Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno. "Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu.

Sementara itu seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan (gambar bawah)menyatakan, isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno DS Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri.

Katanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.

Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar. (Baca lagi.....)

..


TPM: Mengaibkan saudara sesama Muslim, mafhum hadits 'barangsiapa yg mengaibkan (membuka keburukan) saudara Muslimnya, maka Allah akan buka 'aibnya diakhirat kelak dihadapan seluruh umat manusia. Dan barang siapa yg menutup 'aib saudaranya didunia ini, Allah akan tutup 'aibnya diakhirat kelak dihadapan seluruh umat manusia'.

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman mahu Menteri Dalam Negeri disiasat ekoran tindakannya membiarkan penjawat awam di bawahnya serta media khususnya Utusan membuat laporan fitnah dan provokasi perkauman.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi hari ini beliau berkata, Datuk Seri Hishammuddin telah gagal menunaikan tanggungjawab sehingga Utusan sepanjang Mac, April dan Mei tanpa sebarang sekatan mengeluarkan berita fitnah dan lucah khususnya isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Baca seterusnya.....)

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan laporan yang bertujuan membakar semangat orang Melayu-Islam berhubung isu 'negara Kristian' melambangkan satu bentuk pemberitaan yang sangat tidak beramanah.

merlimau by election pas candidate announcement 240211 hadi awang"Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini.(Baca MKini ...... )

"Oleh yang demikian hiruk-pikuk yang dilemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutama dikalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju kearah negara kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah," katanyaGERAKAN hari ini mendesak pihak polis menjalankan siasatan yang bebas dan profesional terhadap laporan Utusan Malaysia berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. ( Baca Mkini.....)

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menyangkal dakwaan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atau DAP pernah meminta pastornya mendoakan supaya Malaysia menjadi negara Kristian atau penganut Kristian menjadi perdana menteri. ( Baca MKini...)

Walaupun percaya ia tidak akan menjadi kenyataan, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok mengemukakan persoalan apa salahnya memiliki seorang perdana menteri yang beragama Kristian.

merdeka statement launch 020807 bernard dompok"Perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri, satu-satunya syarat adalah keupayaannya mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen. ( Bac MKini ......)

Penulis blog Zakhir Mohamed terus menggesa supaya siasatan dijalankan ke atas "cakap-cakap" berhubung dakwaan konspirasi bagi menukar agama rasmi persekutuan kepada Kristian dan melantik perdana menteri daripada penganut agama itu.

Dalam satu tulisannya di blog bigdogdotcom.wordpress.com semalam, Zakhir berkata ia perlu disiasat rapi kerana ianya mungkin menyebabkan golongan Melayu dan Islam "bangkit dalam keadaan marah." (Baca Lagi ...)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pihak supaya bertenang dan tidak mengeksploitasi isu agama yang sedang dilaporkan dalam media Malaysia.

"Tolong bertenang sehingga kami mencari faktanya. Ia (mengeksploitasi) tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa pun. Siapa saja sama ada pembangkang atau pro kerajaan, mereka tidak boleh dan tidak sepatutnya mengeksploitasi isu ini," katanya kepada wartawan Malaysia. (Seterusnya ..... )

Parti Islam Se Malaysia (PAS) pula menggesa tindakan tegas dikenakan ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang dalam laporannya mendakwa pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas. ( lapor Harkahdaily..)

TPM:...Seorang forum Malaysiakini, Hanisah Halim menulis: "Ini yang di namakan POLITIK KOTOR, PM sendiri berkata mereka akan mengunakan segala senjata, setelah gagal mengajak PAS keluar dari PR, mereka guna cara membakar isu keagamaan dengan tujuan orang-orang melayu didalam PR akan keluar dari Pakatan Rakyat. PAS lebih arif dari UMNO untuk memperjuangkan dan melaksanakan Ajaran Islam. LIKE PAKATAN RAKYAT."

Sesudah siri sodomy 2 bercerita tentang Sayfool menyimpan mani 3 hari dalam duburnya kian ketinggalan, timbul langsung kisah video porno blek&wait mengancam DSAI oleh Datuk Trio....harga minyak Ron97 naik RM0.20; muncul pula Umno mahu mengurat PAS dan bermunculan menuduh PAS sombong / tidak ikhlas. Macam-macam. Sehari dua ni mendadak Utusan Meloya membangkit isu Kristian mahu jajah Kerajaan 1Malaysia dan memproklamir Perdana Menterinya nanti 'Orang Kristian'! Kecor dan geger itu mengikut Utusan ialah pada tulisan dua blogger yang mula-mula mencetus dan membakar. Beberapa NGOs pula spontan berkeriyau..Harga GULA pulak naik RM0.20 semalam waduh.... UTUSAN MALAYSIA adalah nila pekat yang menitik merosakkan susu. Nila itu rasanya akan diharamkan di DUN Pulau Pinang...(baca lagi....)

utusan malaysia kritsian agama rasmi



Bagi lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” - Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.

Bagi wanita, Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”

Menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” Diucapnya sebanyak tiga kali.

TPM: Tip hari jumaat buat ingatan kita semua. Suami isteri adalah karib yang mengisi hidup kita. Terikat menjadi teman hidup setelah berlangsungnya akad mengikut syariat Allah Ta'ala dan sunnah Nabi s.a.w. Semua kita mahukan kebahagiaan hingga akhir hayat, memiliki zuriat solehah di dunia dan/hingga ke akhirat. Pasangan suami isteri bahagia ialah pasangan yang mendapat berkat dan rahmat Allah.....

Sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah di depan khalayak di Masjid Amr Al-As Sentul, beliau mengeluarkan kata-kata berikut: (Malaysiakini)

NONE"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillah irahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Peranan Eskay dalam pita video itu menjadi semakin rumit apabila beliau tidak menafikan beliau adalah orang ketiga dalam video tersebut.

VIDEO | 4.22 min

Fitnah dan makar apa lagi yang hendak direkayasa rezim UBN- UMporNO dalam memerangi DSAI dan Parti Islam di Malaysia...??

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan. (malaysiakini)

TPM: Tahniahlah.. sukanyaa.. terima kasih PM dan kerajaan.. bagus kan...senang hati...ambo sebagai rakyat malaysia,terujo yang teramat ado pmimpin ggini.. Dibandingkan dengan negeri maju lain, harga di negara kita jauh Lebih Murah..... Rakyat diutamakan....baguskan? Memag terbaik la BN...I love u...Gilelah..tiap bulan naik..bagus...x sia2 aku undi BN...tq NAJIB...!!

HARGA MINYAK NAIK LAGI!! HARGA BARANGAN NAIK LAGI!!! HOREY.....KITA BAKO, KITA BAKO.....


Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini.

NONEPerdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak. (baca terus...)

TPM:

Ya dunia akan aman tanpa Osama bin Laden!,..tapi apakah dunia akan lebih aman dengan Amerika Syarikat,..macam di Afghanistan, Iraq dan kini di Libya,..Dunia akan aman tanpa AS. Hancurkan Amerika, hancurkan Yahudi. 1Malaysia juga tidak berapa aman sejak PM ini satu. Jenayah, rasuah, dadah dan harga barangan kian mahal mengganggu kehidupan rakyat tak habis-habis.


PM Najib 1Malaysia suka apa yang terjadi pada Osama...yang dikatakan pengganas. Amerika tu bukan pengganaskah, tidak membunuhkah.... Pelik bin Ajaib ulasan seorang perdana menteri yang kurang iman ni. Kita.respect Najib kalau dia kata dunia aman tanpa Amerika... beranikah dia? Pengecut. Obama / AS akan menerima padahnya nanti.

Adalah tidak mungkin bagi Teoh Beng Hock mencangkung di belebas tingkap dan melompat keluar, kata laporan seorang pakar pada keterangannya kepada Suruhajaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.

azlanDalam laporannya, Profesor Sallehuddin Muhamad, dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata kesimpulan itu adalah berdasarkan beberapa rumusannya yang melakonkan semula cara-cara kemungkinan Teoh jatuh.

Katanya, terdapat sembilan kemungkinan.

TPM:

Adoiii.... BILA kes ini akan selesai???. Jatuh. Bunuh diri. Dibunuh. Jatuh? Mengapa dan bagaimana. Bunuh diri ? Mengapa dan bagaimana. Dibunuh? Mengapa dan bagaimana. Dimana dan Bila? Sudah terjawab. Siapa? Kalau bukan bunuh diri, mesti tuan rumah yang jahat. Yang jelasnya T B Hock dari 'pembangkang' sudah mati di Bangunan SPRM di suatu malam. Yang tak jelasnya banyak, antaranya - Kenapa T B Hock datang nak bunuh diri di Bangunan SPRM Kerajaan Malaysia? Wadoiii....Malaysiakini 4/5/11