Website Islamik yg di Buat oleh Yahudi~~~Tranungkite Online
Waspadalah terhadap website di bawah ini 1. www.answering-islam.org <http://www.answering-islam.org/> 2. www.aboutislam.com <http://www.aboutislam.com/> 3. www.thequran.com <http://www.thequran.com/> 4. www.allahassurance.com <http://www.allahassurance.com/>
Posted on Monday, May 31 @ 22:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: tempayan
"Website islamik yg di buat oleh yahudi
Situs-situs tersebut telah sengaja dibuat oleh kaum Yahudi yang senantiasa gencar menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam
Sekali lagi, mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara Muslim di dunia.
Selalu waspada dan jeli terhadap semua sumber informasi tentang Islam yang ada di beberapa Islamic Website, meskipun kelihatannya sungguh meyakinkan. "
TPM: Semoga kita dipelihara Allah dan tahu menilai apa yang benar apa yang batil.
MAHAFIRAUAN MENYAMAR SEBAGAI MELAYU
WAIN : PENYELEWENGAN RM100BILION MAHATHIR DISOKONG BUKTI - malaysiakini
Beliau juga mengarang buku itu dengan memasukkan pandangan Dr Mahathir bagi menyeimbangkan dakwaan yang dikemukakan.
Barry Wain yakin 100 peratus dengan ketepatan fakta dalam bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad... (baca lagi di sini.)
TPM: Mengata dulang paku serpih, mengata orang... dia pulak yang lebih.
Harapkan pagar, pagar makan padi. Rakyat makin lapar, semakin buncit perut menteri.
| Mutaligat |
Hebat sungguh Perkasa sehingga meminta supaya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak lagi menggunakan nama Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mana-mana ucapan, penerbitan atau lain-lain bentuk komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam. Persoalannya siapa yang keliru dan susah hati dengan penggunaan nama Khalifah Islam terkenal itu. Umno atau siapa sebenarnya yang gelisah dan keliru. Sebenarnya rakyat tidak terkeliru tetapi rakyat hendak tahu siapa sebenarnya Khalifah Umar Abdul Aziz sehingga seorang pemimpin bukan Islam beriya-iya hendak mencontohinya dalam mentadbir negeri. Rakyat selama ini tidak tahu dan tidak peka siapa Umar Abdul Aziz kerana Umno/BN tidak berminat untuk mewar-warkan namanya. Tetapi bila seorang yang bukan Islam cuba mencontohi dan mewar-warkan nama Khalifah Uamr Abdul Aziz, Umno/BN dan Perkasa pula tidak senang duduk dan dengki takut nanti Orang Islam dapat menerima dan menghormati Lim seterusnya menyokong beliau. Sepatutnya Umno dan Perkasa berusaha untuk menaikkan nama Umar Abdul Aziz bukannya menghalang Lim dan orang Bukan Islam menggunakan tokoh itu sebagai idola mereka. TPM: Mereka marah bila orang bukan Islam memuji tokoh Islam. Mereka dengki bila orang bukan Islam sebut ayat-ayat suci al-Quran atau menyebut nama 'Allah'. Mereka hingar bila ada jemaah Islam mahukan hukum Islam diamalkan di Malaysia. Mereka memusuhi jemaah Islam. Mereka cuba menyekat perkembangan / kemajuan pendidikan Islam dan tahfiz al-Quran. Mereka tidak peduli maksiat semakin bertambah; malah mereka tidak pernah bimbang betapa ramainya anak-anak Melayu yang murtad. Barangkali mereka juga akan dengki apabila ramai kalangan orang Cina atau India menyokong jemaah Islam atau kalangan kuffar memeluk agama Islam. |

Noh Omar, usah cakap dahulu baru fikir. Biadap sungguh lu. Pernah dulu engko mengatakan DSAI bukan anak jantan kerana bertanding ditempat sendiri. Sedarkah engko kedua-dua engko punya bos beliau bertanding di Kepala Batas dan seorang lagi di Pekan, kawasan sendiri.
Saya memetik kata buragas dalam komen blog Pinkturtle:
MANGKUK TG KARANG NI HAMPEHHHH……CUBA LA KO BERTANDING TEMPAT LAIN SELAIN TG KARANG…BERAPA PRU NGKO TANDING TEMPAT SAMA…..????NAK KATA LEBIH LAK….TUJUANNYA DIA TU SETIA NAK BELA RAKYAT..BUKAN MCM NGKO
SAH BERCAKAP GUNA LUTUT DIA NI…TG KARANG TU JEM MANJANG TIME PEAK TIME ..ITU NGKO TAK BOLEH SETTLE..PIRAHHHHH….JADI BADUT SARKAS JE NGKO….
Apabila Nik Aziz mengetuai pentadbiran Kelantan, mustahil kalau tidak ada usaha ikhtiar untuk menjatuhkan beliau dan PAS. Mustahil Umno dan Barisan Nasional (UBN) tidak menggunakan jutaan wang bagi menjatuhkan kedudukan Nik Aziz MB Kelantan itu.
Pilihanraya Umum yang berlangsung sejak PAS mentadbir Kelantan 1990. 1995,1999, 2004 dan 2008 hinggalah Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai tahun 2009, amat mustahil jika UBN tidak berhabis ratusan juta perbelanjaan. (Untuk PRK kawasan Parlimen Hulu Selangor kabarnya mereka berhabis RM167 juta untuk merampas kerusi dari PKR).
Maka tidak menjadi kesalahan kalau menggunakan wang RM4 juta untuk mengalahkan Umno dalam pilihan raya umum ke 12 lalu asalkan ia bukan dari sumber yang tidak betul. Dakwaan blogger Kickdefella bahawa dia diberikan wang RM4 juta untuk operasi gerak saraf menjatuhkan UBN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelang PRU ke 12 lalu; menggambarkan betapa murahnya harga Pak Lah dan betapa murahnya publisiti Kickdefella.(sila baca...) Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali menafikan PAS terlibat dengan dakwaan blogger sheikh itu. (sila baca.....)
Sehari sebelum pengundian dijalankan, Datuk Abdullah Ahmad mantan Timb. Menteri Kerajaan BN mewakili Kok Lanas Kelantan sedikit masa dulu menulis: " Saya tidak terkejut kalau Barisan Nasional menang, tapi saya terperanjat kalau PKR boleh kalah ". Atau lebih kurang begitulah.
Namun hakikat tetap hakikat, Pakatan Rakyat tewas di Hulu Selangor dengan majoriti 1725 undi. Persoalannya adakah kita tewas di tangan Barisan Nasional atau kita tewas di tangan sendiri ataupun rakyat sendiri yang tertewas dalam pertarungan Hulu Selangor? Siapakah pemenang sebenar di Hulu Selangor? (baca selanjutnya.....)
Pemenang sebenar di Hulu Selangor ialah rasuah???
May 1, 2010
Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno.
Posted on Friday, April 30 @ 00:00:00 PDT ~~ADUKATARUNA.Dilulus untuk paparan oleh teori
"
Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook. ''Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi''
“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.
Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.(baca di sini....)
Mungkin batas-batas budi bahasa didalam facebook sudah lama berkubur, tetapi bagi aku apa yang Mohd Safuan Hilmi cakap sudah melampaui batasan sehingga sanggup samakan tok guru dengan syaitan dan mengugut untuk membunuh ulamak kesayangan kita semua.
Mohd Safuan Hilmi perlu bertaubat dan memohan maaf kerana ini boleh menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia yang menyayangi Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.
Katanya dia sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh tok guru kita, kalau betullah si Mohd Safuan Hilmi ni berani, silakan datang ke kuliah tok guru pada pagi jumaat di medan ilmu di negeri kami, negeri Kelantan Serambi Mekkah.
Kita harap gejala jahat ini disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa atau lebih dahsyat..