Mesir adalah negara Islam dibenua Afrika. Bersempadan dengan sebuah kawasan yang menjadi rebutan antara Yahudi dan islam iaitu Gaza, Palestin. Gaza boleh dimasuki menerusi Mesir.

Tetapi Mesir adalah negara Islam celaka dibawah pentadbiran Husni Mubarak. Husni Mubarak menjadi sahabat akrab kepada Amerika dan Yahudi. Semua orang tahu akan hal ini kecuali orang-orang Melayu bodoh yang percaya kepada konsep perdamaian antara Yahudi dan Islam seperti yang selalu dilaung-laungkan oleh negara islam sekular seperti Mesir dan Malaysia (UMNO).

Mesir mengkhianati Islam apabila menutup pintu masuk untuk mengangkut pelbagai barang ke Gaza bagi keperluan penduduk Gaza. Sedangkan Gaza dikepung dan disekat dari dimasuki oleh islam dari semua arah. Laluan yang boleh diharapkan oleh penduduk Gaza hanyalah menerusi pintu sempadan di Mesir.

Tetapi Mesir mengkhianati Islam apabila tunduk kepada tekanan Yahudi dan Amerika apabila enggan membuka pintu sempadan.

Pada tahun 2006, dua hari sebelum Lubnan Selatan diserang oleh Israel, kelihatan Menteri Luar Israel melawat Hosni Mubarak di Mesir dalam pertemuan rahsia. Sehingga ramai yang mengatakan Mesir merestui serangan ke atas Lubnan Selatan.

Sebelum Hosni Mubarak menjadi Perdana Menteri, Anwar Sadat Perdana Menteri ketika itu dibunuh oleh umat islam kerana beliau menganjurkan perdamaian dengan Yahudi. Dikatakan ketika itu, Mesir adalah negara Islam pertama yang mengadakan perdamaian dengan Yahudi.

Mesir sememangnya negara bermasalah. Sudahlah miskin, pemimpin negaranya adalah balaci kepada Yahudi dan Amerika. Tidak pernah berlaku dalam sejarah moden Mesir, rakyat bangkit mengadakan demonstrasi jalanan bagi menuntut Husni Mubarak berundur dari jawatan Presiden Mesir. Perhimpunan kali ini amat besar. Rakyat Mesir mengambil semangat dari kejatuhan kerajaan zalim pro Amerika di Tunisia sebelum ini.

Persoalan sekarang adakah gelombang kebangkitan rakyat menentang kerajaan mereka yang menindas rakyat akan sampai ke negara-negara di Asia Tenggara yakni Malaysia? Jika dikaji sifat bangsa Melayu, harapan ini tipis.

Gelombang kebangkitan rakyat kini telah menjangkiti 3 negara iaitu Mesir, Yamen dan Gabon (negara diAfrika).
. ....

-- cinta_bn Tranungkite.
...

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda