Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.
Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad, bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Datuk yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.
Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. - Baca lagi di sini....
TPM;Kita harap tuntutan rakyat dan Kerajaan NEGERI SELANGOR AKAN BERJAYA.
Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.
Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. (baca lagi...)
TPM: Naik minyak naik. Memerah muka gajah meta. Senak perut senak. Memulas sakit mencair mata.
Aku ikut bergegas ke stesen minyak, isi penuh. Untung (?) seidikitpun jadilah.
Malaysiakini~Dis 1, 10
Nizar berkata beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Najib sebagai PM dan isterinya Rosmah sebagai wanita pertama negara. Bagaimanapun, katanya, dakwaan Umno untuk menegakkan prinsip Islam menjadi kosong sekiranya Rosmah tidak berpakaian yang sesuai dengan ajaran agama.
Menurutnya, ramai ahli Umno di negeri itu kemudiannya datang menemuinya dan menyokong nasihatnya kepada Rosmah
TPM: Sebenarnya, orang yang cantik akan semakin cantik bila bertudung... dosa tiada pahala dapat. Sang suami tidak jadi dayus, hidup bertambah berkat. Anda akan disayangi Allah, dihormati rakyat. Jika tutup aurat anda tak sudi, sudah tentu akan hilang daya budi walau digelar first lady, namun hidup tidak 'menjadi'!
Katanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.
"Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita keturunan, dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputera atau bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir. ( melalut seterusnya...)
2. "Saya benci untuk meramal perkara ini kerana ia mungkin tidak diterima dengan sangat baik, tetapi saya fikir menang kuat adalah sangat penting...dalam pilihan raya umum akan datang, kerajaan akan masih menang dan majoriti mungkin lebih baik daripada 2008," katanya ketika ditanya mengenai ramalan beliau bagi pilihan raya umum akan datang. (baca seterusnya...)
Tun M kata 1Malaysia Najib (serupa Wawasan 2020nya) hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu. Frasa Tun M ini semacam tidak sehaluan dengan perjuangan UMNO "Hidup Melayu". Bagaimana pula dengan isu "Ketuanan Melayu" yang dilaungkan oleh UMNO dan mereka menganggap Presiden PKR, DS Wan Azizah pemimpin pengkhianat bangsa, tidak bertanggungjawab dan anti Ketuanan Melayu?? Bagi Tun M: PRU13 akan datang, kerajaan BN 'akan masih menang' dan majoriti 'mungkin' lebih baik daripada 2008," itu kata Tun M. Nadanya semacam tidak yakin. Semacam beliau sudah tahu BN akan ditentang hebat dan Pakatan Rakyat punya senjata tegar buat melrampas Putrajaya sambil merobohkan kekuatan Umno dan BN. Kenapa Tun M sudah tidak yakin dengan pelaburan asing? Malaysia perlu memberi tumpuan mengusahakan lebih banyak pelan tindakan untuk menarik pelaburan domestik. Adakah 'pihak asing' sudah tidak yakin dengan pemimpin dan suhu ekonomi Malaysia? Apakah karenah pemimpin dan Kerajaan Malaysia sehingga rakan bisnes selama ini sudah tidak sudi melabur di sini?
Perlukah kita melayani pendapat Tun M yang punya agenda tersendiri atau menganggap beliau sengaja mencari populariti semula ketika Najib sedang 'sakit' ? Kerajaan Najib (RM First lady) dan Muhyiden kini kian bergelabah dengan pelbagai isu kroni, rasuah dan bilau masyarakat bermaksiat / berjenayah! Banyak bahan retorik sengaja dipentaskan bagi menjinak mata rakyat yang kini rajin menjeling kepada gerak langkah pemimpin dan kepimpinan Umno-BN. Kita tunggu PRU13, apa pula sudahnya.
Soi Lek kemudianya dilaporkan pernah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam. Ternyata semacam dendam sedang bernyala di dalam jiwa doktor psikologi itu etrdap orang-orang Islam. Atau mungkin Soi Lek mahu 'test market' dengan menjual ucapan-ucapan yang boleh menimbulkan kontroversi dan provokasi.
Beliau semacam mahu mencari pentas untuk menonjolkan balik lakonannya. Lakonan yang melibatkan skandal seks itu telah menjatuhkan banyak reputasinya. Modal jualannya itu boleh menimbulkan 'panas' dan menyalakan bara permusuhan antara kaum/agama. Dia telah menyentuh parak Ordinan Akta Hasutan negara. Dia telah menyentuh parak tentang Cuti Hari Raya Negeri Kelantan yang telah diisytiharkan zaman berzaman. Pemimpin MCA itu sengaja membingungkan suasana dengan menerbitkan isu hari perayaan umat Islam di negeri Kelantan. Beliau mahu mempopularkan semula dirinya dengan menonjolkan publisiti murah tetapi agak rasis. (Baca di sini....)
Gila para pemimpin BN tidak seperkara dua. Mereka sengaja mencari dan mentakwil apa-apa jua kebaikan yang diputuskan oleh negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat: Kelantan, Selangor, Kedah dan P Pinang.
Isu yang baru ditonjolkan itu bukan saja menyentuh hati para pemimpin negeri Kelantan, malah menyentuh hak Sultan Kelantan selaku penaung Majlis Agama Islam Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, seluruh kakitangan awam dan negeri dan seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira parti politik PAS atau Umno. Chua Soi Lek TIDAK LAYAK untuk mempertikai perkara tersebut.

