Pilihan Raya Umum Sudah Dekat!

"Masa di depan kita tidak banyak lagi. Saya tidak pasti bila PM hendak umum pilihan raya tapi hanya tinggal beberapa bulan saja ke hadapan.

"Mahu tidak mahu kita kena hadapi rakyat dalam pilihan raya akan datang," katanya ketia menyampaikan ucapan penggulungan dalam mesyuarat agung Umno 2010 hari ini. (baca di sini.....)

TPM: Tentang PRU dan perubahan dalam pimpinan Umno, DS Najib akan mesyuarat: "Bincang dengan Jawa, Turki dan lanun semua apa formula terbaik," katanya berseloroh, merujuk kepada tiga naib presiden - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal - yang masing-masing mempunyai darah bangsa dan kaum yang disebutkan itu. Tarikh PRU berada dalam kehendak dan kuasa PM bersesuaian dengan iklim Umno-BN. Kalau jadi, akan jadilah. kalau tidak, tidaklah.........

**
Demi Talian Nyawa, Umno Nak Masuk Masjid

Naib Presiden Umno merangkap Ketua Perhubungan Umno Kedah, DS Shafie Apdal mencadangkan agar Umno menggiatkan usaha mendaftar anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara. Katanya, ini kerana, masjid adalah merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".

"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam PRU, katanya yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah. Menurutnya, fenomena itu menyebabkan Umno gagal memenangi kerusi pilihan raya seperti yang berlaku di Ayer Hitam dan Pantai Merdeka di Kedah di mana Pakatan Rakyat menang kira-kira 500 undi sahaja. (lihat lagi...)

TPM: Siapa yang salah bila Umno gagal menang di Ayer Hitam dan Pantai Padang Merdeka, maka perlunya Umno menggiat pendaftaran pemilihnya di masjid-masjid? Dah habiskah tempat lain maka Shafie mahu mengguna 'tempat larangan berpolitik' itu buat Umno menjinakkan penyokongnya. Sudahkah Shafie mendapat permit baginda sultan selaku Ketua Agama Negeri? Ramai manakah penyokong-penyokong muda Umno mendekati masjid?

***
Najib Macam Yakin Putrajaya Bukan Lagi Milik BN-Umno

Kenyataan Presiden Umno, DS Najib Razak bahawa akan pertahan Putrajaya walau terpaksa hilang nyawa seolah-olah yakin akan berlaku rampasan kuasa secara keganasan.

Biarpun Najib tidak menyebut mahu mempertahankan Putrajaya dari dirampas pihak mana, namun dipercayai ditujukan kepada Pakatan Rakyat.

Ini kerana PR sejak tsunami politik 2008, telah meletakkan sasaran mahu menguasai Putrajaya menggantikan kerajaan BN. (baca lagi di sini...)

TPM:Adakah DS Najib cuba menggambarkan bahawa PR akan merampas kuasa secara ganas? Adakah kenyataan tersebut dilontarnya akibat perasaan takut melihat sokongan rakyat semakin bertambah terhadap Pakatan Rakyat. Ianya juga mungkin menggambarkan Umno tidak boleh menerima jika PR benar-benar dapat menguasai Putrajaya. Sekali imbas kenyataan Najib yang juga Perdana Menteri itu semacam tidak menghormati sistem demokrasi Malaysia, malah berbau bahaya dan melibatkan Akta Hasutan.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda