Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil mencadangkan konsep 'Ketuanan Melayu' digantikan dengan 'Kemuliaan Melayu' yang kini lebih relevan kepada masyarakat itu.

Ketuanan Melayu mungkin sesuai suatu ketika dulu. Tetapi jika kita lihat keadaan politik hari ini, konsep yang perlu dihidupkan semula adalah Kemuliaan Melayu,” katanya.

Berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno, Shahrizat berkata konsep berkenaan mampu membantu Umno mendapatkan semula keyakinan dan intergritinya daripada rakyat.( baca selanjutnya...)

TPM: Ketuanan makna mudahnya ialah 'bersifat tuanpunya', ampunya. Kemuliaan bermakna sifat mulia, dihormati. Umno, sama ada pemimpin atau penyokong tegarnya telah lama melaungkan semangat 'ketuanan' terhadap tanah air Malaysia ini. Bahawa Negara Malaysia adalah milik tunggal bangsa Melayu sebab itulah ianya disebut 'Tanah Melayu'/ Persekutuan Tanah Melayu. Memang logiknya 'Malay' adalah bangsa pemilik 'sia' ini sebagaimana bangsa Rus memiliki 'sia' lalu ianya disebut Rusia.
Oleh kerana slogan 1Malaysia mahu diselaraskan, maka dalam PAU (Persidangan Agung Umno) kali ini frasa 'Ketuanan Melayu' jadi malap. Ketua Wanitanya menyebut 'Kemuliaan Melayu'. Adakah wajar 'Kemuliaan Melayu' itu menjadi tema baru sedangkan sejak 53 negara merdeka dan 63 tahun Umno menjadi tulang belakang pemerintahan negara, bangsa Melayu tidakpun menonjol kemuliaan mereka di dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Apa yang kita nampak hingga kini mereka masih bergantung kepada orang lain. Mereka masih berada di belakang, 'sakit' dan mengharapkan penawar.

KOTA BHARU, 19 Okt - PAS Kelantan mencatat sejarah besar sempena genap 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan milik Umno Kota Bharu itu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Bangunan ini pernah terbengkalai beberapa tahun, berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta.

Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas.( Baca lagi di sini...). Puncak bangunan yang tersergam itu boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

TPM: Alhamdulillah ... akhirnya Pemuda PAS Kelantan ada bangunan sendiri... dah sampai masa mereka ni boleh dok baik-baik dan boleh berbincang dalam suasana yang lebih baik...

Sepatutnya dah lama mereka ni miliki bangunan sendiri... sebab mereka berjuang dengan ikhlas untuk Islam dan rakyat sambil mengumpulkan dana untuk beli bangunan sendiri. Memang gah Pemuda Pas Kelantan. Syabas. Lepas ni insyaAllah ... Umno akan gadai bangunan PWTC .. selepas kalah dalam PRU 13 nanti.. Bajet 2011 tu mereka nak buat bangunan Wawasan Merdeka 100 tingkat, untuk apa? untuk songlap duit PNB sebanyak 2 billion.........

**********

Dengan ‘tertawan’nya bangunan Umno Bahagian Kota Bharu yang kini menjadi hak milik Dewan Pemuda PAS Kelantan, diharap ia menjadi simbolik untuk ‘menawan’ Putrajaya nanti..(baca lagi....)






Bajet 2011 yang dibentang oleh PM, DS Najib dikatakan sebagai bajet PRU13 di samping ianya lebih menumpukan kepada projek mega yang hanya akan menguntungkan kroni Umno-BN.

Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim telah menyifatkan bahawa bajet berkenaan lebih kepada imbuhan, bukan menyelamatkan suasana 'sakit' sekarang.

“Najib langsung tidak menyentuh isu penyelewengan dan rasuah dalam pembentangan belanjawannya.

"Terlalu banyak tumpuan kepada diberikan kepada imbuhan tapi rakyat tidak akan dapat menikmatinya. "Mereka hanya sebut projek mega tapi hakikatnnya bilion ringgit akan dapat kepada kroni dan rakyat hanya dapat ratusan ringgit," sindir DS Anwar.

Katanya, belanjawan yang dibentangkan ternyata menjurus ke arah menambat hati rakyat sekaligus menampakkan dengan jelas bahawa PRU13 akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Antara projek mega yang disebut PM dalam pembentangan bajet 2011, ialah projek pembangunan Warisan Merdeka di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang akan membabitkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, transit beraliran berkapasiti tinggi (MRT) bernilai RM40 bilion dan juga projek Perkongsian Awam Swasta (PPP) bernilai RM12.5 bilion di mana kerajaan akan menyediakan dana fasiliti berjumlah RM1 bilion.

Projek mega Najib:

:

TPM: Ada orang kata rancangan Najib terlalu banyak... masalah dan projek sebelum bajet masih belum lagi habis .. tiba2...bajet11 tambah lagi berbagai projek...antaranya bangunan100 tingkat. ..yang akan mengunakan dana PNB.. tidak termasuk projek Sungai Buluh... adakah beliau nak lawan Madey...

Ini adalah bajet paling sedap yang pernah rakyat Malaysia terima.. selepas ini tunggu barang apa pula akan naik... entah berapa billion untuk bajet11 ini...siapa yang akan kaut untung?

Ada orang yang kuatir akan wang KWSP dan PNB... jangan nanti kerajaan PR ambil alih...tinggal peti besi kosong...


KOTA BARU: Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang diberikan kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Ibrahim Ali. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dalam sidang media di pejabatnya, Kota Darulnaim, pagi ini.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, the Star Online juga melaporkan gelaran bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim wan Daud juga ditarik balik.

Sementara itu, menurut Aiesri lagi, Sultan Kelantan telah menarik balik tauliah daripada Ibrahim, pelantikan Darjah Kebesaran Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili ll). ( baca selanjutnya....)

Mengulas perkara tersebut Ibrahim berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan berkenaan dan menyifatkan tindakan itu sebagai trend di Kelantan.

"Saya tidak terkejut, ini trend yang berlaku di Kelantan sekarang," katanya.

Mengakui mengetahui mengenai penarikan gelaran berkenaan melalui media, Ibrahim berkata beliau masih belum menerima surat rasmi berhubung perkara tersebut.

Ditanya sama ada penarikan anugerah itu ada kaitan dengan kelantangannya membela nasib orang Melayu melalui Perkasa, beliau berkata: "Saya tak tahu sebab anugerah itu ditarik balik.

"Tapi kalau (berkaitan) Perkasa, saya patut diberi anugerah yang lebih tinggi sebab dalam Perkasa kami pertahankan Perlembagaan negara dan institusi Diraja.


Tuanku Al-Sultan Menyembelih sendiri seekor lembu yang disumbangkan untuk golongan miskin di Masjid Muhammadi di Kota Bharu, Kelantan, 8 Okt.
TPM: Potong Tuanku potong!



**

Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana ia sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri demi menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya, begitu pendapat Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.( sila baca...... ) Hak milik dan kepentingan bangsa Melayu selaku tuan asal tanah aiar ini telah digadai dan disalahgunakan.J

Jadi tidak hairanlah jika hak milik bumiputera Melayu semakin menguncup dalam semua perkara: bidang ekonomi / tanah, sosial / budaya, politik / kuasa, bahasa dan agama sekalipun. Walau pun pelbagai kemajuan atau pembangunan dibuat oleh Umno-BN, mereka yang mendapat faedah besarnya ialah para pemimpin dan kroni mereka. Cebur saja dalam politik, para pemimpin Umno mula mendapat gelaran, status untuk mendapat kuasa dan kekayaan.

Bila terdapat golongan atau individu yang juga berbangsa Melayu mahu menegur, memperbaiki malah menentang segolongan pimpinan Umno; mereka akan menuduh golongan /individu itu sebagai pengkhianat bangsa dan negara. Mulalah mereka menggunakan media massa buat mengutuk dan membalas balik teguran itu sambil mengajak semua rakyat membenci golongan dan individu itu.

Terlalu panjang untuk disenaraikan semua kebejatan tindakan pemimpin-pemimpin Umno itu sejak merdeka hingga kini. Amat menyedihkan, satu demi satu hak dan kepentingan bangsa Melayu menjadi pupus sementara itu mereka dan kroni semakin kaya.

Kini kita ditala dengan kenyataan terbaru Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri najib Tun Abd Razak bahawa orang-orang Cina bukanlah pendatang ke negara "Tanah Melayu @ MALAYsia" ini ( sila baca.....). Jadi siapa sebenarnya bumiputera, siapa peribumi, siapa warganegara, siapa orang asal, siapa orang asli dan siapa pula orang Melayu. Hari ini PM kata orang-orang Cina bukan pendatang kenapa pula? Orang India? Di mana buku sejarah? Di mana PERKASA? Lucu tetapi menyeramkan!

Umno Sebuah Parti Rasuah



Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta ahli parti supaya tidak ghairah mengeluarkan kenyataan berhubung soal siapa yang bakal menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini.

Beliau berkata, apa yang penting sekarang, setiap jentera dan ahli UMNO perlu bekerja keras bagi memastikan BN dapat merampas kembali kerusi DUN berkenaan.

“Saya rasa tidak perlulah kita cakap tentang calon. Lambat lagi (penamaan calon). Cakap-cakap tentang (siapa) calon ini tidak produktif...tiada hasil.

“Saya minta semua pihak berhenti bercakap tentang calon. Sudah pasti Pengarah Pilihan Raya (BN) ada cadangan dan kita akan akur kepada apa juga keputusan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sebelum ini, timbul cakap-cakap bahawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan diletakkan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu.

TPM: Bekas Calon Menentang Presiden Umno, Menteri Kewangan Malaysia dan Kini Ahli Parlimen akan bertanding Kerusi Dewan Undangan...Guano pulak!

m

Siapa Rahimi OsmanRahimi?

Beliau adalah pembantu Anwar pada tahun 2007 dan 2008 dan dikatakan antara mereka yang juga rapat dengan ketua umum PKR itu semasa PRU12.

Beliau direkrut pada Mac 2007 bagi mengemas-kini blog Anwar, selepas kandas dalam examnya di UIA. Bekas Mahasiswa berusia 25 tahun itu ditempatkan di pejabat PKR di Seksyen 16, Petaling Jaya yang juga dianggotai oleh kakitangan lain seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Sim Tze Tzin dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah - mereka sekarang ini adalah perwakilan PKR.
Nathaniel Tan pula kakitangan yang mengendalikan sebuah lagi pejabat di Phileo Damansara.

Semasa PRU 12, Rahimi semacam menjadi 'superman'. Dari menjaga Anwar hinggalah menjadi posmen menghantar poster ke P Pinang. Ketika itu, Rahimi adalah Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Pembantu Khas dan Koordinator Politik kepada Anwar. Dia jugalah Presiden Anwar Ibrahim Club (AIC)..


Pendedahan Rahimi Osman tentang akuan bersumpahnya telah mewujudkan cerita baru berkaitan kes liwat DS Anwar Ibrahim dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau telah membuat laporan polis dengan mendakwa Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Ketua Pemuda PKR Kedah Saiful Izham Ramli memaksanya membuat dua laporan bersumpah pada tahun 2008. Akuan bersumpah itu katanya, dipinda isinya untuk memalit dan memfitnah PM, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut. Rahimi pada mulanya adalah seorang sukarelawan. Kemudian beliau mengurus semua temu-janji Anwar khasnya ketika tempoh PRU12 kerana semua pembantu lain sibuk dengan kempen.

Rahimi adalah rakan sekolah Mohd Saiful Bukhari Azlan, di SMK Damansara Utama. Rahimi dikatakan orang yang memperkenalkan Saiful kepada DSAI. Hal itu pernah didedahkan Saiful semasa perbicaraan kes liwatnya itu. Malah, nama Rahimi disebut sebanyak dua kali pada perbicaraan berkenaan. Saiful juga pernah mengaku bahawa Rahimi ada menghubunginya untuk berbual dalam Mac 2008 sebelum pilihan raya umum itu.

Rahimi dan Saiful letak jawatan bersama?

Saiful pernah memberitahu mahkamah, pada pagi 27 Jun 2008, dia ada hantar e-mel kepada Anwar memberitahu perletakan jawatannya berkuat serta merta beralasan kerana dua sebab iaitu beliau tidak berdisiplin ekoran selalu datang lambat ke pejabat dan kurang kelayakan.

Rahimi juga mengambil langkah sama meletakkan jawatannya dengan alasan bagi menumpukan bisnes keluarga.

Apa sebenarnya yang berlaku sehingga kedua-dua pegawai Anwar itu meletakkan jawatan ?

Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi, Rahimi Osman mengatur pertemuannya dengan bekas S/U Politik Anwar, Ezam Mohd Nor pada lewat malam, 27 Jun 2008, di tempat persinggahan Plaza Tol Rawang. Turut bersama Saiful dan Rahimi adalah bapa saudara Saiful, Tuah Mohamad Ali.

Ezam pula ketika hadir di Mahkamah Tinggi untuk sesi pengecaman pada Mei lalu memberitahu media, sebelum ini dia tidak kenal langsung Saiful Bukhari sehingga lah ke tarikh pertemuan itu.
Ezam memberitahu bahawa dia berada di Larut Perak dalam satu program ceramah politik. Selepas ceramah, dia menerima panggilan telefon daripada Rahimi. Di dalam perbualan dengan Rahimi itu, Rahimi menyebutkan Saiful sudah 'kena' (liwat), jelas Ezam.

TPM: Pihak PKR Pusat berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu DSAI telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. (sila baca...) Pengakuan Rahimi osman dalam akhbar Suara Keadilan, seorang lagi “bell boy” yang membantu Anwar ketika semua staffnya mengambil bahagian dalam PRU12 baru2 ini. seperti yang dilaporkan, rahimi mengesahkan dia mengetahui kelibat musang ini dan mempunyai bukti2 kukuh untuk membuktikan bahawa kes ini mempunyai mala fide. Rahimi Osman adalah sahabat baik kepada Saiful musang. laporan2 internet melegarkan bahawa mereka akrab dari sekolah lagi, terpisah seketika, dan kembali bersatu tatkala semua sibuk berperang. ( baca lagi....)

Rahimi Osman, dikatakan bermula daripada seorang anak muda yang tiada hala tuju dan certificate, diberi kepercayaan membantu pejabat Anwar tatkala sibuk PRU12. Kisahnya berakhir dengan kereta mewah siap dengan dreber. Berbaju mahal siap dengan kafling. Sekali pendang, Rahimi lebih “berjaya” daripada DSAI sendiri. Dia lebih “berjaya” daripada semua yang pernah bekerja dengan Anwar.

Maka kita tidak hairan nanti, akan ada orang yang amat rapat dengan DSAI ini membawa pengakuan baru bahawa dia juga pernah beberapa kali diliwat DSAI dan mendapat bayaran sekian, sekian. Modal baru buat media pro Umno-BN akan dapat kita baca/dengar nanti, apatah lagi bila dekat PRK Galas, Kelantan.

Mutakhir: Naib Presiden PKR R Sivarasa pula berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak lain di belakang Rahimi.

"Ada tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini? Itu akan kita ceritakan. Itu akan jadi bab kedua dalam beberapa hari lagi. Kami akan beritahu," kata Sivarasa masih berteka-teki.(
baca di sini...)
. SEKIAN

.