Screen shot 2010 11 09 at 11.27.15 PM Ijazah Kedoktoran Penyanyi, Dr Fazley Adalah Palsu   BBC News

“Dr”. Fazley, bekas penyanyi yang pernah popular dengan lagu Asmara Ini telah menggunakan ijazah kedoktoran palsu sehingga boleh membuka sebuah institut pengajian tinggi yang turut menawarkan kursus ijazah daripada University of Wales. Rancangan terbitan BBC bertemakan siasatan ini mendedahkan bahawa Fazley Yaakob, yang memiliki Fazley International College (FICO) bertempat di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur rata-rata mengetahui bahawa beliau memiliki ijazah sarjana & kedoktoran dalam bidang pengurusan perniagaan. Tetapi, kedua-dua ijazah tersebut adalah palsu.( baca lagi....)

TPM: Menurut sejarah kehidupan manusia di muka bumi ini, kecelakaan yang menimpa umat terdahulu adalah akibat manusia telah mendustakan ketuhanan Allah SWT, kerasulan para rasul Allah dan mendustakan kebenaran wahyu. Banyak juga manusia yang berdusta. Mereka berbohong dan menipu orang lain demi kepentingan diri serta nafsu ammarah bis-su'. Mereka berani bertindak tanpa segan malu mempengaruhi masyarakat sambil menonjolkan diri dan fe'el buruknya.

Pendustaan itu ada dibuat secara tersembunyi, ada dilakukan secara terangan. Akibatnya sama, berdosa besar malah digelar ' kafir dan/atau munafiq'. Jadi alangkah ramainya manusia kafir dan munafiq sejak dahulu hingga sekarang. Yang kafir / bukan Islam selalunya jelas. Yang munafiq itu sukar dikenali sejak zaman Nabi s.a.w lagi. Namun Baginda telah memberitahu sifat dan ciri-ciri orang munafiq menurut mafhum hadith: Bila diberi amanah dia khianati, bila berkata-kata dia berbohong/menipu/berdusta, bila berjanji dia mungkiri dan bila berbalah dia melampaui batas.

Ramai sungguh orang munafiq yang mencari kesempatan demi ke'ego'an, demi memperolehi keuntungan material, demi mendapat kuasa, demi menonjolkan diri / populariti atau pengaruh. Orang sebegitu akan menerima akibat buruk di dunia dan akhirat. Mendapat malu besar, cemar maruahnya, merudum statusnya, memusnahkan harapan orang lain dan bermacam keonaran lagi yang sukar dimaafkan. Semakin tinggi kedudukan seseorang, maka akan mati atau parah akibatnya. ' Bikin malu kompeni'. ' Malu habis orang kampung'. 'Kecik-kecik tidak nak mampos, bila besar menyusah orang' - demikian dialog SN TS P. Ramlee.

MUNAFIK



Munafik adalah golongan manusia yang pada zahirnya menyatakan dan menunjukkan kebaikan tetapi menyembunyikan kejahatan.







0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda