Dr Mashitah Kata: Najib contohi Kemoderatan Rasulullah s.a.w
Bodek jangan tak bodek. Kuli bodek tokey. Anak bodek bapa. Staf bodek bos. Menteri bodek Perdana Menteri. Biar bodek tu sampai tahap hilang maruah dan ilmu pun tak apa. Kita amat ' sukacita' bila seorang ustazah berstatus Dr /Ph.D , bekas pensyarah di menara gading sanggup menyondol idea 'agama'nya membanding seorang yang berilmu ganjil tentang Islam itu serupa Nabi s.a.w. Dr tu dah jadi terompah yang sanggup dipijak kaki juhala. Kesian....Ya, boleh jahanam negara kita jika orang cerdik nak mengampu melampau - Ya tolong le jangan puji melangit dan tidak berpatutan. Dibimbangkan si jahil alias pemimpin tu tidak berasa bersalah apa-apa kerana dia benar beliau mencontohi Rasulullah s.a.w konon. 

TPM: Magik. Macam satu magik telah memukau seorang hamba Allah, seorang wanita Islam, seorang ustazah, seorang pensyarah UIAM yang murid-muridnya serata negara, seorang motivator / pendakwah dan seorang isteri orang telah bertukar imej setelah menceburi politik parti UMNO-BN.Masyitah tukang sikat, tukang andam puteri Firaun sangat teguh imannya. Sejarah silam zaman Nabi Allah Musa a.s mencatat kekuatan hasil pukauan IMAN kepada Allah. Tetapi Dr Masyitah terbalik kok, berbeza sosok wanita suci Masyitah yang berkerja di mahligai 'Tuhan' orang Qibti, Mesri. Dr Masitah berjawatan menteri di takhta kerajaan BNajib telah mundur IMANnya dan boleh memundurkan IMAN orang lain.
Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".
Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.
‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah. ( baca...)
TPM: Selagi umno tak kojol, selagi parti yg kuat memfitnah ni masih memegang kuasa, selagi itulah rakyat negara ini dihidang dgn berita2 liwat, berita2 kotor dan fitnah seks untuk menipu rakyat! Sudah2 la.. kenapa org melayu mudah diperbodoh.. ditipu.. Jgn la menyebarkan dosa - mengaibkan sesama muslim.... kenapa masih nak percayakan Siam lahanat tu ?.
" Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’???.....
Kalau begitu BAIK hubungi Pejabat Imigresen biar mereka cek periksa rakyat Malaysia yang keluar ke seberang @ Thailland pada tarikh 12-13 Jan 2011 tersebut.....Anwar bin Ibrahim ada tak? (kenapa kita perlu minta pada Dati Seri Azizah buktikan?)

10.22am Orang ramai yang hadir duduk diatas jalan raya mendengar ucapan sempena pembebasan anwar daripada tuduhan liwat.
Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan kemenangan ini memperlihatkan kebangkitan rakyat.
Manakala Nasrudin pula menyifatkan kemenangan adalah "langkah menghampiri Putrajaya dan rakyat merupakan hakim negara.
Sementara Badrul mendakwa walaupun anwar dibebaskan tetapi wujudnya konspirasi dan rakyat tak bolah berdiam diri.
"Kita kena bangkit, peguam negara letak jawatan," katanya.
Bahkan beliau mendesak Najib letak jawatan kerana beliau bertanggung bertemu dengan Saiful.
"Saiful jumpa najib, makna bertanggungjawab, najib letak jawatan, sorak, " katanya diiringi sorakan penyokong.
"Najib masih ditampuk (pemerintahan), peguam, rakyat tidak akan duduk diam, bangkit rakyat, undur Najib dan letak jawatan.
"Kita cabar Najib, kalau hebat, kita tuntut bubar parlimen," katanya.
TPM: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
- Pembangkang memerlukan Anwar sebagai pemimpin yang akan membawa reformasi kepada negara.
- Kita berharap tidak akan ada konspirasi ketiga terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini.
DSAI sudah bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan keputusan pada 901. Namun katanya, dia akan tetap lawan. Walaupun ditakdirkan masuk penjara, namun dia sudah mempersiapkan plan B untuk menawan Putrajaya.
TPM: Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, fikir. Ada agama, waspada. Ada ingatan, bandingkan. Ada iman, timbangkan.