Akhir-akhir ini warga dunia sebahagian besarnya sedang berwaspada dengan wabak influenza A H1N1 atau Selsema Babi. Wabak penyakit itu dikatakan bermula di negara Mexico kemudian merebak serata benua. Manusia yang berlegar sesama sendiri terpaksa memakai topeng dan kempen pencegahan dari wabak ini dibuat dalam pelbagai bentuk. Ada pulak berita menyatakan wabak ini sengaja direka-cipta oleh pihak tertentu dengan tujuan mencari laba komersil dan hasrat memusnahkan sebahagian umat manusia!
Percaya atau tidak hewan najis mughallazah itu punya 'kegunaan' yang banyak bagi menghasilkan sesuatu barangan atau berfaedah menjadi bahan awet / penjagaan sesuatu produk baik makanan, alat mekap, ubatan, peluru dan sebagainya. Dalam pengedaran barangan harian, tujuan komersil menjadi target utama pihak kapitalis. Mereka yang sebahagiannya kuffar sudah tentu tidak mengambil kira halal-haram di sisi syariat Islam. Tiada ukuran najis atau tidak, bagi mereka laba fulus lebih aula. Maka tidak peliklah adanya produk tersebut di sekeliling hidup kita, malah barangkali sudah banyak masuk ke dalam perut kita.
Satu artikel berkaitan kepenggunaan dari sosok batang tubuh hewan ini diguna besar-besaran oleh kuffar kami bawa agar menjadi batas ingat kepada kita dalam mengguna keperluan harian kita. Memang hidup kita ini diuji dan diduga, sejauh mana kita menghindarkan diri dari perkara hara dan dosa.. sila ikuti artikel ini .......... semoga kita dirahmati dan dilindungi. Wassalam.
Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) hari ini menaikkan tawaran dari RM1000 kepada RM6,500 kepada sesiapa yang menyerahkan gambar bukti Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang awal minggu lalu. (baca di sini...).
Ada seseorang telah menulis komennya di blog penarik beca, tulis beliau:
mana lebih jahat antara samseng kaki pukul dengan samseng provokasi kata dia kena pukul? yg si semail dikatakan bersama waktu itu kenapa sengap hingga kini? foto ajeez kena pukul, kawe rasa akan melonjak naik harganya besok-lusa. kalah gambar skandal csl (kalau ada). kalah juga foto elie wong pra-bog (juga kalau ada)... republik iran menawarkan harga juta2 USD kalau dapat membunuh salman rushdie si satanic writer tu. bahan sejarah politik tanah melayu ni pak bakaq...foto ketua putera jadi kambing hitam politik terkini di bagan pinang...kalau dipinang, pinang tak dapat, tak kena lepuk kenapa cari..(lihat di sini...)
Ada pihak yang menawarkan RM1000 buat sesiapa yang ada menyimpan foto Ketua Putera Umno Datuk Azeez Abd Rahim yang mengaku dibelasah oleh para penyokong PAS pada hari penamaan calon PRK N31 Bagan Pinang tempohari.
Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) akan membayar sejumlah wang itu serta-merta kepada sesiapa yang menyerahkan gambar tersebut, lapor akhbar web rasmi PAS Harakahdaily.net(baca di sini....)
Dalam pada itu Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskankan bahawa Datuk Abd Azeez Abd Rahim telah membuat kenyataan palsa dan berbohong. (lihat di sini...). Azeez dikatakan sengaja membuat pengakuan dia dipukul, diterajang dan dikasarkan demi menjadikan isu bertujuan menjahatkan PAS yang bertanding menentang BN pada pilihan raya kecil itu. Tidak adapun tanda bengkak atau cedera pada badan Azeez walaupun Azeez diberi rawatan di hospital.
Macam-macam boleh dilakukan. Peduli apa pada moral dan kewarasan. PEMBELA mahukan ada sesiapa yang dapat membawa foto bukti Azeez di'malang'kan itu. Kita tunggu siapakah yang akan mendapat reward RM1000.00 itu.
Mari kita lihat rakaman video ini mempastikan kejadian 'Azeez kena pukul' itu:
Para pengundi pos dari Kem Port (Pelabohan) Dickson Negeri 9 telah menunaikan tanggungjawabnya semalam, tiga hari sebelum para pengundi awam bagi N31 DUN Bagan Pinang.
Para pengundi awam akan memangkah sama ada 'dacing' atau 'bulan' pada 11 Oktober 2009 bersamaan 22 Syawal 1430 sempena cuti hari minggu 'ahad'. SPR memilih ahad untuk PRK kali ini. Murah hati SPR ini sudah tentu menyebabkan ada para pengundi negeri-negeri PR yang pernah terlibat dengan PRK lalu....berasa iri dan 'berasa lain macam' terhadap SPR. Bersabarlah. Bukan senang hendak memuaskan hati semua orang!
Dalam PRK-PRK yang lalu (pasca-PRU12) di semenanjung, BN kalah 0-7. (satu menang 'moral' di Manek Urai!). Apa akan jadi agaknya jika SPR berikan 'hari bekerja' menjadi hari mengundi di Bagan Pinang? Ada orang kata selain media massa perdana, surat kabar dan letronik, tenaga / suara/ jentera kerajaan pusat semuanya termasuk orang-orang keselamatan telah bertukar menjadi 'jentera gabungan' Umno-BN untuk berkhidmat kepada 'parti dacing' yang bertanding di Bagan Pinang; kata orang tidak terkecuali SPR juga ikut 'bias'. Wallahu a'lam bissawab...anda punya persoalan, sukar dijawab.
Perdana Menteri merangkap Presiden Umno bersuara dari jauh: 'memperolehi kemenangan adalah lebih penting bagi BN dalam PRK Dun Bagan Pinang daripada saiz majoriti kemenangan'. Ini memberi makna 'walau apa cara sekalipun BN mesti menang! (baca sini...)
Peristiwa Ketua Putera UMNO Datuk Abd Azeez Abd Rahim 'dibaham oleh 1-9 orang penyokong PAS yang lengkap 'berpakaian PAS' pada hari penamaan calon minggu lepas, barangkali antara kisah 'provokasi' pihak tertentu untuk menjadikan isu panas. Ada pihak menawar RM1000-RM6500 kepada sesiapa yang dapat menunjukkan foto kemalangan yang menimpa bos putera itu.
Ada orang terus menganugerahkan di maya: Datuk Azeez adalah pelakon lelaki terbaik 'of the year'. Tah apa-apa... Mutakhir berlaku pulak serangan dan serbuan penetak-penetak (dikatakan) dari pihak pemuda UMNO ke atas penyokong-penyokong PAS di area / markas parti itu. Kecoh lagi. Lebih dasat dari balakon yang menimpa Azeez, tapi mangsanya sama-sama ke hospital dan ke balai polis. Berbezanya cuma kisah serangan berdarah ke kemah PAS kurang mendapat publisiti berbanding derita yang ditanggung bos putera UMNO itu. Isu ' Azeez and the lebam hingga muntah-muntah' lebih tersohor dan disorot oleh pelbagai media utama. Nasib hang lah zeez..... putera manja negara.
Terbaca satu komen kat blog 'Tinta Merah' MSO, ada seorang mencatatkan:
salam.
ni lah masalahnya.
kalu kawasan miliknya yg panas dan bakal hilang; mereka akan melakukan sabotaj, provokasi dan sesuatu boleh menimbulkan geger serta kecoh. silap2 gaya akan berlaku pergaduhan besar.
bayangkan kalau ubn kalah!... tak mustahil ada org2 akan mengamuk. tenaga dah habis, wang dah banyak out tiba2 resultnya kewek atau kiok..mereka takleh terima kenyataan. apa2pun boleh berlaku. kalu masuk hiblis, org2 akan hilang agama dan akal. waspada berjuang atau berhadapan dengan manusia yg berotak di kepala lutut.
Terbaru ada pulak cerita perlakuan pihak lawan PAS telah menyerang kawasan kemah PAS (kelih sini...). Beberapa orang tercedera akibat perbuatan kasar tidak bertamadun para penyokong UBN itu. Kekasaran itu berlaku malam dan awal pagi di beberapa tempat dan beberapa cara antaranya menyekat dan mengganggu penyokong-penyokong PAS. Pihak PAS dikatakan tidak pula bertindak balas atas kejadian serangan itu. (sila baca...) Beberapa orang penyokong PAS dipukul hingga berdarah. Mereka juga telah membuat laporan polis, namun kejadian itu tidak pula diisukan di media massa. Apo nak jadi jang?
Antara penyakit yang sering ditimbulkan oleh Umno ialah provokisme. Virus penyakit ini sengaja diada-adakan bagi mencetus isu atau masalah agar masyarakat menghindarkan diri dari parti pembangkang atau sesiapa saja yang dimusuhi UBN.
Pengakuan Ketua Putera Umno merangkap AMT Umno Datuk Abd Azeez Abd Rahim bahawa dia dipukul, disepak dan diterajang oleh 9 orang PAS mengejutkan situasi suam pagi, hampir jam 10.00 masa penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil N31 Dun Bagan Pinang. Beliau dikatakannya telah mendapat 'kemalangan' itu ketika melalui 'kawasan penyokong' PAS bersama Datuk Ismail Sabri Yaakob. Azeez telam membuat laporan polis dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Namun yang peliknya ialah Datuk Ismail Sabri tidak pula 'dibelasah' malah beliau tidak pun memberi apa-apa komen. Senyap hingga kini.
Nasi telah menjadi bubur. Berita Abd Azeez dibelasah telah kecor. Nama beliau semakin mashur dan mengisi hampir semua madia massa. Parti pembangkang PAS yang akan berentap dengan BN di Bagan Pinang dikaitkan sebagai parti ganas dan tidak Islamik. Pengulas-pengulas amatur dan profesional politik tanah air tidak kering mulut menjaja 'keganasan' penyokong PAS dan 'terus menyatakan kasihan belas' kepada Azeez. Ada yang mengatakan kenapa 'tok guru' tidak menasihati anak-anak buahnya yang ganas memukul orang-orang baik UMNO-BN tu.
Adapula yang mengatakan Datuk Abd Azeez sengaja mencari publisiti murahan sebagaimana dia pernah berbuat perkara yang sama semasa PRK kawasan parlimen Kuala Terengganu lalu. Maka atas lakonan Azeez yang 'hebatolol' itu, dia layak diberi gelaran Pelakon Lelaki Terbaik!
Walau pun PM DS Najib bersuara dari jauh, berkempen dari Paris untuk memenangkan Tan Seri Mohd Isa Samad dengan penjelasan bahawa Isa tidak melakukan jenayah; Isa tetap telah melakukan rasuah alias pengamal politik wang demi memenangi diri sendiri dalam PAU dahulu. Dia telah pun dihukum gantung keahlian selama 3 tahun.
Najib mahu menyelamatkan Isa dengan mengatakan Isa diambil tindakan oleh UMNO beberapa tahun lalu atas kesalahan melanggar tataetika parti, cuma satu kesalahan teknikal bukannya satu jenayah (Utusan Malaysia 5 Okt 2009). Namun begitu masyarakat Umno sendiri khususnya mantan PM dan Presiden Umno Tun Mahathir Mohamed juga berpendapat: "Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan. "
Di dalam kitab fiqh Islam menyebut orang yang pernah terbabit dengan rasuah tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin. Usahkan untuk dipilih sebagai pemimpin , menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri pun tidak layak.(baca di sini...)
Dikatakan Rasulullah s.a.w pernah bersabda:لعن الله على الراشى والمرتشى mafhumnya:" Allah melaknat orang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah."
Selaku umat Islam sudah cukup memahami bahawa mengamalkan perbuatan rasuah hukumnya berdosa besar, dilaknat Allah. lalu bagaimanakah mereka mahu menerima seorang pemimpin yang berdosa besar, berkepentingan diri, tidak amanah dan sudah tentu tidak akan berlaku adil
Penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang Negeri Sembilan selesai dengan pertemuan musuh tradisi BN dicabar PAS. Bakal calon Bebas kecundang lebih awal sebelum masuk gelanggang! Bekas orang kuat Umno zaman Isa Samad dan kemudian menjadi orang kuat PKR Negeri Sembilan itu, Shahruddin Abd Hamid tergamam kecewa bila wakil calonnya ditolak pegawai SPR. Wakil calonnya bukan orang Bagan Pinang! (baca....)
Pihak Barisan Nasional seperti dimaklumkan ialah calon popularnya Tan Seri Mohd Isa Abd Samad mantan MB 22 tahunnya, merangkap bekas Naib Presiden Umno yang meletak jawatan akibat politik wang pada PAU beberapa tahun lalu. Isa dicabar oleh calon PAS Zulkifly Mohamad Omar. Pengumuman dibuat oleh pegawai SPR negeri Abd Wahab Shamsuddin jam 10.23 pagi.
Puluhan ribu para penyokong PAS dan BN memeriahkan hari penamaan calon tersebut. Pembuangan undi akan berlangsung pada 11 Oktober 2009. Bakal calon bebas Shahruddin Abd Hamid gagal mengemukakan borang.