TPM: " Yang dikejar sudah dapat, yang dikendung bertukaran".
Manusia memang sibuk untuk melunaskan kehendak diri dan tugasan demi masyarakat. Pelbagai helah dan ikhtiar dilakukan agar kehendak diri dan tugasan buat orang lain berhasil terlaksana. Kadang-kadang manusia lupa akan usia diri, amat lupa akan hukum-hakam dan pura-pura lupa akan tanggungjawab rumah tangga.
Semakin tinggi kedudukan semakin tinggi nafsu untuk menjadi rajalela> maharajalela. Hingga jadilah dia dajjal yang tidak lagi kenal baik-buruk. Perkara baik diburukkan. Perkara buruk dikerjakan kerana nafsu menyatakan ianya baik. " Bisu, tuli, buta maka mereka itu tidak berakal!" -mafhum firman.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda