Pertikaian bermula bila pihak Gereja Roman Katolik menuntut untuk menggunakan kalimah 'Allah' bukan kalimat 'Tuhan', 'God' atau selainnya dalam penerbitan mingguan Herald The Catholic Weekly. Mengapa dikecoh zaman PM Najib?
Pada 31 Disember lepas, mahkamah memutuskan media itu berhak menggunakan 'Allah' tetapi keputusan itu mencetuskan kontroversi luar biasa hingga kini - termasuk sembilan serangan ke atas gereja, sebuah daripadanya di Desa Melawati rosak teruk.
Sudah tentu orang-orang Islam marah dengan fenomena ini., tetapi tidak diketahui tangan siapa yang mengambil tindakan sedemikian. Ada pihak yang telah membuat aduan kepada pihak polis bahawa sidang pengarang mingguan tersebut "mempunyai niat tidak baik" apabila menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Rakyat yang beragama Islam berserta dengan parti-parti politik dan banyak NGO telah memberi berbagai alasan demi mempertahankan kesucian kalimah Allah serta mengharapkan keharmonian rakyat berbilang kaum terjaga.
Isu besar yang berlaku di minggi pertama dan kedua januari 2010 ini telah membabitkan juga suara-suara dari pemimpin parti politik, hinggakan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri di JPM, Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS serta beberapa orang cendikiawan Islam. Terlanjur isu menjadi makin panas, ada pihak yang mahu Majlis Raja-Raja Melayu hatta Yang Dipertuan Agong ikut campur tangan dan menggunakan kuasa yang ada bagi menstabilkan keadaan.
Hingga kini pihak-pihak yang berkuasa agama Islam sama ada Majlis Fatwa Kebangsaan, mufti-mufti, majlis-majlis agama Islam negeri atau pihak bertanggungjawab seperti JAKIM, IKIM dan sebagainya masih membisu. Walau bagaimana pun kita sangat mengharapkan suasana tidak semakin panas, kita harapkan 'Yang dipukul tidak mati, kayu pemukul tidak patah, tanah di bawah tidak gembur '.
Kita tidak mahu ada golongan yang mengambil kesempatan untuk mengharu-birukan lagi suasana hingga tercetus pergolakan lebih parah. Biar semua pihak berlandaskan kebenaran dan kewarasan, bukan mengikut emosi atau hasutan jahat. Kita tidak mahu isu ini diheret panjang bagi melindungi banyak isu 1Malaysia yang berat. Pihak tertentu masih tidak dapat menangani isu-isu yang semakin parah. Kalau ada jalan perundingan, pastikan perundingan itu berjalan di atas landasan keikhlasan dan bermotifkan keharmonian.
Soal menyebut nama Allah...Setiap orang tahu 'Allah' bukan perkataan Melayu, akan tetapi tiada siapapun akan mempersoalkan seorang Melayu menggunakan kalimah itu bagi merujuk kepada Tuhan yang disembahnya kerana orang-orang Melayu adalah muslim.
Dan semua muslim dari segala bangsa memanggil-Nya dengan nama itu kerana itulah nama yang Dia tanzilkan, dan dengan nama itulah Dia diseru oleh hamba-hamba-Nya.
Kita sebenarnya bercakap tentang 'menamakan' Tuhan; kita tidak boleh memberikannya nama yang salah.
Manusia biasa sekalipun akan marah sekiranya nama mereka atau gelaran yang diberikan tidak disebut dengan betul, apatah lagi sekiranya ia salah sama sekali. (teruskan bacaan di sini...)
Sabtu 26.12. 2009
Harubiru Lagi…
Salam Sejahtera.
Dah mula pulak dah.
Bila ditanya, sapa pun tak mengaku. Masing-masing kata, saya tak kata macam tu.
Perihal sesuai tak sesuai, elok tak elok, bagueh tak bagueh orang luar jadi calon di Kelantan telah mencerminkan sesetengah pemimpin Pas tak tahu nak cakap apabila disua ais krim( mike) untuk dijilat-jilat.
Apa, tak ada yang lain ke yang nak cakap?
Baru saja bercakap pasal hikmat hijrah, pentingnya hijrah. Tapi soal calon hijrah.....
Apa, masih tak lupus lagikah kata-kata ‘Orang Kelantan memang kuat fanatik sesama mereka!’
Saya teringat ketika menghadiri seminar, forum dan perhimpunan, apabila kami berhimpun dan berbual beramai-ramai, di mana salah seorang ada kawan Kelantan, akan rancaklah perbualan. Tapi jika ada dua orang lagi kawan Kelantan berbual sesama mereka, kawan yang berbual dengan kami akan meninggalkan kami. Dia lebih senang bersama ‘gengnya.’
Itu dulu. Tahun 60an dulu. Tak salah perangai macam tu. Tapi perangai Pas kalau macam ni, huduh sangat. Nampak sangat kepala kita sempit.
Siapa yang mula tak penting. Tenguk muka kita dah dapat baca orang yang bersifat fanatik ni...
Sdr Azizi,
Mula-mula sikit pembetulan:
Kalau tak salah, cadangan untuk pertimbangkan semula calon dari luar Kelantan ini, baru ura-ura saja. Kenapakah tuan macam panas saja, takut kalau-kalau calon idaman tuan yang dari luar atau dalam Kelantan tak terpilih untuk menjadi calon ke parlimen?
Kedua,
Adakah negeri selain Kelantan yang BEGITU bermurah hati menerima calon-calon dari luar? Kalau tak salah ingat ada negeri yang awal-awal lagi tak mau calon luar(?). Tuan lupa atau buat-buat terlupa? Dalam PRU 13 agak-agak Kedah boleh bermurah hati semacam Kelantankah?
Tentang calon ini, untuk renungan kita bersama, ini satu kisah bersejarah:
Apabila Lim Kit Siang kalah di Tanjung, ramai orang-orang Cina berduka. Mereka berduka kerana sosok yang namanya Kit Siang tak ada lagi di Parlimen. Tak ada lagi yang akan lantang bercakap tentang hal-hal PFKZ misalnya. Saya Melayu dan saya juga berdukacita. Parlimen tanpa panglima akan menjadi mandom. Umno seronok kalau Parlimen mandom.
Mesejnya?
Ya, kita perlukan bilangan dalam parlimen. Tapi yang lebih utama kita perlukan calon-calon yang handal dalam Parlimen. Bukan yang siang malam bermimpi untuk jadi Menteri atau Menteri Besar. Ya, calon yang betul-betul terbilang dan bukannya temberang.
Siapakah para pahlawan dan panglima Pas di Parlimen?
Terakhir sekali,
Tuan macam nampak sangat yang senget sikit-sikit di Kelantan, kenapa? Yang riuh rendahnya Pas di tempat-tempat lain, dari cerita UG dulu sehingga sekarang, tuan diam saja..kenapa?
Cuba teropong-teropong juga di tempat-tempat lain. Pas di tempat-tempat lain, adakah segagahnya yang di Kelantan? Atau akan bungkus semuanya dalam PRU 13 nanti?
Tuan boleh teropong kes disiplin dan cadangan berdemonya gerombolan di Selangor. Itu agak menarik. Dan apa pula kata orang besar-besarnya Pas di Selangor. Tak perlu, tak sebagusnya cerita Kelantan?
Wah..wah saya nak mengajar itik berenang pula. Mai kita bubuh nokhtah.
Wallahuklam.
Dilaga.
ana setuju dgn sdr dilaga. ana kecik hati dgn azizi. tak sangka hang pi tulih macam tu...sejak zaman berzaman kita perkasakan suara pas di parlimen melalui undi org2 bachok, kubang kerian, rantau panjang, kuala krai dan dua tiga kerusi lagi buat pemimpin pas bukan anak kelantan termasuk kpd sang katak; namun azizi 'satu' macam pulak dgn org pas/kelantan. salahkah sesekali 'aiskrim' yg disogok ke mulut dikekah bukan dijilat. memang cakap tok guru sikit saja akan diulas berhari2. keramatkah suara beliau..surat kabar pun jadi laku dan laris. ribut dalam cawan pas akan dikira semacam gelombang monsoon cup untuk diraih keuntungan oleh pihak tertentu.tok guru kata pula benda lebih kontroversi, apa pulak akan diulas oleh para pengulas termasuk azizi: orang bangsa lain boleh jadi MB kelantan jika dia muslim, berilmu dan beramal islam... kita tunggu para pengulas akan menghingar forum serta khalayak . silap2 mengulas durian, tangan akan luka terkena durinya.
4:16 AM
