Khalid: Saya lebih baik daripada Khir Toyo
| Selepas lebih dua tahun merampas teraju pemerintahan Selangor daripada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan pentadbirannya di negeri itu jauh lebih baik daripada penyandang sebelumnya. “Kami (Pakatan Rakyat) jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum ini, lebih berdedikasi dan bukan penurut semata-mata jika dibandingkan dengan (pentadbiran Datuk Seri Dr) Khir Toyo,” kata Khalid yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.
Khir Toyo berkhidmat kepada kerajaan pusat dahulu sebelum kepada rakyat. Beliau sendiri ambil banyak masa untuk stabilkan kedudukan sendiri.
Negeri terkaya Selangor, menjadi rebutan utama BN dan Umno. Umno telah melancarkan serang hendap dengan tema " Selamatkan Selangor" yang dirampas Pakatan Rakyat pada PRU12. PR telah menyelamatkan negeri Selangor dari 'Buaya' Barisan Nasional! Selangor di bawah tadbiran DS Khir Toyo selaku Menteri Besar telah diselamatkan oleh Pakatan Rakyat. Hingga kini kekuncu BN -Umno mati-mati mahu merampas balik barang mahal yang hilang itu.
DS Khir dan Datuk Noh Omar berlumba mahu ke depan dalam acara merebut button popularitinya. Senator Ezam Mohd Noor dijadikan tukang salak baru terhadap Pakatan Rakyat, PKR dan khususnya MB Tan Seri Abd Khalid Ibrahim. Tan Seri Muhammad Mat Taib rasanya tidak akan bersenyap diri.
Kita tunggu dan lihat permainan DS Khir Toyo selaku bekas MB Selangor dan Ketua Pembangkang di DUN dengan Datuk Noh Omar selaku Ahli Parlimen dan Timb Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Menteri Pertanian dan Asas Tani. Biarkan 'buku dan ruas' Umno Selangor bergocah pengaruh dan 'power'. Kita tunggu buah hasilnya.
|
"Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam,” Inilah kata-kata pelakon blue terhadap PAS dan Islam. Kita tidak pernah menyentuh bangsa mereka, tetapi pengamal seks bebas ini sanggup mengeluarkan kata-kata provokasi yang boleh mencetuskan hura-hara. Jika mereka sekadar mengkitrik PAS, ini bukanlah masalah besar tetapi bila pelakon blue ini menyentuh tentang Islam ia masalah besar kepada seluruh umat Islam negara ini.Demi mencari sokongan dan undi, MCA dan Umno sanggup menggunakan idea APCO dengan mengamalkan dasar pecah dan perintah serta isu perkauman yang boleh menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat majmuk. Mungkin MCA telah melihat keberkesanan kaedah ini bila Umno/Apco/Yahudi telah berjaya menarik kembali sokongan Melayu kepada mereka dengan menimbulkan isu perkauman dan kemelayuan. Kini kaedah yang sama cuba digunakan oleh MCA demi menarik sokongan masyarakat Cina kepada mereka. Sebagai umat Islam yang menyakini bahawa Islam adalah cara hidup, kita sama sekali tidak boleh menerima penghinaan seperti ini oleh pemimpin blue. Jika dilihat negara Islam yang terlibat dengan rasuah, mundur, autikratik dan sebagainya, adakah pemimpin mereka mengamalkan cara hidup Islam atau menganuti fahaman nasionalis sebagaimana diamalkan oleh UMNO. Senaraikan negara Islam yang mundur dan autikratik, semua mereka mempunyai fahaman lain seperti, umno (nasionalis), sosialis, secular dan lain-lain. Tiada satu pun antara mereka melaksanakan cara hidup Islam yang sebenar.
Kepada pelakon seks ini, usahlah mencari sokongan dengan menimbulkan sentiment perkauman dan agama yang boleh mencetuskan perpecahan dalam negara. Adakah rakyat tidak bimbang, jika pelakon jijik ini mungkin menghalalkan seks bebas bila diberi sokongan kepada partinya. Malah akan menjadikan seks sebagai industri utama negara.
Jika judi pun boleh dihalalkan untuk menjana pendapatan Negara, seks juga boleh memberi keuntungan jika dihalalkan oleh pelakon blue ini. Lebih hebat dari itu, mungkin jika bekas pelakon blue ini mendapat sokongan lagi dai akan menjadikan industri filem blue pula memperkenalakan negara di mata dunia.
Ingatan kepada aktor blue ini, jika kamu menyentuh Islam cerminlah batang tubuh kamu yang pernah berlakon dalam filem blue.
TPM: Mengapa pemimpin Umno senyap seribu bahasa. Orang tua itu bukan saja menghina Pas, tetapi menghina Islam dan penganut Islam dalam Umno juga. Adakah akal dan hati orang-orang Umno telah beku dan mati?
Orang tua MCA yang pernah berjahat dan tersingkir itu mahu menonjolkan kembali dirinya dengan publisiti murahan, provokasi untuk menyakitkan hati umat Islam seluruh dunia. Beliau mahu masyarakat Cina utama memandang serong terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.
Para pemimpin MCA, parti yang ditolak pengundi-pengundi Cina pada PRU12 (2008) mahu menjual ubat 'sakit'nya agar kembali kuat, namun penjualnya adalah aktor filem biru. Masyarakat Malaysia termasuk orang-orang Cina yang ada akal dan perasaan kemanusiaan, tetap mengenali wajah celika ahli politik merangkap pelakon segmen lucah yang mengaku melakukan kerja sumbang itu.
GUANO PULAK???... Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan ~~~ malaysiakini.
Macam-macam perkembangan baru terjadi pasca- PRU12 menuju ke PRU13. Sesudah ada kenaikan harga barangan 5 dalam 1 yang kita kena sebut 'penyelarasan harga' , kaum guru pula mendapat mandat baru. Boleh berpolitik, dibenarkan 'main' politik asalkan tidak melintasi pintu pagar sekolah! Boleh caya ke???
Sewaktu kaum guru berada dalam 'zon larangan berpolitik' pun sudah acapkali berlaku keceluparan ucapan dan amalan hingga ke dalam sekolah, dewan sekolah dikambing-hitamkan selaku tempat perasmian majlis politik; malah dewan membuang undi pilihanraya juga berlaku dalam bilik darjah! Kalau sudah diizin para guru DG41-48 nanti apakah karenah akan berlaku seterusnya. Namun kita wajar bersyukur dan gunakanlah peluang itu sebaik dan seikhlasnya.
Guru perlu bijak pilih parti ~ Ketua Penerangan UMNO.

SHAH ALAM – Meskipun guru dibenarkan berpolitik tetapi mereka mestilah bijak untuk memilih parti politik yang disertai. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebagai kakitangan kerajaan, guru perlu membuat pertimbangan sewajarnya jika memilih bersama parti pembangkang.
“Ini kerana mereka bekerja untuk Kerajaan Persekutuan, bukannya tidak boleh sokong pembangkang tapi fikirlah dengan mendalam sebelum membuat keputusan dengan tepat.
“Kami tidak peduli apa pembangkang nak kata kerana pembabitkan guru dalam politik secara keseluruhannya memberi kesan positif untuk perkembangan kepimpinan parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, idea kreatif dan aktiviti menarik dapat diperoleh daripada guru terbabit untuk memperkemaskan parti pada masa depan.
“Politik tidak akan menganggu masa guru kerana ia bukannya sepenuh masa walaupun berjawatan kelak dalam parti kerana pembahagian masa dapat dilakukan dengan lebih terancang. .......“Guru tidak akan mempengaruhi pelajar kerana politik tidak membabitkan golongan ini tetapi sasaran ialah ibu bapa mereka,” katanya.
TPM: Bang Mat Oii!! Para guru berkhidmat untuk Kerajaan Pesekutuan BUKAN untuk Barisan Nasional atau UMNO!!
PAS sedia menyediakan pakar sakit jiwa kepada Umno dan Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ekoran masih membangkitkan isu kerjasama PAS-Umno biarpun PAS secara jelas menolak pelawaan Umno itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Umno juga seperti terkena demam panas yang kuat sehingga mengganggu fungsi otak mereka (baca sini...)
Datuk Seri Najib Razak berkata Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS. ( selanjutnya....)
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno sedia berbincang dengan PAS sama ada secara rasmi atau tidak untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu seperti disaran beberapa pihak.
Sambil menyambut baik saranan itu, timbalan perdana menteri berkata usaha menjalin kerjasama antara kedua-dua parti Islam itu ( Umno parti Islam???) bukan satu perkara baru kerana ia pernah disuarakan sebelum ini tetapi tidak dapat dilaksanakan. (baca selanjutnya....)
Tengah serabut kepala dengan pelbagai isu politik-ekon-sosial yang makin bertambah, ada pula ide klise dari seorang 'ahli pemikir': " Cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan jika PAS dan UMNO bersatu dan bekerjasama."
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Lokman Nor Adam, berkata cita-cita PAS merealisasikan hasrat itu akan menjadi lebih mudah jika mereka berbaik-baik dan bekerjasama dengan UMNO berbanding dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
.