Nik Aziz Isytihar Esok Cuti!

Salmah Mat Husain
Mon | Jul 13, 09 | 10:58:04 am MYT ~~HarakahDaily

KOTA BHARU, 13 Julai (Hrkh) - Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat 'cuti am' esok (14 Julai 2009) yang diambil atas 'Cuti Peristiwa'.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan perkara itu di pejabatnya kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

"Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan,"ujarnya lagi...(baca seterusnya...)



NONE"Terima kasih la sebab bagi hamper dan duit.. Tapi makcik tetap sokong bulan..". Kata-kata seorang warga emas Manek Urai kepada seorang YB UMNO sudah cukup membuatkan YB tersebut tersedak seolah lekat tulang, hamper dan sejumlah wang diambil, tapi tetap sokong bulan..? YB nak paksa sokong UMNO tak boleh, nak sepak terajang lagilah tak boleh. Apa yang YB mampu buat hanya tersenyum kelat.

Datang Lagi Projek Barisan Nasional. Seperti biasa BN akan menawarkan janji besar; sebuah jambatan baru RM7 juta hingga RM10 juta, jika pengundi memilih BN dalam PRK DUN Manek Urai esok. Itu tawaran mulut Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin merangkap Timb Presiden Umno.

Untung sungguh rakyat Manek Urai. Sekelip masa PRK, mereka jadi ' serba kehendak serba jadi, serba mahu serba boleh'. "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN." Orang Johor itu cuba mengecek oghe Klate!

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya berasuah tanpa malu di hadapan 200 penyokong BN di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Turut hadir ialah Tuan Aziz, Datuk Dr Awang Adek dan Datuk Mustapha Mohamad. Cantiknya janji muluk orang politik.

Manek Urai Lama terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter. Jambatan sekarang dibina kerajaan pusat pada awal 90-an dan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Kosnya hampir RM5 juta.

Muhyiddin berjanji "Saudara jadi saksi, saya akan bangunkan jambatan itu selesai saja kita menang dalam pilihanraya pada 14 haribulan ini," katanya. Muhyidin turut berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai model "anak emas" kerajaan pusat, menjadikannnya pusat "agropolitan" bagi memajukan penghasilan hasil taninya.

TPM: Berjuta-juta wang tergantung di bibir Muhyiddin. Suara dah serak campur tak cukup tidur, Timbalan PM itu berkerja keras menghabiskan tenaga, masa dan RM @ Fulus. Helikopter memuat banyak janji beliau berlegaran di udara MU. Di darat kekuncu BN menyampaikan hamper bernilai RM100 plus fulus RM200. Kerusi roda bertukar ke tangan si lumpuh. Uniform dan beg sekolah baru dibahagi kepada budak-budak. Jalan diturap tar berasap. Imam, bilal dan makmun impot dari kawasan lain (termasuk dari kampung aku, padahal aku kenal mereka bukannya kaki jemaah pun). Kalut dan geger masing-masing mahu memikat pengundi di MU kami.




Manek Urai 'anak emas'

KUALA KRAI 9 Julai - Bukan setakat anak angkat tetapi anak emas. Itu janji BN jika berjaya merampas DUN Manek Urai daripada genggaman Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamad berkata, jaminan itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin Yassin kepada beliau.

Katanya, BN memang ikhlas dan jujur membantu nasib penduduk DUN Manek Urai yang sewajarnya memang perlu dibela setelah diabaikan oleh kerajaan Pas Kelantan. "BN ikhlas dan jujur serta cakna membantu penduduk Manek Urai. Buktinya memang jelas dan telah diketahui oleh semua pihak bahawa BN pada setiap masa membantu rakyat walaupun di negeri yang dikuasai pembangkang," katanya ketika merasmikan Majlis Permuafakatan PIBG SMK Manek Urai Baru.

Sempena majlis itu yang disertai tiga SMK dan 10 buah SK di dalam DUN Manek Urai, satu acara penyampaian hadiah kecemerlangan turut disampaikan kepada pelajar terbaik.

Mustapa berkata, kerajaan BN telah banyak membawa pembangunan di Kuala Krai seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Hospital Kuala Krai dan kemudahan jalan raya yang baik. "Saya merayu adik kakak semua berilah peluang kepada BN untuk melakukan perubahan, jika tidak berpuas hati, tolak kami pada pilihan raya umum akan datang. "Tetapi kami berjanji akan melakukan terbaik sekiranya diberikan peluang kali ini," katanya.

TPM: Selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mustapa Mohamad adalah penyampai /'messenger' kepada bisik arahan TS Muhyiddin Yassin Timbalan Pres. Umno. Sambil merayu, Mustapa bersungguh-sungguh menyatakan 'ikhlas dan jujur'nya BN nak bantu nasib penduduk MU di samping janji 'modal lama' pembangunan 'mee segera' mereka.

Alahai...janji nak 'anak emaskan' DUN Manek Urai, menyampaikan hadiah kecemerlangan serta mengaku ikhlas dan jujur sempena Pilihan Raya Kecil N41 Manek Urai 14Julai nanti; memang kerja pemimpin Barisan Nasional menjaja projek. Apa pun tanggungjawab pemerintah, BN memang kena laksanakan walaupun bukan time pilihan raya.... ala la la latuk pancing undi juga mari..

Datuk Mustapa Mohamed Suka Memberi Bantuan Kepada Pelajar IPT Yang Memerlukan Bantu Biasiswa Semasa Beliau Menjadi Menteri Pengajian Tinggi Dahulu (gambar hiasan di bawah).
Photobucket____________________

Calon Pas Hj Mohd Fauzi Abdullah 50, Bendahari Pas merangkap pemborong ikan di Kuala Krai akan ditentang Tuan Aziz Tuan Mat 39, Ketua Pemuda Umno Kuala Krai bekas CEO Kesedar. Moga Pas dapat pertahankan kerusi DUN41 Manek Urai. Insya Allah.

Kembali ke landasan asal? Menonton rancangan 'Tajuk-tajuk akhbar' TV1 RTM 7.20 pagi tadi kita dibingungkan lagi oleh catatan-catatan akhbar arus perdana. Menambah bingung lagi oleh cakap-cakap pengulas rutin ruangan itu atas tajuk "PPSMI: balik ke landasan asal."

Keretapi, LRT dan monorel adalah kenderaan berlandasan tetap. Jika terkeluar landasan ertinya kemalangan besar tetap terjadi. Tergelincir, jatuh, musnah harta benda, kecederaan malah mengorbankan masa serta nyawa pasti terjadi akibat kenderaan demikian terkeluar landasan....

Pada 2012 nanti P&P subjek sains dan matematik akan dijalankan dalam Bahasa Melayu @ bahasa ibunda. Hampir 10 tahun ianya terkeluar dari landasan dan mengalami masalah berat (walaupun disorok pihak berwajib)....... maknanya selama hampir 10 tahun itu ianya bergerak di luar landasan walaupun dilaung /didesak kembali ke landasan asal oleh 'golongan yang juga berwajib' perjuangkan kebenarannya.

Pihak pro-PPSMI di segenap penjuru usahlah membawa pelbagai dalih hendak pertahankan lagi dengan alasan-alasan 'banyak songeh'... bukan kerana desakan, bukan kerana protes, bukan kerana golongan tertentu dan sebagainya..... dan usahlah beretorik macam-macam lagi. Kewujudan PPSMI memang memberi kesan cukup negatif kepada rakyat dan bahasa Melayu. Mantan PM yang 'menelurkan dan menetaskan' PPSMI itu masih mahu pertahankan barang busuk itu yang diakui punya banyak kelemahan. Kisarlah dengan apa carapun, idea Tun M itu akan menjadi bahan sejarah yang akan dikutuk oleh keturunan kita kemudian nanti.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJ9mXdrL9zZwVGBsbP0vay-sJsbunGNhLNwWqvMzJ7sTS2g2Ga04MMk29HxSvATIo4I5fWp8fXnbm5-VSaSVqdj9k2vWzRXkXCm1gbrGxVhtdE7Y21CCy6GhEx3OpkGqgRnD2uOwGN6xA/s400/Najib-Muhyidin%2520440.jpg
Setelah Umno-BN membuat keputusan mahu bertanding dalam PRK N41 Manek Urai baru-baru ini, Timbalan Menteri Pelajaran yang baru Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi belum apa-apa telah mengumpul para guru di kawasan bergolak itu dan meminta para guru di sana menyokong dan memilih calon UBN bila mengundi nanti.

Kemudian, tindakan menyampaikan bantuan kepada pelajar di Manik Urai (sahaja) pada musim Piliharaya Kecil adalah tidak kena, apatah lagi pemberian itu diumumkan Timbalan Pedana Menteri merangkap Timb Presiden Umno dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas alasan sebagai 'tanda ingatan' kementerian berkenaan. Pemberian pertama dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed di SK Manek Urai Baru dan bakinya akan diberi sepanjang tempoh berkempen.

Mari kita persoalkan 'tanda ingatan' itu. Mengapa baru sekarang Umno beri 'tanda ingatan' itu???. Bagaimana pula dengan hak pelajar bumiputra dan orang asli di pedalaman negeri Pahang, Perak, Sabah, Sarawak dan pelajar lain yang masih susah di seluruh negara.

Di Manik Urai, semua 6,142 pelajar diberikan bantuan 'khas pilihanraya' tanpa mengira mereka itu anak orang kaya atau tidak, sedangkan pelajar yang benar-benar susah ditempat lain tidak 'diingati' langsung. Begitu mengelat dan kotor permainan politik para pemimpin Umno-BN itu!

Itu semua adalah 'rasuah' yang memang menjadi amalan terkenalnya Umn0-BN. Politik dan teknik cara ini juga menjadi 'air minum'/ pakaian yang membantu perjuangan mereka. Yang herannya para pemimpin macam Muhyiddin, Datuk Pa dan kekuncu mereka masih tetap tersengih menghulurkan 'rasuah' itu. Cacat sungguh hati budi mereka. Mereka tidak memperduli apa kata orang lain. Mereka tetap buta, tuli dan bisu; malah mereka tidak berakal!

fatwa pakTun Mahathir:

"Jangan terima rasuah, itu adalah satu perkara besar, anda makan duit haram macam makan babi, bagi saya orang yang makan duit rasuah, dia beli apa pun ia jadi haram, kalau dia beli makan, dia macam makan babi" - Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mStar Online 27/6/09




Belum pun tiba hari penamaan calon ke arah tarikh pilihan raya, rakyat sudahpun diumpan dengan retorik dan pelbagai janji. Menjanjikan pembangunan, kemajuan dan pemberian hadiah selalunya adalah ' Satu lagi projek Barisan Nasional " buat menagih simpati / pangkah pengundi.

Ketua Penerangan Umno Malaysia YB Ahmad Maslan awal2 lagi sudah turun menoreh getah di kawasan PRK N41 Manek Urai. Penamaan calon akan berlangsung hari ini 7 Julai manakala undian pada14 Julai 2009. Pelbagai janji dari BN diulang tayang. TPM TS Muhyiddin Yassin telahpun menyebut niat kerajaan menjadikan DUN Manek Urai sebagai anak angkat. Penduduk Manek Urai dapat mendengar sendiri pelbagai janji yang disogok kepada mereka. Pengerusi UMNO Kelantan Dato Mustafa Mohammad mewakili Menteri Pelajaran TS Muhyiddin pula telah membahagi2 percuma 6142 pasang uniform dan beg sekolah sebagai tanda ingatan Kementerian Pelajaran prihatin dengan beban rakyat. Kawasan MU akan dibangun dan dimajukan!

Ketua Wanita UMNO DS Shahrizat Jalil juga tidak ketinggalan menyampaikan bantuan kepada orang2 miskin di kawasan itu sambil menyifatkan negeri Kelantan yang rakyatnya miskin tegar dan tertinggal khususnya di Manek Urai amat perlu dibantu. Ternyata betapa baiknya pemimpin2 BN bila turun padang di musim pilihan raya. Kita tidak perlu bersoal adakah itu rasuah, sogokan, kempen bermaruah atau tidak di mata SPRM dan di mata rakyat. Janji manis dan projek 'mee segera' akan terus berjalan hinggalah hari mengundi.....biasalah tuu........BN: beri salah, tak beri kalah...serba salah, tapi tak mahu kalah!


Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman dipetik Harakahdaily sebagai berkata bahawa, “janji merupakan budaya tidak berkesudahan kerana sudah lama berakar umbi dalam UMNO sejak dahulu sehingga sekarang setiap kali menjelang pilihan raya.”

"Umno boleh berjanji apa sahaja sebab itu sudah menjadi trend mereka, tapi kita yakin khususnya pengundi-pengundi Manek Urai sudah masak dengan keadaan ini. Rakyat boleh melihat dengan mata kepalanya sendiri. PAS: Beri kain pakai, beri gula kacau..... mengundi pangkah bulan!