fahaman sesat lain, tindakan yang menyukarkan dakwah, tidak mencegah amalan munkar di kalangan masyarakat, ketidak-adilan dalam hukuman syariat, penindasan secara senyap kepada rakyat, mengumpul kekayaan yang melampau akibat kepentingan diri dan rasuah dan lai-lain perlu dihapuskan; jangan dibiarkan.

Di dalam kertas kerjanya Muhammad ‘Uthman turut menjelaskan jenis atau kategori golongan yang terpengaruh dengan fahaman tersebut. “Mereka yang terpengaruh dengan pluralisme agama menyatakan baik agama Islam, Kristian, Yahudi, Sikh dan Hindu mempercayai adanya `kebenaran yang lebih tinggi’ serta mengatasi amalan lahiriah dan ibadat.

“Kalaulah pendirian yang demikian dianggap jalan kebenaran di sisi Tuhan, maka perjuangan Rasulullah SAW mendepani agama penyembah berhala, agama Yahudi dan Kristian pada zaman Baginda adalah tidak bererti,” katanya.

Jelas beliau berkata, pernyataan sedemikian tidak benar dan tidak berasas serta tidak pernah wujud di dalam ajaran Islam.

“Seperti mana saya tekankan sebentar tadi fahaman pluralisme akan membawa kerosakan, kecelakaan dan kecelaruan kepada kehidupan manusia. Fahaman ini akhirnya akan membawa manusia ke neraka ,” ujarnya.

TPM: Masalah melabelkan sesuatu yang negatif dan bias merupakan isu utama. Tokoh DMUEM kini semacam menjadi juru-kokok dan semakin ketara pro Umno-BN, Sedangkan mengapa banyak lagi kemungkaran dan maksiat yang UBN dan pemimpinnya lakukan, tokoh itu senyap; tidak tidak berkokok , ambil peluang menegur atau melabelkan sebagai fasik, munafik atau kufur. Banyak ucapan dan tindakan para pemimpin Umno-BN lakukan ketara membahaya dan mengancam Islam dan umat. Setakat ini didapati tokoh ini semacam okey dan makin disayangi Umno- BN buat menghentam pihak pembangkang. Kita sepatutnya menyelamatkan juga Umno dari murtad, mungkar, maksiat dan sesat; selamatkan mereka dari neraka!

Nampak benar pihak Umno-BN menggunakan semua jenteranya dan perbagai cara buat memburuk-burukkan individu pimpinan dan part-parti dalam PAKATAN RAKYAT, sehingga sesetengahnya merupakan tindakan /fitnah yang tidak bersukat....tidak mengira hukum naqal dan aqal.. Fitnah yang lebih jahat dari membunuh.... dan pembunuhan pula bukan menjadi perkara luar biasa!

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda