Sabtu 4/1/14 bersamaan 2 RA35.
Orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal diri sendiri.
Apakah pula saiz diri kita?
~ Pantun kenangan sebelum PRU13 dulu.
3 Januari 14 Bersamaan Jumaat 1 Rabiul-Awwal 35.
Bulan Maulid Rasulullah s.a.w. Kalau dulu-dulu dalam budaya oghe Klate dikira
sebagai bulan bekwah kahwin @ makan pulut @ makan gulai. Akan berkumandang
selawat. Banyak dan menggema malam-malam ba'dal isya'.
- Ct dapatkan NC di Klinik Ramzi.
Terus ke rumah Kak Long di Taman An-Nur. Ke rumah sedara Tok Mek (kerja
di DBPWT) yang adakan jamuan Aqiqah. Makan nasi gulai kambing. Beli burung
puyuh siap sembelih.
:)
2 Januari 2014 bersamaan Hari Khamis 30 Safar 1435H
Sempena Sanah Helwah Mutia Sabihah ~ Cenderamata cincin perak + platinum
berpermata delima, juga buat ibu, Ct dan adik.
Bersama ke Tiram Travel buat bayaran ke Umrah pada tarik 9 Februari 2014.
Insya Allah. Untuk tiga orang, aku, Dah dan adik akan bersama Abang Halim dll.
~~~~~~~~~~~~
Tahun Baru 2014 jatuh pada Hari Rabu 29 Safar 1435H.
Genap 5 tahun Ayahanda kembali ke rahmatullah. (31 Disember 2008).
Tiada apa-apa acara atau majlis dibuat, selain dari doa dari anak-anak
agar Allah melimpahkan keampunan dan rahmat bagi kedua ayah bonda tercinta.
Yayasan Al-Muhammadi dingin dan sukar dihangatkan kembali oleh sebab-sebab
'tertentu' . Sebab berjauhan, gendala kutipan sumbangan, kesibukan dengan
kerjaya dan tugas harian barangkali menjadi faktor kelembapan iklim aktiviti
kita.
Alam Persekolahan bagi orang-orang yang terlibat dengan 'dunia buku' dan 'dunia
pendidikan' bermula hari ini. Siti Farhana cuti untuk bersalin, Ahmad Hazeq Wajdi
menumpang sekolah di SK Demit.
Wassalam.

