See full size image




Dr Maza: Jika PAS Sudi Mendengar

Sedikit Jawapan Kita


" Oleh kerana nama Islam disebut dalam nama Pas, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka"-Dr MAZA


Memandangkan Islam membezakan akidah, syariat, muamalat dan akhlaknya dengan agama/cara hidup lain maka sudah tentu banyak kontrasnya. Di Malaysia, jemaah Islam Pas kena berdepan dengan pelbagai karenah kekufuran, kemunafikan, kemmunkaran dan kefasikan. Sejak alim ulama terdahulu hingga ulama kini mereka mahu membetulkan fenomena demikian di kalangan massa Melayu-Islam. Namun usia lama alim ulama berusaha memperbaikinya, fenomena itu tidak berkesan malah semakin bertambah bera dan mencabar.


Jemaah (bah Inggerisnya 'party') Islam SeMalaysia (PAS) ini menghadapi berbagai rintangan, tekanan dan halangan sebagaimana juga jemaah-jemaah Islam di negara lain di seluruh dunia. Mereka pernah menegur bilhikmah, mau'izah hasanah dan mujadalah setakat kemampuan mereka. Pahit maung perjuangan menegakka kebenaran sudah dijalankan. Menerima hukuman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke Kamunting, Taiping sudah, korban pembunuhan juga ada, aneka penginayaan dihadapi bila menantang parti/kumpalan yang tidak menjalankan syariat Islam dengan betul.


Jenayah, maksiat makin bertambah malah gejala murtad juga terjadi. golongan berwajib dan para penyokongnya tidak menangani dengan serius. malah akidah Islam, syariat Islam, dosa-pahala, halal-haram dipermain-mainkan. amr bilma'ruf tidak berjalan betul, nahi 'anilmunkar tidak berkesan malah ada golongan yang menggalakkan kemunkaran!.


' Bila kita melihat atau temui kemunkaran..cegahilah dengan kuasa, dengan mulut dan dengan hati...kuasa tak ada, cakap dengan mulut..menegur malah dibolehkan menghina dan mencerca para pelaku yang tegar, degil dan keras kepala. Adalah wajar sebagimana al-Quran dan hadith melaknat golongan kuffar, munafik dan fasik lebih dari binatang (padahal hewan tidak menentang syariat Allah)... penghinaan bertempat!.


Dr Maza menyebut " parti itu hendaklah menghentikan sifat suka mencerca dan memaki hamun" …..kalimat suka mencerca.bererti hobi, gemar…Jangan kata lagu tu..tak baik. Pemimpin dan penyokong-penyokong parti PAS bukan saja-saja gemar berbuat demikian Ada kalangan yang mengatakan Nabi s.a.w tidak pernah mencerca dan memaki hamun. Benar. Tapi jangan lupa Rasulullah s.a.w ada melaknat pelaku-pelaku dosa besar spt pendusta, penzina, perosak hubungan kejiranan, pengadu-domba apatah lagi orang-orang yang mengerjakan maksiat dan tidak mengerjakan perintah Allah.


Kalau sudah layak..jika mereka memang sesat misalnya kenalah sebut sesat...atau ada bahasa lain? kalau jahil, jahat @ fasik, hendak guna kalimat apa lagi? sekali selsema babi, sekali Influenza A H1N1 lepas tu selsema babi pula...atau perlu ke'arab'an (lebih sopan) lalu disebut 'selsema khinzir'?


Kita rasa kalimat penghinaan dan cercaan itu perlu sekali-sekali disebut buat orang yang memang hina dan degil malah menentang Allah dan Rasul; begitu juga kepada para pembela golongan maksiat, musuh-musuh Allah dan tidak mahu taat kepada Islam. Jahil yang sombong tidak mahu berubah adalah layak menerima cercaan agar mereka sedar mengapa ada orang mengatakan dirinya jahil, fasik dan sebagainya...maaf.


Sukanya Umno kerana dapat isu pulak dah. Dapat isu untuk pecah-belahkan Pakatan Rakyat. Hingar UG @ Kerajaan Perpaduan dah stop. Timbul isu pihak pemuda kedua belah parti Umno dan Pas mahu berbincang, berdebat dan seertinya. Lepastu Ketua Wanita Umno mengajak muslimat Pas berkerjasama. Lakunya PAS seolah anak gadis pingitan yang cantik, pantang keluar rumah atau bersuara, adalah selepas itu lelaki gelenyar yang mahu ambil peluang.

Terbaru, TGNA Menteri Besar Kelantan berjadual ada bersama dengan Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapha Mohamed dalam satu majlis pelancaran pameran pertanian. Mereka bersalaman dan dikandidkan oleh kamera pemberita dan wartawan. Akhbar memutar-belitkan peristiwa dan ucapan maka terbelitlah pemimpin Umno dan para pembaca apatah lagi ahli-ahli Umno yang tegar. Mereka kemaruk satu macam!

TSri Muhyiddin Yassin juga telah memutarbelitkan kenyataan TGNA berhubung kesediaan MB itu melupakan sengketa dengan kerajaan pusat.

"Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS. "Yang dia hendak bawa dalam Majlis Tertinggi Umno apa kejadahnya?" soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Tuan Guru Nik Aziz didalam kenyatan rasminya pagi ini dengan tegas menafikan bahawa beliau menyebut soal perpaduan antara Umno dan PAS. Beliau mencabar media massa supaya membuktikan dengan rakaman video atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulur salam perpaduan Umno-PAS.

“Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun’ kata Tok guru dipejabatnya, mengibaratkan kejadian ini menunjukan sikap ‘desperado’ Umno yang gilakan PAS.


“Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti,” kata Nik Aziz lagi.


“Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato’) Mustapha Mohamed,” kata Nik Aziz lagi sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan disebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

.



Timbalan Presiden Umno TS Muhyiddin Yassin berkata:
"Kita tidak ada masa yang banyak, mulai sekarang kita kena bertindak dan atur strategi dan yang penting kita duduk sama-sama berbincang dan cari punca kenapa kita kalah dan bangkit semula dan tebus kekalahan kita,"

"Kita kena nilai atau cermin muka (kenapa kalah dalam pilihanraya)...cara dan budaya politik kita kena berubah " katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pokok Sena di Kedah hari ini, lapor Bernama.

TPM: Baguslah. Sedarlah mengapa Umno ditolak pengundi. Umno yang sakit tenat (kata Tun Musa Hitam) baru sedar ianya perlukan penawar @ ubat. Selama ini Umno membuang ubat yang diberi perawat. Ia terlalu sombong dan selalu menyalahkan orang lain. Ia juga tidak mahu pernah mengakui kekuatan pihak lain; namun ia selalu mahu melaga-lagakan mereka. Bercerminlah menilik wajah sendiri, tetapi jangan pula memecahkan cermin jika sang cermin menunjukkan muka buruk sang Umno itu.

Kalau tidak silap saya pernah terjadi di negeri Johor beberapa tahun yang lampau, seorang hakim di Mahkamah Syariahnya menyatakan hukum ke atas seorang penzina: " Menurut hukum Islam, denda kerana dosa besar yang kamu lakukan itu adalah rotan 100 kali; maka mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman 100 kali sebatan itu; namun kerana negara ini tidak menjalankan hukuman demikian, kamu bernasib baik sebab dikenakan dendaan sebayak RM..... atau penjara selama........."

Pesalah kemudiannya menangis bersungguh mahukan agar dihukum menurut hukuman Islam 'Hudud' tersebut. Namun pihak mahkamah tidak melayan permohonannya. Kita tidak tahu apakah kesudahannya dan 'hukum' terhadap hakim itu pula yang tidak menurut hukuman sewajibnya.

Dua hari lepas, kita digemparkan kisah seorang model wanita Kartika Sari Dewi Sukarnor 32, dijatuhkan hukuman denda RM5000 dan sebat 6 kali oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan kerana didapati minum arak di sebuah hotel di Cherating jam 11.40 malam 11 julai 2008. Wanita tersebut mengaku bersalah 'insaf' dan mahukan sebatan dijalankan segera kerana rasa bersalah kepada diri dan keluarga.

Seperti biasa, masyarakat Malaysia yang mengamalkan 'Islam Hadhari' terkejut lalu tercetus kontroversi lagi selepas isu-isu senaman yoga, pengkid dan pemasangan lilin. Mantan calon BN kawasan Parlimen Lembah Pantai merangkap Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat DS Shahrizat Abd Jalil dan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo'lo' Hj Ghazali ( di sini...) masing-masing terkejut dengan hukuman itu. Manakala Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Dr Robiah Kulop Hamzah telah menyokong hukuman itu dijalankan.

Bagi Mufti Negeri Pahang Datuk Abd Rahman Osman, " Tindakan model berkenaan yang terang-terangan mengakui kesalahannya dan sedia menerima hukuman sebat wajar dipuji kerana menunjukkan dia sudah dapat pengajaran daripada kesilapan yang pernah dilakukan." Katanya, " Hal ini diharap dapat dijadikan iktibar kepada pihak lain supaya tidak memandang remeh hukum hakam agama dan memberi peringan supaya tidak mengulangi perbuatan yang melanggar syariah".

TPM: Masyarakat dan negaraku diuji lagi.

Setahu kami jika ada kematian biasa orang Cina yang bukan muslim, mereka akan pasang colok bukannya lilin.

Pasang lilin beramai-ramai juga sudah menjadi budaya masyarakat dunia atas nama PROTES bila memprotes sesuatu terhadap orang yang lebih berkuasa sebagai lambang / TUNJUK PERASAAN duka..

Orang-orang Palestin juga pernah lakukan sedemkian memprotes kekejaman Yahudi Israel terhadap mereka. Di Malaysia, baru-baru ini pihak Pakatan Rakyat di negeri Perak melakukan acara pemasangan lilin malah mogok lapar / berpuasa tanda memperotes keadaan demokrasi yang gagal dilaksanakan di negeri itu. Mereka memprotes ketidak-adilan BN menangani isu politik DUN Perak..


Peristiwa Nizar menyertai nyalaan lilin sebagai lambang memprotes kejadian luar biasa yang berlaku di dalam 'rumah' SPRM...dan kebetulan pula berlaku korban nyawa / kematian, maka protes terhadap apa yang terjadi itu dipandang serong oleh orang yang memang bermata serong. Mereka jadikan isu 'Nizar sertai nyalaan lilin' LEBIH BESAR dari korban nyawa di bangunan SPRM itu; yang hingga kini dikatakan pihak kerajaan kena tubuh Suruhanjaya D'raja menyiasat punca terbunuhnya Teo Beng Hock itu. ..


Banyak orang berkata, pembangkang mempolitikkan kejadian itu... binawe sungguh. Dah memang SPRM nak siasat orang politik negeri Selangor, kebetulannya DAP...dan si mati adalah Setiausaha Politik Exco di DUN Selangor.......semuanya berkaitan politik.. mengapa pulak gatal mulut menuduh pihak pembangkang mempolitikkan kejadian??? Dah watak, perwatakan, lokasi, masa dan puncanya berkaitan politik...... Boleh kan ianya diurusniaga cara politik.?? Kami tetap mengatakan: Kejadian misteri itu memang tidak boleh dipisah-pisahkan dengan iklim / motif politik.








Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, didapati mati jatuh dari bangunan SPRM Shah Alam. Kejadian yang berlaku ke atas Teo Beng Hock 30, menggemparkan lagi iklim politik negara. Teo dikatakan berada di bangunan SPRM kerana dalam siasatan dakwaan salah guna wang...(baca selanjutnya..)

Sudah tentu akan timbul pelbagai spekulasi dari kejadian ini. Menteri Di JPM DS Nazri AbdulAziz mengingatkan orang ramai jangan mudah menuduh sembarangan sebelum siasatan dibuat; tetapi mengapa Nazri pula pandai-pandai mengatakan mangsa telah terjun (semacam sengaja membunuh diri)? Kata Nazri:" Saya dapat laporan awal dari SPRM mengatakan dia dah dilepaskan selesai soal siasat semalam...Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tidak tahu dia nak terjun bangunan itu.." ( baca di sini..)

Seorang pakcik di warung kopi simpang tiga Kota Bharu- Kuala Krai dan Gua Musang, pada suatu petang sebelum PRK DUN Manek Urai.

"Aku hidup di sini sudah lebih tujuh puluh tahun. Banyak manis aku telan. Tidak kurang juga pahit aku rasa. Pendek kata serba-serbi aku lalui bersama Manek Urai. Dan inilah kali pertama dalam kempen sejarah pilihan raya aku dengar dijanjikan dengan anak emas.

"Siapapun boleh berjanji, lidah tidak bertulang. Tapi natijahnya seringkali janji tinggal janji. Masa nak pilihan raya berduyun-duyun mari. Selepas itu hilang entah ke mana, kalau panjang umur lima tahun pula bertemu," katanya membuatkan warung tersebut riuh rendah dengan babak PRK Manek Urai.

Mengambil kira cakap pakcik itu kadang-kadang terfikir, rakyat Manek Urai tidak asing dengan anjakan paradigma. Kematangannya tidak mampu diperlekehkan oleh retorik Umno. Rakyat Manek Urai melihat percaturan parti politik dari sudut integrasi.

Maka kehadiran Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, bermalam di rumah orang kampung, mencanang pelbagai program komuniti hatta menoreh getah ketika pusara arwah Paksu Wel masih lagi basah adalah gambaran solidariti Umno menghambat 99 peratus pengundi Melayu.

Dan panorama meniti denai dan lurah, gotong royong membersih kubur,memotong rumput, ziarah orang tua, orang sakit, orang mati dan sebagainya ditonton seluruh rakyat Manek Urai.

Realiti projek mee segera tidak perlu dipertikaikan lagi. Itulah budaya Umno warisan zaman berzaman.

Bukan menafi satu kemuliaan. Tetapi sekadar menyatakan aksi dipertontonkan Umno itu bukan perkara baru, sebaliknya kenikmatan itu sudah dirasai rakyat di bawah pimpinan kerajaan Pas sejak hampir 20 tahun.

Umno dianggap malang apabila cuba menciplak kejujuran amalan kerajaan Pas untuk menambat hati pengundi Manek Urai menjelang pilihan raya kecil (PRK). Segalanya sudah terlambat.

Jadi memang patut kalau di luar sana ramai yang bertanya mimpi apa Umno sampai begitu sekali kehadirannya di Manek Urai kali ini? Ada yang cuba beri jawapan, Umno ingin menebus dosa silamnya yang sudah terlalu banyak disajikan kepada rakyat.

Bagaimanapun ia disangkal oleh banyak pihak. Umno bukan ingin menebus dosa, tetapi dalam konteks pilihan raya Umno kembali membawa dosa silam buat ke sekian kalinya untuk mengaburi mata rakyat Manek Urai.

Masakan pada saat begini baru kalut hendak meniti denai dan lurah? Kenapa tidak dulu-dulu lagi projek mee segera disalurkan kalau benar simpati Manek Urai sebagai sebuah daerah yang mundur dan wajar dibangunkan?

Realiti udang di sebalik mee tidak pernah terlindung. Umno punya motif tersendiri di Manek Urai. Sekurang-kurangnya tragedi pahit pasca pilihan raya umum yang lalu dan kekalahan 5-1 pada PRK dapat ditebus.

Tambahan Tok Pa dan Awang Adek baru sahaja diberi mandate oleh Najib menerajui Umno Kelantan pasti kredibiliti serta reputasi awalnya wajar dipamerkan dengan bijaksana.

Namun mampukah sandiwara Umno selama hampir dua bulan itu berjaya diterjemahkan kepada rakyat? Hanya 12,653 pengundi Dun Manek Urai berhak menentukannya.

Dan di situ juga anak emas akan muncul bersama satu pahala atau dosa? - azm _

TPM: Satu malaysia sudah mengetahui keputusan PRK Manek Urai. Hj Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji si Pemborong Ikan) merangkul gelaran YB menggantikan al-marhum Pak Su Weil dengan mengalahkan bekas CEO Kesedar Tuan Aziz Tuan Mat. Majoriti untuk Abe Uji hanya 65 undi. Kecil saja tapi besarnya meruntuh impian TPM TS Muhyiddin Yassin yang mahu membina jambatan RM7-10juta merentangi Kota Agropolitan Anak Emas Si Manek Urai.

1Malaysia hari ini menyaksikan pelbagai ulasan dan analisis tentang hasil PRK dan risikonya buat kedua pihak PAS dan BN-UMNO. Penangan para pengundi MU mencedera-parahkan BN-UMNO walaupun terpaksa senyum dalam tangisan. Senyum sumbing menang dalam kalahnya. Bangga dapat menipiskan bilangan majoriti PAS dengan ' power fulus'nya, usaha keras segala jabatan kerajaannya, menabur maknika bantuannya dan lain2 tanpa segan malu @ melanggar etika pilihanraya.

Tahniah buat Abe Uji, PAS dan rakyat Manek Urai. Anda berhak menang lebih dari majoriti 65!