24/1/2014 Jumaat

Sarapan pagi yang santai, hidangan nasi goreng plus keropok dan copuchino.
Menyelerakan. Gi ambil kakNah guru al-Quran. Dia dan makLong ziarah cucuku.
Ada tokMek. Bayi tanggal pusat...Alhamdulillah.
Ba'dal'asr ke Husm nak ziarah bersama Dah, Mutia, Man dan Sarah Us Nasruddin di
Tingkat 8 selatan...dah discaj. Kami tuju rumahnya teres lama dekat Kota Darul-Naim.
Alhamdulillah, makin baik. (Isterinya kena posting guru kat Pasir Gudang Johor) Kasihan...
akan terasa kesulitan baru di samping berita gembira. Balik di rumah tiba maghrib.

Dapat tahu berita Iming tidak dapat selaku RA buat Dr Wahibah UPSI.
Kata Ust Nasruddin kepadaku dia sentiasa ingat........ قل لن يصيبنا الا ما كتب الله لنا
Dia Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan segala.


15/1/14 Rabu.

Adli bagitahu Ma Nani dan lain-lain jangkaan bertolak dengan ke Tanah Suci - Umrah
dengan Tiram Travel dibatalkan hari ini.Insya Allah kita gantungkan harapan kepada
Allah. Dia akan mengangkat kita ke sana setelah kita ditentukanNya akan tiba juga
ke sana.

Malam ba'dal 'isya - Solat Hajat semoga ada keringan dan segera sebuh buat ibu En.
Mohd Norhakimin, jemaah kita,
Rezeki, jodoh pertemuan, hidup mati semuanya di bawah Qadha dan Qadar Allah jua.

TEL AVIV-
Bekas PM Israel, Ariel Sharon disahkan mati di Hospital Sheba sabtu lalu. Radio
Tentera Israel mengumumkan  Sharon mati dalam usia 85 setelah koma selama 8
tahun setelah diserang angin ahmar. Minggu lalu pakar-pakar perubatan Hospital
Hasorner mengumumkan kesihatannya semakin parah bila mengalami masalah buah
pinggang yang serius selepas pembedahan.
Ariel Sharon mentadbir Israel menentang  Islam dan Palestine dengan ganas, rakus
dan amat kejam. Termasuk serangan  & penyembelihan tenteranya ke atas Sabra dan
Shatila pada September 1982.

 





14/1/14  Selasa

Selepas solat zohor ke rumah Rudziah anak AbgHalim di Kg Padang Kala, Melor sempena
naik rumah baru. Bukan main lecah simpang siur kereta lari dari lubang berselut. Sah... kena
basuh kereta pasni.
Ramai panggilan datang. Warih, jiran, kawan sekerjanya dll. Alhamdulillah makan tengahari
buat kami: Dah dan Hilmi.
Pok Ghi beritahu Hj Rahim SPRM masuk CCU Husm kerana serangan jantung.
Selepas 'asar Dah pergi ziarah. Agak penat tapi boleh bercakap-cakap.

:( --- Untuk sementara waktu, kadar tol tidak akan dinaikkan. Berita baik ini ditegaskan sendiri 
oleh PM pada ketika orang ramai dilanda keresahan memasuki tahun baru 2014 dengan serba
serbi naik.
:( --- Keresahan mengenai tol tercetus beberapa hari sebelum tahun baharu bila Menteri di JPM
 Datuk Abdul Wahid Omar menegaskan bahawa kerajaan tiada pilihan lain melaainkan meaikkan 
bayaran tol pada 13 lebuhraya antara RM0.50 hingga RM2. Bagi sesetengah rakyat 1M'sia akan 
mengikis hingga RM90.00 sebulan untuk menyumbat botol TOL (ol !!). Tiba-tiba menteri bang ang 
yang bendul itu menjelaskan: Mana-mana yang tak mampu bayar tol, gunakan sahaja laluan alternatif 
tanpa tol!.....Orang ramai bukan sahaja resah tetapi MARAH
Tahun 2014 tahun BN naik tocang. Maka minyak pun naik, tarif letrik pun naik, tol juga naik DAN
pastinya semua barangan keperluan akan naik termasuk tambang menambang. .


13/1/2014

Iklim sekitar agak sejuk. Perubahan cuaca barangkali menukar hawa badan. Ada yang
demam. Selsema dan memerlukan rawatan. Dua cucu kami terpaksa tidak ke sekolah.













Iklim di pasaran keperluan hidup rakyat juga sedang melonjak naik. Panas dan geger. Golongan berpendapatan rendah dalam hingar dan sakit tayar. Golongan berpendapatan tinggi semakin tinggi
hidungnya. Jiwa dan akal rakyat disakitkan, isi poket ameno dan kroni diutamakan...

Najib pada 12 Januari dilaporkan berkata:

"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. 
Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.
“Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik 

salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."













11/1/14 SABTU: 
9.00 pagi dengan Merc bersama Dah, Che Minah dan adikNa menuju ke Dewan Beta.
Bersama jemaah Umrah lain berkumpul ramai di Masjid Jamie' Al-Mahmud Dewan
Beta untuk mengikuti taklimat musafir, pekerjaan dan cara menyempurnakan ibadat
Umarah nanti. Taklimat oleh wakil Tiram Travel, pak imam masjid mukim DB.
12.00 lebih pulang. Alhamdulillah.

  :) Ok apaaaaaaa

12/1 / 2014  AHAD

Cetusan Dollah KL dalam Sinar Harian,  jodol: " Seronok Melayu Berdemonstrasi .
Rakyat fikir mereka memerintah, sebenarnya mereka diperintah.
Pilihan raya umum mustahak tetapi tidak mencukupi untuk melahir dan mengekalkan
stabiliti jika tidak wujud mekanisme yang boleh konrol atau mengawas pemimpin yang
tamak dan menganggap corruption seperti kata pepatah Peranchis" when all other
things are old sins, avarice is still young"

~ Petang ke Banggol : Rumah Tokmek Ain dan Arif. Ada abah dan ma dari Raub .
Mak Zul masuk HUSM.. Tok ayahnya derita kayap. Beli jagung.

10/1/14 = Jumaat 8 RA 35H

SANAH HELWAH
Kini Berusia 83 tahun setelah mentadbir Kerajaan Negeri Di Bawah Bulan selama 23 tahun dengan jayanya.

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia(PAS).
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.[1]
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".........Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Add caption

Add caption
Afeeq Zikri Al-Abrar genap usia 8 tahun. Darjah 2 SKDemit. Semoga sihat sokmo dan mudah belajar hingga berjaya. Jangan banyak main-main. Jangan tinggal solat fardhu. Taat kepada kedua ibu bapa.

9/1/14 = Khamis 7 RA 35H


Kulit beluru buat syampu kepala
Buahnya keras warnanya ganjil;
Alam keliling ‘guru yang berjasa’
Kurnia-Nya terindah selaku dalil.

  Pagi, Bidin dan Yamnya datang buah tempahan seekor
kambing siap gulai untuk jamuan malam akad nikah Umi
Najibah pada 31/1/14 nanti. Insya Allah setelah konteks
sdr Nohd Zin Kedai Buloh.
Ada suprise story, bahawa adik bungsu Biding ada dtg ke
Tawang bawa bakal suaminya seorang ustaz Mesir minta tt
wali untuknya bernikah!!!
Dah bercerai dengan Uncle Rosli ???
Maka bermulalah ...acu citer...acu citer.....isy..isy...isy.... gosip dll.

~ Petang adikNa tiba dari Tranung.