Ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia ??(Baca selanjutnya...)
Siapa...siapa...siapa??? :(

.
TPM: Benarkah......Shopping di Paris, lencong ke Malta, makan di Ritz Carlton Singapura, gaduh di Damansara, C4 di Puncak Alam! Malaysia Boleh! Kah kah kah..akan kembali panaskah dongeng skandal penjualan 3 buah kapal selam yang melibatkan komisen dari syarikat perancis dan berlakunya pembunuhan alltantuya untuk menafikan komisen USD 500,00 dengan menggunakan 2 Anggota polis dari Unit Tindakan Khas...
.
Kedudukan Malaysia di tangga kesepuluh dalam penggunaan arak di dunia disifatkan sebagai "kejayaan gelap" pemerintahan BN yang di luar jangkaan rakyat negara ini. (
Baca sini......)
"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan 'tahniah' kepada kerajaan BN yang berjaya membawa Malaysia ke ranking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar di dunia.
Statistik terbaru Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia berada di kedudukan kesepuluh mempunyai peminum arak paling ramai di dunia. Malaysia membelanjakan AS$500 juta (kira-kira RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan bir pula mencecah 11 liter per kapita.
TPM: Perlembaagaan Malaysia mencatatkan bahawa Agama Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan. Pelbagai aktiviti melambangkan ciri-ciri keislaman ternyata ditonjolkan. Kuasa tertinggi negara dipegang oleh Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selain wujudnya jabatan-jabatan majlis agama atau jabatan hal ehwal Agama Islam di setiap negeri dengan jawatan mufti dan kadhi.
Ada Majlis Fatwa Kebangsan dan terdapat pula Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), PERKIM dan sebagainya. Manakala di institusi pengajian tinggi / universiti-universiti terdapat fakulti pendidikan/pengajiam Islam selain Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Banyak masjid tersergam bernilai juta-juta ringgit sebagai mercu tanda kununnya berstatus Negara Islam;namun kedudukan 'kemajuan' bidang maksiat tidak ketinggalan. Ada pernah disebut negara ini sebagai Darul-Kasino atau Darul-Maksiat kerana banyak terdapat tempat/jenis judi, pelacuran/ perdagang zina, kilang/jualan arak dan mudah berlaku pembunuhan. Kini status gian dan penggunaan arak di Malaysia berada di tahap 10 dunia! Patutlah orang-orang Malaysia makin MABUK....Satu NAHAS yang terancang oleh para pemimpin yang pro-maksiat. ...
Pakatan Rakyat merampas 6, 532 keping VCD lucah yang kononnya dilakukan oleh DS Anwar Ibrahim ketika ia cuba disebarkan dalam majlis Solat Hajat di Stadium Selayang baru-baru ini.
Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Abdul Talib dalam sidang medianya bersama Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, yang menghairannya bagaimana penyebar VCD ini boleh terlepas dari tindakan polis kerana menyebarkan bahan lucah adalah satu kesalahan.
"Yang menghairankan saya mereka boleh edar VCD dan risalah tersebut secara terang-terangan walaupun program tersebut dikawal oleh polis dari petang sampai ke malam," kata Zaidi yang mempersoalkan kreabiliti polis yang bertugas pada hari berkenaan. (Baca Harakahdaily....)
TPM: Mana ada aci, UMporNO selalu main jahat. Kalau ya pun agak-agaklah sikit. Sapa lagi mahu buat khianat gini kalau bukan mereka; takkan orang PR hendak kacau majlis sendiri? Takyah nak nafi-nafi lagilah. Ini semua kerja pencacai. Mereka mahu ambil peluang baik kunun. (Hello Pak Polis tido ker?) .....Padahal mahu jaja feel buruk sendiri. Serupalah cerita / kerja datuk-datuk THE THREE STOOGES....Datuk T memprovokasi video porno... hingga nama parti bertukar disebut UMporNO oleh tenet-tenet. Habis sapa yang malu? Kini naik suam semula story Alhantuya yang tragis itu. Cuciter...cuciter...cuciter...
"PERKASA sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara (terhadap) amalan seperti rasuah, kehilangan kedaulatan undang-undang, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan Umno/BN selama ini.
"Sebagai contoh, di manakah PERKASA apabila Presiden MCA selaku rakan utama Umno dalam BN datang ke Kelantan untuk mengubah amalan tidak mengizinkan premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95% beragama Islam?," soalnya.
Husam juga berkata, PERKASA boleh menguatkan Islam melalui dasar dan amalan yang selari dengan Islam dan bukannya dengan kenyataan berapi-api semata-mata.
"Jika jihad hendak dilaksanakan mengikut keutamaan ajaran Islam, kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh Umno/BN adalah lebih utama diperbetulkan," katanya lagi.
Tambahnya, ahli parlimen Pasir Mas tersebut juga perlu mengembalikan semula kerusi berkenaan kepada PAS memandangkan Ibrahim bertanding bagi kerusi berkenaan pada 2008 atas tiket PAS.
"Orang yang hendak berjihad adalah wajib membayar hutang terlebih dahulu kerana roh orang tidak membayar hutang tergantung antara bumi dan langit. Kerusi parlimen Pasir Mas adalah dikira sebagai hutang Datuk Ibrahim Ali," kata Husam lagi. (Malaysia kini......)
TPM: ..Siapalah boleh percaya cakap-cakap celupar orang yang selalu melompat parti/jemaah tanpa maruah /usul periksa. Kalau hendakkan jihad pun biarlah kukuh dan pasti sebab musabab syar'iinya. Entah2 Brahim ni erti jihad pun dia tidak tahu. Tidak faham. Almaklumlah dunia pencacai mana ada sekolah mengenai kebenaran. Jihad ke atau jahat?
“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut. “Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.
Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak malam tadi, Ibrahim menuduh orang Kritisn "mencabar posisi, kedaultan orang Melayu Islam”.( Baca lagi.....)
“Ramai orang
Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut AS di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya.
TPM: Ini la kenyataan manusia paling berat/rasis ..... lepas tu buat kenyataan macam ni sengaja nak bakar api perkauman / perbalahan agama di Malaysia .... wei semua orang yang waras.... tengok wakil bebas ni cakap, elok tangkap saja dia, masuk dalam penjara.....Kalaulah ucapan demikian keluar dari mulut orang2 PR sudah tentu mereka akan diberi tindakan berat. Kini kita bimbang, pihak keselamatan akan memilih bulu dan buat2 tidak pandang akan kenyataan panas AP Pasir Mas ini.

.
Tiada keperluan bagi pihak polis mendedahkan siapa pelaku dalam video seks yang mirip seorang pemimpin pembangkang walaupun sudah mengenalpastinya.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata ia hanya akan didedahkan sekiranya terdapat keperluan undang-undang.
"Saya tak perlu huraikan, kalau undang-undang kata perlu, kita dedahlah, kalau tidak, tidaklah," katanya. (Baca lagi....)
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini, Khalid mengesahkan telah menerima laporan pakar luar negara yang mengesahkan kesahihan video itu, sekali gus mengukuhkan penemuan pakar dalaman sebelum ini.
Ditanya tentang keperluan polis menyiasat ketulenannya sedangkan kes disiasat berkenaan penayangan video lucah, Khalid berkata: "Kita kena siasat adakah video itu video lucah. Jika bukan video lucah, bukan (Seksyen) 292 (Kanun Keseksaan)," katanya.
TPM: APA NAK DIKATO...pulak dah? lau the betol knal pasti, dedah kn jela..ke takut nk dedahkan sbb bukan org yg dituduh? hahaha..yang dituduh telah diaib dan didedahkan sededah dedahnya melalui tayangan umum oleh media massa umporno , yang mendedah masih boleh bersumpah dan tiada apa2 tindakan atas pendedahan tayangan porno kepada umum..bijak.. bijak..yg paling rugi adalah UMNO/BN kerana pendedahan yang tidak ada faedahnya! ADAKAH ia akan jadi liabiliti memusnahkan parti memerintah kini...

Biarlah Wak!
Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno. "Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu.
Sementara itu seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan (gambar bawah)menyatakan, isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno DS Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri.
Katanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.
Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar. (Baca lagi.....)
..
TPM: Mengaibkan saudara sesama Muslim, mafhum hadits 'barangsiapa yg mengaibkan (membuka keburukan) saudara Muslimnya, maka Allah akan buka 'aibnya diakhirat kelak dihadapan seluruh umat manusia. Dan barang siapa yg menutup 'aib saudaranya didunia ini, Allah akan tutup 'aibnya diakhirat kelak dihadapan seluruh umat manusia'.