Humayun Kabir
Malaysiakini~Dis 1, 10

Ketua Pembangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, DS Mohd Nizar Jamaluddin menggesa isteri PM, DS Rosmah Mansor supaya berpakaian secara Islam untuk mencerminkan pendirian Umno sebagai sebagai sebuah parti Islam. Beliau membuat gesaan itu dalam ucapannya di sidang bajet 2011 DUN di Ipoh.

Nizar berkata beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Najib sebagai PM dan isterinya Rosmah sebagai wanita pertama negara. Bagaimanapun, katanya, dakwaan Umno untuk menegakkan prinsip Islam menjadi kosong sekiranya Rosmah tidak berpakaian yang sesuai dengan ajaran agama.

rosmah mansorBeliau menggesa mufti Perak dan MB, DS Zambry Abd Kadir supaya meyakinkan Rosmah (kiri) untuk berbuat demikian. Nizar mencadangkan Rosmah hendaklah memakai tudung bagi mencerminkan pandangan Islam.

Menurutnya, ramai ahli Umno di negeri itu kemudiannya datang menemuinya dan menyokong nasihatnya kepada Rosmah

TPM: Sebenarnya, orang yang cantik akan semakin cantik bila bertudung... dosa tiada pahala dapat. Sang suami tidak jadi dayus, hidup bertambah berkat. Anda akan disayangi Allah, dihormati rakyat. Jika tutup aurat anda tak sudi, sudah tentu akan hilang daya budi walau digelar first lady, namun hidup tidak 'menjadi'!

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda