Pengakuan Ketua Putera Umno merangkap AMT Umno Datuk Abd Azeez Abd Rahim bahawa dia dipukul, disepak dan diterajang oleh 9 orang PAS mengejutkan situasi suam pagi, hampir jam 10.00 masa penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil N31 Dun Bagan Pinang. Beliau dikatakannya telah mendapat 'kemalangan' itu ketika melalui 'kawasan penyokong' PAS bersama Datuk Ismail Sabri Yaakob. Azeez telam membuat laporan polis dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Namun yang peliknya ialah Datuk Ismail Sabri tidak pula 'dibelasah' malah beliau tidak pun memberi apa-apa komen. Senyap hingga kini.

Nasi telah menjadi bubur. Berita Abd Azeez dibelasah telah kecor. Nama beliau semakin mashur dan mengisi hampir semua madia massa. Parti pembangkang PAS yang akan berentap dengan BN di Bagan Pinang dikaitkan sebagai parti ganas dan tidak Islamik. Pengulas-pengulas amatur dan profesional politik tanah air tidak kering mulut menjaja 'keganasan' penyokong PAS dan 'terus menyatakan kasihan belas' kepada Azeez. Ada yang mengatakan kenapa 'tok guru' tidak menasihati anak-anak buahnya yang ganas memukul orang-orang baik UMNO-BN tu.

Adapula yang mengatakan Datuk Abd Azeez sengaja mencari publisiti murahan sebagaimana dia pernah berbuat perkara yang sama semasa PRK kawasan parlimen Kuala Terengganu lalu. Maka atas lakonan Azeez yang 'hebatolol' itu, dia layak diberi gelaran Pelakon Lelaki Terbaik!


Walau pun PM DS Najib bersuara dari jauh, berkempen dari Paris untuk memenangkan Tan Seri Mohd Isa Samad dengan penjelasan bahawa Isa tidak melakukan jenayah; Isa tetap telah melakukan rasuah alias pengamal politik wang demi memenangi diri sendiri dalam PAU dahulu. Dia telah pun dihukum gantung keahlian selama 3 tahun.

Najib mahu menyelamatkan Isa dengan mengatakan Isa diambil tindakan oleh UMNO beberapa tahun lalu atas kesalahan melanggar tataetika parti, cuma satu kesalahan teknikal bukannya satu jenayah (Utusan Malaysia 5 Okt 2009). Namun begitu masyarakat Umno sendiri khususnya mantan PM dan Presiden Umno Tun Mahathir Mohamed juga berpendapat:

"Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan. "


Di dalam kitab fiqh Islam menyebut orang yang pernah terbabit dengan rasuah tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin. Usahkan untuk dipilih sebagai pemimpin , menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri pun tidak layak.(baca di sini...)

Dikatakan Rasulullah s.a.w pernah bersabda:لعن الله على الراشى والمرتشى
mafhumnya:" Allah melaknat orang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah."

Selaku umat Islam sudah cukup memahami bahawa mengamalkan perbuatan rasuah hukumnya berdosa besar, dilaknat Allah. lalu bagaimanakah mereka mahu menerima seorang pemimpin yang berdosa besar, berkepentingan diri, tidak amanah dan sudah tentu tidak akan berlaku adil

Penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang Negeri Sembilan selesai dengan pertemuan musuh tradisi BN dicabar PAS. Bakal calon Bebas kecundang lebih awal sebelum masuk gelanggang! Bekas orang kuat Umno zaman Isa Samad dan kemudian menjadi orang kuat PKR Negeri Sembilan itu, Shahruddin Abd Hamid tergamam kecewa bila wakil calonnya ditolak pegawai SPR. Wakil calonnya bukan orang Bagan Pinang! (baca....)

Pihak Barisan Nasional seperti dimaklumkan ialah calon popularnya Tan Seri Mohd Isa Abd Samad mantan MB 22 tahunnya, merangkap bekas Naib Presiden Umno yang meletak jawatan akibat politik wang pada PAU beberapa tahun lalu. Isa dicabar oleh calon PAS Zulkifly Mohamad Omar. Pengumuman dibuat oleh pegawai SPR negeri Abd Wahab Shamsuddin jam 10.23 pagi.

Puluhan ribu para penyokong PAS dan BN memeriahkan hari penamaan calon tersebut. Pembuangan undi akan berlangsung pada 11 Oktober 2009.


Bakal calon bebas Shahruddin Abd Hamid
gagal mengemukakan borang.

Barisan Nasional dengan bangganya mempertaruhkan mantan MB 22tahun Negeri Sembilan Tan Seri Mohd Isa Abdul Samad, 59 sebagai calonnya untuk mempertahankan kerusi N31 Dun Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti. Beliau adalah Ketua Perhubungan Umno Bahagian Teluk Kemang. Tan Seri Muhyiddin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno telah mengisytihar 'personaliti popular' kehandak rakyat Bagan Pinang itu. Katanya sebab 1Malaysia maka 'rakyat didahulukan' dan TS Isa dipilih!

Beliau yang dikontroversikan oleh hukuman gantung keahlian 3 tahun oleh Badan Disisplin UMNO akan dicabar oleh usahawan muda dari PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad bin Omar, 45 tahun.

Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan Zulkifly adalah calon paling sesuai untuk PRK itu. Kepimpinan PAS, tegas Haji Abdul Hadi sebulat suara memilih Zulkefly bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.(baca...)
Hari penamaan calon ialah 3 Oktober 2009 dan hari mengundi ialah pada 11 Oktober nanti. Pihak Pas mengharapkan pihak tertentu prihatinkan keadilan dalam mengendalikan undi pos pihak polis dan peti undi pos di kem tentera Port Dickson nanti. (disini dan di sini...)

Maka jadilah Isa intan terpilih bagi PRK N31 Dun Bagan Pinang. Orang-orang Bagan Pinang dan Teluk Kemang mahukan Tan Seri Mohd Isa bin Abdul Samad, mantan MB Negeri Sembilan dua dekad lebih. Tan Seri Isa juga adalah mantan Naib Presiden Umno Malaysia yang dikontrovesikan oleh Badan Disiplin Umno hingga dihukum gantung keahlian selama beberapa tahun. Dia sudah melalui hukuman 'gantung' selama 3 tahun. TS Isa adalah bekas ' banduan politik' parti Umno.

"Kita sudah ada kata putus. Seluruh bahagian Teluk Kemang sebulat suara mahu Tan Sri Isa diletakkan sebagai calon," kata Ketua Wanita Umno Teluk Kemang, Pn Rohani Yaakub. kepada Malaysiakini. (baca di sini...)

Ketua Pemuda Umno Telok Kemang, Mohd Faizal Ramli juga mahukan Isa sebagai calon bagi PRK N31 itu: "Saya tak nampak bahawa isu-isu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada Umno dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini," katanya (di sini...)

Kenyataan sebegitu sudah tentu menggambarkan reaksi sebahagian besar pengundi-pengundi UBN di kawasan yang terlibat. Sudah tentu juga bertentangan dengan harapan mantan PM dan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamed yang akhir-akhir ini nampak benar mahukan suaranya didengari ahli-ahli Umno.

Tun M memberitahu: "Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini." (lagi di sini..) Malah Tun M juga berkata kalau dia Tan Seri Isa, dia akan memberitahu supaya pihak pimpinan Umno tidak memilih namanya menjadi calon untuk PRK Bagan Pinang nanti.


~~TKO~~
Posted: Mon Sep 21, 2009 10:45 am Post subject:
Reply with quote

tamupulaumelaka wrote:
waktu sekolah menengah dulu ada tajuk pelajaran hadis 'mengenali ahli syurga dan neraka' dalam sukatan subjek pendidikan islam SPM...pengertiannya lebih kurang (ingatan saya):

Nabi s.a.w ditanya: " adakah dapat dikenal ahli syurga dan ahli neraka? "
Nabi s.a.w menjawab: " ya."
tanya lagi sahabat: " maka bagaimana orang yang beramal? "
Nabi s.a.w menjawab: " seserang itu bergantung kepada kecenderunagan amalannya...." au kama qaa.

boleh ygberbahgia ustaz perjelaskan matan asalnya, maksud dan bagaimana pulak ada org kata kita tak boleh tahu sama ada seseorang itu akan masuk syurga atau neraka.

kata mereka itu hak mutlaq Allah Taala.


tidakkah itu pandangan ahli jabariah semata?
lagu mana pulak dgn hadis tu?
wassalam eid mubarak... terima kasih.

Jawapan Ust Insani:

Mungkin apa yang dimaksudkan ialah hadis berikut

1.Riwayat Imam Bukhori

قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُعْرَفُ أَهْلُ الْجَنَّةِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَلِمَ يَعْمَلُ الْعَامِلُونَ قَالَ كُلٌّ يَعْمَلُ لِمَا خُلِقَ لَهُ أَوْ لِمَا يُسِّرَ لَهُ
Telah berkata seorang lelaki: Wahai Utusan Allah! Adakah boleh dikenali ahli syurga berbanding ahli neraka ?
Sabda RasuluLLaah : Ya
Katanya lagi (lelaki itu): Maka untuk apakah beramalnya orang-orang yang beramal?
Sabda RasuluLLaah: Setiap orang akan beramal untuk apa yang telah Allah tetapkan untuknya

2.Riwayat Imam Muslim

عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ
قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعُلِمَ أَهْلُ الْجَنَّةِ مَنْ أَهْلِ النَّارِ قَالَ فَقَالَ نَعَمْ قَالَ قِيلَ فَفِيمَ يَعْمَلُ الْعَامِلُونَ قَالَ كُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ


Terjemahan hampir sama dengan riwayat Imam Bukhori diatas

TPM: Setiap amalan sama ada perbuatan atau ucapan kata seseorang hamba Allah itu boleh menjadi tanda ke atas dirinya sendiri sebagai ahli syurga atau ahli neraka. Kecenderungan dan minatnya juga boleh menjuruskan dirinya menjadi penghuni syurga atau neraka di akhirat nanti. Orang-orang kafir dan munafiq memang akan ke neraka. Manakala orang-orang Islam yang melakukan @ cenderung hati ke arah kebaikan sudah tentu bekal menjadi ahli syurga.

Manakala mereka yang melakukan maksiat @ cenderung hatinya ke arah maksiat maka sudah tentu akan ke neraka bagi membalas segala dosa mereka. Mereka sudah tentulah pencuri, penzina, perasuah, penjudi, peminum arak dan lain-lain pengamal dosa. Mereka barangkali orang-orang yang kita kenal peribadinya atau kita tahu fe'elnya. Selama mereka tidak bertaubat dan tidak diampun Allah akan dosa-dosa mereka maka mereka tetap ahli neraka.

Ahli-ahli syurga pula sudah tentu mereka yang taat kepada perintah Allah, hamba-hamba Allah yang soleh dan mendapat rahmat / keampunan-Nya. Mereka juga dapat dikenali melalui kerja buat dan ucapan seharian mereka. Sudah tentu laku perbuatan bakal ahli syurga dan neraka dapat dikenali, dicam dan dibezakan semasa hidup di dunia ini lagi. WalLahu a'lam bissowaab.

Ya Allah jauhilah kami dari siksaan neraka.


Thursday, 17 September 2009 12:2ul1


Kaum yang merasa paling berkuasa di dunia itu ternyata tidak sanggup mengatasi flu babi, meskipun segala cara sudah dilakukannya.

Hidayatullah.com--Orang Yahudi selalunya agak sulit menerima kenyataan bahwa mereka tetap terkesan oleh virus flu babi meskipun sudah menghindari babi, sesuai larangan agamanya. Berbagai usaha dilakukan agar terhindar dari virus itu, mulai dari yang rasional hingga yang tidak masuk akal.

Jangan mencium tangan rabi atau lembaran Taurat, demikian pesan penguasa Israel kepada bangsa Yahudi agar bahana flu babi tidak merebakdi negara itu.

Dalam pesan yang dihantar ke sinagog-sinagog menjelang perayaan tahun baru Yahudi, kementerian kesehatan mengatakan bahwa jabat tangan dibolehkan tetapi setelah itu tangan mesti dibasuh. Adalah menjadi kebiasaan umum di kalangan orang-orang Yahudi untuk mencium tangan rabi yang mereka hormati.

Pada hari Jumat lalu, Israel melaporkan kematian ke-22 akibat virus flu babi (H1N1), dan lebih dari 3.000 orang telah terinfeksi.

Pada bulan Ogos, satu kelompok sekitar 50 rabi dan dukun Yahudi terbang merentasi wilayah udara Israel dengan kapalterbang, sambil mengucapkan doa-doa dan meniup terompet tanduk bertujuan menangkal flu babi. Mereka mengelilingi ruang udara Israel " untuk menghentikan jangkitan sehingga tidak ada lagi orang yang mati karenanya", kata rabi Yitzhak Batzri.

"Kami yakin bahwa berkat doa, bahaya sudah boleh diatasi," tambah Batzri. Flu babi rupanya tetap tidak terhapus di negara Yahudi itu. meskipun mereka telah berusaha tidak menggunakan nama-nama yang tidak dianggap kosher (halal menurut Yahudi).

Timbalan Menteri Kesihatan Yakov Litzman, anggota parti pro-agama, pernah mengatakan April lalu bahawa nama "flu babi" tidak boleh digunakan kerana sebutan nama hewan "babi" yang dilarang oleh Judaisme.

Sebagai gantinya, dia mengatakan pihak berkuasa mesti menyebut virus yang melanda dunia itu dengan sebutan "flu Mexico." Namun, hal itu tidak disenangi oleh duta besar Mexico ke Israel. Manakala perwakilan Israel di Mexico berdegil juga enggan menggunakan istilah "flu babi." Akhirnya Tel Aviv beralah dalam usaha mengubah nama virus tersebut, yang sejauh telahpun mengorbankan 22 orang di Israel dan menginfeksi lebih dari 3.000 orang lainnya.

Pada 30 April 2009, WHO-PBB yang mengurus masalah kesihatan sedunia, pernah mengumumkan cadangan berhenti menggunakan istilah "flu babi" atau "swine flu" dengan alasan untuk melindungi hewan itu dan kerana istilah itu boleh memberi kesan buruk bagi ekonomi secara luas.

Cadangan WHO itu sempat mendapat pro-kontra dunia. Ada pihak bertanya-tanya mengapa istilah "flu babi" tidak boleh digunakan, padahal virus penyakit itu memang asal puncanya dari hewan babi dan memiliki gen virus dari babi, burung dan manusia, meskipun para pengkaji hingga kini tidak tahu bagaimana virus itu boleh menginfeksi manusia.

Sejak awal kes flu itu merebak dan istilah "flu babi" digunakan, tidak ada yang mempermasalahkannya. Hingga saatnya Israel "bersuara" di bulan April, menyeru agar tidak menyebut istilah itu. Siapa yang tidak tahu Israel Lobby, selalu berusaha dengan segala cara melindungi kepentingan ekonomi mereka, termasuk mempengaruhi pemerintah Amerika dan sekutunya serta PBB.

Dan Islam, sudah membritahu kelicikan Yahudi sejak lebih dari 1.400 lalu. Dari Jabir bin 'Abdillah r.a, bahwa ia mendengar Rasulullah saw. pada tahun penaklukan kota Makkah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya mengharamkan jual beli khamr, bangkai, babi dan berhala." Ada yang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurut anda lemak bangkai sesungguhnya benda itu dipakai untuk mengecat perahu, meminyaki kulit dan dipakai untuk bahan bakar lampu oleh manusia?" Rasulullah saw. berkata, "Semoga Allah membinasakan orang-orang Yahudi, ketika Allah mengharamkan atas mereka lemak, mereka memanaskannya (mencairkannya) kemudian menjualnya dan memakan hasil penjualannya," (HR Bukhari [2236] dan Muslim [1581]).

Ubahsuai bahasa oleh TPM dari: [di/meo/www.hidayatullah.com]