Posted by Zanikhan on Sep 10, '09 11:42 PM for everyone
AFP
Muntazer Al Zaidi
Sriwijaya Post - Jumat, 11 September 2009 10:19 WIB
BAGHDAD - Meski masuk bui gara-gara melempar sepatu pada George W Bush, waktu itu Presiden AS, Muntazer al-Zaidi menjadi idola. Menjelang pembebasannya, sederet tawaran sudah menunggu. Dari rumah dan mobil hingga calon istri.
Rumah baru dengan empat kamar tidur disediakan mantan bosnya. Mobil, uang dan fasilitas kesehatan dijanjikan tempatnya bekerja, stasiun televisi Al-Baghdadia.
“Seorang warga Irak yang tinggal Maroko menawarkan putrinya untuk menjadi istri al-Zaidi,” ujar editor Abdul Hamil al-Saij dilansir Telegraph. Menurut al-Saij, ada pula telpon dari Arab Saudi menawarkan Rp 100 miliar untuk membeli sepatunya. Sementara kaum wanita berlomba-lomba menawarkan diri.
Tetapi al-Zaidi tidak terlalu memikirkan tawaran-tawaran itu. Ia justru tak sabar menunggu kesempatan untuk keluar penjara. Menurut Maitam sang kakak, al-Zaidi itu berencana membuka panti asuhan dan berhenti menjadi jurnalis.
TPM: Tindakan bergaya al-Zaidi itu mendapat liputan besar serata muka bumi. Kasut al-Zaidi yang melayang ke Bush bagai jet pejuang rakyat Irak ke muka Presiden Amerika Syarikat (waktu itu). Lawatan terakhir sebagai 'good bye' Bush ke Baghdad yang 'masih sakit' akibat serangan AS @ Bush itu, mahu dibayar tunai oleh al-Zaidi. Walau pun kesasar, lontaran itu tetap bermakna bagi al-Zaidi dan rakyat Irak. 'Hadiah' al-Zaidi kepada Bush itu menjadi alasan besar bagi orang-orang lain menghadiah seorang wanita sebagai isteri, sebuah rumah dan sebuah kereta buat al-Zaidi. Amat berbaloi!!! Orang yang berani memang layak mendapat hadiah!
Baginda Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang gering dan sedang dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak 24 Mei lepas, masih menerima rawatan rapi doktor pakar di hospital itu walaupun kesihatan baginda menunjukkan kemajuan.(baca lagi...). Maklumat selanjutnya di sini....
Rakyat negeri Kelantan buat pertama kalinya akan merayakan 'Idulfitri tanpa baginda Al-Sultan Kelantan namun mereka sentiasa mahu mengetahui keadaan kesihatan baginda dan mendoakan agar Tuanku Al-Sultan semakin baik dan pulih. Rakyat juga mengharapkan agar Pemangku Al-Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, Raja Perempuan Kelantan (bonda) dan kerabat sentiasa bersabar, tabah hati dan dilindung Allah Taala.
Zaman Khalifah Islam Pertama Saydina Abu Bakar As-Siddiq r.a telah berlaku penentangan hebat terhadap orang-orang murtad. Saydina Abu Bakar menyambung hasrat Nabi s.a.w memerangi 'gerakan-gerakan RIDDAH' itu termasuk Musailamatul Kazzab...dia ngaku jadi nabi. Palsu dan sahih murtad...
Dalam hukum Islam, kalau seorang murtad hukumnya kenaa bunuh...kalau ramai atau berkumpulan maka kenalah PERANGI mereka selepas diberi peluang bertaubat dia tidak mahu jugak kembali kepada IMAN sebenar!
Di Malaysia, selain pengajaran Haji Kahar Ahmad di negeri Selangor, Ayah Pin di negeri Terengganu; masih terdapat beberapa pengajaran / ajaran sesat yang dianuti oleh masyarakat Melayu. Pihak berwajib sewajibnya memerangi golongan-golongan itu.
Ya tak ya...dah..dah le tu. Kartika sendiri sudah reda dan sanggup menerima hukuma akibat ketelanjurannya. Beliau telah mengakuinya dan kini dia minta jangan ada lagi orang yang mahu mengganggunya. (baca di sini....) Dia mahu ketenangan.
Mengapa banyak sangat pihak yang pakat 'simpati' kepada Kartika Sari Dewi Shukarnor yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah dan beliau reda menerimanya. Timbul pro-kontra hingga ke peringkat pimpinan negeri dan negara. Ada desakan dan gesaan dari berbagai pihak individu dan NGO baik kepada Kartika atau kepada Majlis Agama Negeri Pahang. Ada ulama dan juhala (jamak dari 'jahil hukum'). Pandangan dan pendapat yang boleh merosakkan akidah pun ada.
Kartika dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008. Isu hukuman terhadap Kartika dan sikapnya sudi menerima hukuman itu telah menjadi 'bahan' pro-kontra dan Kartika jadi 'glamour' tak semena-mena. Namun masyarakat dapat juga tahu banyak perkara setelah isu ini diperlebarkan!
Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed dengan jelas mengatakan bahawa parti yang menjanjikan pembangunan dan perbuatan menabur wang tidak akan berkesan lagi apabila rakyat membenci parti yang bodoh sombong dan mengamalkan rasuah. ...(di sini...)
Tulisan Tun M pada blognya ternyata akan menghiriskan hati sesiapa yang ditujukannya. Sanggahan segera presiden parti paling lama dalam negara merangkap Presiden MIC DS Samy Vellu menyebabkan Tun M juga segera menyanggah Samy 'toll'. Okey... lawan tetap lawan bila ada peluang!
p/s
Samy's favorite quote on national television: "Toll naik sikit, manyak marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah!"
During the water crisis: "semua orang diminta jangan membuang aiyerr..!"
Barangkali dunia ini sudah sempit bagi Mirzan Mahathir. Tidak adalagi cara dan jawatan lain yang wajar dipegangnya selain selaku pengarah syarikat pengeluaran arak terbesar negara Filipina. Itulah mesranya hubungan antara negara-negara ASEAN. Masing-masing mendapat kerjasama dan keuntungan biarpun pekerjaan haram dari segi hukum Islam.
"Ini adalah urusan perniagaan sahaja," kata Mirzan sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu. (baca di sini...)
Putera sulung mantan PM Tun Mahathir itu tidak menyatakan dia minum arak atau ketagihan arak. Namun sudah memada kalau kita taksirkan betapa besar kesannya berbanding ketagihan arak secara individu kerana Mirzan akan menyumbangkan tenaga, wang dan fikirannya untuk memajukan perniagaan arak ini. Syabas buat Mirzan dan ayahandanya karana mendapat peluang perniagaan yang jarang anak Melayu ceburi. Tapi mantan KPN Tun Haniff Omar juga punya peluang jadi orang besar di pusat judi terbesar negara, kasino Genting Haighland.
Isu hukuman sebat 6 kali buat Kartika Sari Dewi Shukarno (kabarnya keturunan Megat Tarawis) belum lagi lesai. Menjadi panjang ceritanya sebab Kartika sanggup menerima sebatan itu, tidak mahu merayu (walau PM Najib suruh rayu). Sebatan akan dijalankan selepas Ramadhan.
Gelegak suasana tanah air kita kerana isu yang diluarbiasakan ini bagai gelegak dan berbusanya arak yang dituang ke gelas.. Masing-masing beri pendapat terhadap hukuman kerana menogak/mereguk airsetan, ibu segala maksiat itu. Tengku Mahkota bertitah, Mufti beri pendapat, mantan mufti juga beri bicaranya, orang jabatan Maip pertahan hukumannya, SIS juga dengan kontranya, Persatuan Peguam Malaysia juga cuba hantar pengaruhnya mahu membela entah siapa, Mursyidul-'am Pas juga memberi pandangan dan sudah tentulah ada pandangan dari penulis-penulis alias 'ulama suratkabar'.
Kartika Sari Dewi Shukarno, 32 model sambilan Singapura.
Mirzan bin Tun Mahathir pula join saham dan menjadi pengarah kepada San Miguel Corp (SMC) pengeluar San Miguel Beer di Filipina sejak 100 tahun lalu. Jika si Kartika akan dihukum sebat 6 kali, apakah pula agaknya hukuman di dunia kepada pengarah syarikat pengeluar arak itu kalau ianya beroperasi di beberapa negeri di Malaysia seperti di Pahang Darul-Makmur itu
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.
Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.
"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.
"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.
MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN.~~~Malaysiakini.
TPM: Samy Vellu bukanlah asing bagi rakyat Malaysia wajahnya yang berambut palsu itu bolehlah disebut sebagai " Bapa Tol Malaysia ". Sejak kalah pada PRU12 yang cukup memalukannya dan BN awal Mac tahun 2008, tahun 'BN Malu Sedunia'. Samy kerap mencari isu bagi melonjakkannya kembali kepersada politik tanahair.
Prihatinnya terhadap bangsanya, Samy mengingatkan bahawa Kaum India yang mengundi dan mengangkat bendera PAS pada PRU-12 lalu bagi menjahanamkan Samy sudah kecewa dengan PR. Mereka akan memilih MIC dan BN semula. Ayoyo Samy...apa u cerita. Samy lupa ka, masyarakat kaum India tidak sekali2 lupa bagaimana hebatnya u membela mereka dulu. Kerana sifat prihatin Samy itulah saham Maika lenyap. Kerana Samy mahu membela nasib kaumnya itulah Samy semakin kaya dan berkuasa, hidup amat mewah sedang kaum India kekal merempat. Kerana sifat mulianya itulah, maka beberapa orang yang tidak sekepala dengannya disingkir satu-satu baik di luar sidang atau di dalam sidang pemilihan pimpinan MIC.
DS Samy Vellu 'tidak bersalah' di Sungai Siput tapi dia kalah! Faktor BN yang menyebabkan dia kalah. Salah BN-lah yang menjadi faktor utama MIC kecundang teruk. Itulah sebabnya Samy menyampah.