Mengikut laporan Malaysiakini hari ini 22 April 2010, Mahkamah Majistret Tumpat telah membebas dan melepaskan lima pelajar sebuah sekolah pondok atas kesalahan tidak memakai topi keledar tetapi sebaliknya memakai serban ketika menunggang motosikal, dua tahun lalu.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut. (baca lagi di sini...) dan ( selanjutnya di sini....)

Pembebasan itu menamatkan kegelisahan mereka pelajar Pondok Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Gelang Mas, Tumpat, pelajar-pelajar pondok lain di Kelantan serta seluruh pemakai serban ( pakaian sunnah menutup kepala) bagi orang Islam itu. Sebenarnya kita hairan mengapa pakaian 'turban' bagi kaum sikh dibenarkan bila menunggang motor; tetapi bagi serban bagi orang Islam ditahan polis. Kes double-standard ini sudah pasti mencemaskan golongan orang Islam yang suka melilitkan kepala mereka dengan serban.

Sekalung tahniah buat lima orang pelajar pondok tersebut (sedikit maklumat di sini ...) serta terima kasih bagi Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat yang telah memberi keputusan yang adil itu. Semoga semua kita dirahmati Allah.h.







Dalam mana-mana pilihan raya, menabur janji adalah sesuatu yang lumrah dilakukan oleh semua ahli politik. Tidak terkecuali ialah pertandingan merebut kerusi parlimen Hulu Selangor pada Ahad, 25 April ini.

Pelbagai janji ditabur dan bantuan dihulurkan oleh pihak-pihak yang bertanding.

BN dengan jentera daripada agensi kerajaan mengegarkan Hulu Selangor dengan beberapa projek termasuk pembinaan beberapa ekolah baru dan projek tebatan banjir.

Pakatan Rakyat yang menguasai kerajaan negeri pula menawarkan tanah kepada sebuah sekolah Tamil dan juga hak pemilikan tanah untuk 10,000 penduduk.

Sejak sebelum hari penamaan calon pada Sabtu lalu, jalan-jalan sekitar Kuala Kubu Baru dan juga di Batang Kali sibuk diturap. Jamuan dan pelbagai juadah juga disajikan kepada pengundi yang datang mendengar ceramah.

Pemimpin termasuk menteri-menteri juga sibuk melawat Hulu Selangor bagi meninjau masalah penduduk dalam usaha meraih und ahli politik.

TPM ulangi Anwar pengkhianat~Utusan Malaysia 21.4.10

HULU SELANGOR 20 April – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi ketegasannya dengan melabelkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara. Beliau berkata, label itu adalah satu fakta kerana rakyat sendiri dapat melihat bagaimana Anwar begitu rakus dan taksub untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berusaha menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah.

Katanya, selain sanggup memburukkan institusi-institusi yang telah wujud sejak negara mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu, Anwar juga menjelajah dari benua ke benua untuk memburukkan negara sendiri tanpa rasa segan dan silu.

Orang semakin sedar siapa Anwar~ Utusan Malaysia 21.4.10

KUALA LUMPUR 20 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, para pemimpin yang mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin menyedari dan memahami peribadi sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Jika 'dibaca' dari luar, kata bekas Perdana Menteri itu, mereka tidak mengenali siapa Anwar tetapi apabila mendekatinya baru mereka tahu siapa sebenarnya beliau.

Katanya, Anwar bukan seorang yang ikhlas kerana kadang kala beliau membuat perkara yang tidak secocok dengan dakwaannya.

TPM: Sekali pilihanraya sekali terbuka rahsia. Sekali musim memangkah sekali pemimpin bertelingkah.

Kita perhatikan pihak pembangkanglah yang menjadi sasaran semua media perdana. Para pemimpin UBN akan menjaja keburukan pemimpin dan parti pembangkang sehabis upaya. DS Anwar Ibrahim, TG Nik Abd Aziz, TG Hj Abd Hadi, Tan Seri Khalid Ibrahim dan lain-lain akan menjadi sasaran utama.

Ketua Pembangkan merangkap Ketua Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim orang paling hebat menghadapi pelbagai tuduhan dan fitnah. Sejak 12 tahun beliau menghadapi banyak risiko dalam politik negara. Dipenjara, ditumbuk, diterajang, difitnah liwat dan zina tetapi tidak ada pula tuduhan rasuah, politik wang, salahguna wang negara, minum arak, berjudi atau membunuh orang.

Keputusan PRU12 parti PKR pimpinan isteri beliau dan keputusan PRK Permatang Pauh memberi peluang kepada beliau menjadi Ahli Parliman seterusnya dilantik Ketua Pembangkang. Maka sejak itu kian bertambah sokongan dan kian bertambah juga tekanan dari pihak Umno-Barisan Nasional.

Sempena PRK Hulu Selangor, sekali lagi TPM Tan Seri Muhyiddin Yassin mengulangi tuduhan bahawa DS Anwar Ibrahim adalah Pengkhianat Negara. Kali ini mungkin ada jawapan tegas dari DS Anwar atau kita tunggu akibat yang terpaksa diterima oleh pihak UBN dan TS Muhyiddin sendiri.

" Lawan Tetap Lawan"

" Kalau takut kepada risiko usah bicara tentang perjuangan!"

Angkasanuri

PRK P94 Hulu Selangor menyaksikan pemimpin Umno menggunakan isu serangan peribadi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Sama ada poster dan banner yang mengandungi gambar super impose dan juga yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Umno dalam ceramah-ceramah mereka.

Apa yang menariknya dalam PRK kali ini Umno seolah-olah sudah insaf dan bertaubat bahawa arak dan judi adalah haram di sisi Islam.

Mungkin selepas ini tokey-tokey judi di Genting Higlands, syarikat empat nombor ekor dan sport toto mungkin akan berhadapan tindakan premis mereka akan ditutup.
Lesen-lesen judi yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin Umno di parlimen sebelum ini kemungkinan besar akan ditarik balik.

Begitu juga dengan syarikat dan kilang arak yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin Umno di parlimen sebelum ini juga mungkin akan diarahkan tutup.

Jika pemimpin Umno tidak mengambil tindakan menutup syarikat serta premis judi dan arak maka 'ulama-ulama' dalam Umno wajar menasihati pemimpin-pemimpin Umno agar cepat-cepat bertaubat kerana arak dan judi itu haram di sisi Islam.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan

Foto Hiasan:
TPM: " Wahai mereka yang beriman. sesungguhnya arak, berjudi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah 'kotor' dari amalan syaitan, hendaklah kamu jauhi semoga kamu beroleh kejayaan..." maksud firman Allah.

Sabtu, 2010 April 17

MAHATHIR MARAH BAYAR DUIT JUMPA OBAMA

MARAH LAGI

Madey telah marah kerana kerajaan Malaysia
membayar Apco syarikat zionis isreal 75 juta rinngit
untuk menyusun rancangan agar najib dapat bertemu
dengan obama.

madey amat marah kerana membazirkan duit rakyat.

.

~~~


Gegak-gempita seminggu dua ini perihal isu keterlibatan negara Zionis Israel dengan Malaysia. Heboh isu pendedahan pihak pembangkang bahawa logo '1Malaysia' ciplakan logo negara Yahudi itu '1Israel'. Isu peranan firma perunding APCO dengan Kementerian Dalam Negeri.

Pihak kerajaan pula berusaha mahu mengheret Ketua Pembangkan DS Anwar Ibrahim ke JK Hak dan Kebebasan Parlimen akibat pendedahan terhadap perkara tersebut. (Baca......)

Lawatan firma perundingan antarabangsa APCO Worldwide (APCO) ke Kementerian Dalam Negeri pada 28/10/2009 seperti yang dilaporkan oleh laman iKDN seolah-olah memberi satu jawapan berhubung sejauhmana firma itu dikatakan pro Zionis-Israel dan berperanan dalam urusan keselamatan dalam negara kita.(Baca seterusnya......). Berita dari Portal KDN boleh meng'kantoi'kan pihak yang menafikan keterlibatan hubungan Malaysia-Israel. Fenomena beginilah yang men

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.(Baca lagi....)

Fenomena beginilah yang menimbulkan pelbagai syak wasangka, keraguan, prejudis dan sebagainya di banyak pihak apatahlagi pihak pembangkang. Pihak kerajaan sering menafikan keterlibatannya sambil melarang mendengar fitnah pembangkang.

Rakyat pula selalu dalam keadaan 'tunggu dan lihat' , ragu-ragu dan mereka membuat berbagai spekulasi; manakala pihak pembangkang sudah tentu mahu mendedah habis, menerjah malah mahu menjatuhkan pihak kerajaan yang berkepentingan diri, tidak amanah, korup dan hipokrit.







Amaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula, sudah pasti akan ditertawakan ramai. Ha....ha...ha....ha....ha....hi..hi...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun. Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.

Sehari sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit. Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina. ( Baca lagi....)

TPM: Wisel belum ditiup, sepak mula belum dibenarkan SPR, Kapten / isteri dan Timbalan Kapten pasukan Barisan Nasional telah awal-awal menendang bola.....aparaaaaah.