Setahu kami jika ada kematian biasa orang Cina yang bukan muslim, mereka akan pasang colok bukannya lilin.

Pasang lilin beramai-ramai juga sudah menjadi budaya masyarakat dunia atas nama PROTES bila memprotes sesuatu terhadap orang yang lebih berkuasa sebagai lambang / TUNJUK PERASAAN duka..

Orang-orang Palestin juga pernah lakukan sedemkian memprotes kekejaman Yahudi Israel terhadap mereka. Di Malaysia, baru-baru ini pihak Pakatan Rakyat di negeri Perak melakukan acara pemasangan lilin malah mogok lapar / berpuasa tanda memperotes keadaan demokrasi yang gagal dilaksanakan di negeri itu. Mereka memprotes ketidak-adilan BN menangani isu politik DUN Perak..


Peristiwa Nizar menyertai nyalaan lilin sebagai lambang memprotes kejadian luar biasa yang berlaku di dalam 'rumah' SPRM...dan kebetulan pula berlaku korban nyawa / kematian, maka protes terhadap apa yang terjadi itu dipandang serong oleh orang yang memang bermata serong. Mereka jadikan isu 'Nizar sertai nyalaan lilin' LEBIH BESAR dari korban nyawa di bangunan SPRM itu; yang hingga kini dikatakan pihak kerajaan kena tubuh Suruhanjaya D'raja menyiasat punca terbunuhnya Teo Beng Hock itu. ..


Banyak orang berkata, pembangkang mempolitikkan kejadian itu... binawe sungguh. Dah memang SPRM nak siasat orang politik negeri Selangor, kebetulannya DAP...dan si mati adalah Setiausaha Politik Exco di DUN Selangor.......semuanya berkaitan politik.. mengapa pulak gatal mulut menuduh pihak pembangkang mempolitikkan kejadian??? Dah watak, perwatakan, lokasi, masa dan puncanya berkaitan politik...... Boleh kan ianya diurusniaga cara politik.?? Kami tetap mengatakan: Kejadian misteri itu memang tidak boleh dipisah-pisahkan dengan iklim / motif politik.







5 Responses so far.

  1. Assalamualaikum.

    Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, melaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. ini adalah acara spiritual atau lebih menjurus kepada acara keagamaan, bukan nyalaan lilin untuk tujuan lain spt menerangkan rumah bila blackout dll dan mereka ini adalah kristian. sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Ceremonial_use_of_lights (candle lights/cristian).

    Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

    Bermaksud:
    “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”

    (al-Kafirun ayat 1-6)

    kalau saya silap sila betulkan.

  2. betul jugak tu. kena beza dengan agama lain spt pakaian. wanita kena tutup aurat. isteri2 PM2 malaysia dan menteri2 wanita...taktutup. kenapa? mereka dah jadi pengamal kabair.
    pemerintah yg jadi tulang belakang (umno) kenapa tak sekat murtad, rasuah, riba, maksiat, judi (dalam mingguan malaysia & berita minggu) genting highland, pelacuran, arak dll...dosa2 besar itu tegar di malaysia walau PM2 silih berganti...islam hadhari kunun.
    soal lilin itu budaya. spt juga sambut hari jadi pasang lilin juga..hukumnya? pasang lilin terbaru tu tanda PROTES...kebetulan ada kaitan dgn kematianmengherankan. hingga hari ini tiada result yg munasabah...jgn ada kongkalikong dah lah...kematian itu luar biasa, berlaku di rumah SPRM cukup meninggalkan tanda soal yg besar. mungkin lepas ni akan ada pemasangan lilin protes lagi sebab tertentu contohnya kehilangan pulau batu putih dulu, kehilangan pulau ambuyat di sabah atau ketidak-adilan pihak berwajib menangani isu biasiswa kepada bumiputera dll.kita tak salah protes sesuatu dengan berpuasa (mogok lapar).
    mafhum terjemahan surah al-kafirun kurang relevan dgn isu.

  3. salam saudara tuan blog... terima kasih dengan informasi saudara.. izinkan saya copy artikel berfaedah ini untuk dipanjang2kan... kerana saudara bersependapat dengan baginda dalam isu ini... sekian... terima kasih sekali lagi...

  4. to DR...

    salam surah alkafirun dengan jelas menyatakan tentang keagamaan bukan kebudayaan.... naik pelamin dari budaya hindu... pemakaian songkok dari budaya india, makan menggunakan sudu budaya kristian, sambutan newyear budaya kristian... agama dan budaya byk berbeza... budaya yang haram adalah budaya yang bertentangan dengan agama islam... seperti budaya memakankhinzir...

  5. sdr baginda. terima kasih kerana sudi menjengok laman kami. moga sedikit komen kita dapat meluahkan rasa terkilan. kerajaan UBN banyak menterkilankan pihak rakyat. isu2 mendatang adalah berpunca dari struktur pemikiran mereka yang sering bias. memnting diri. suka bermusuh dengan kebenaran dan xtakut hilang harga diri/kemanusiaan. bak kata sn hj a samad said: mereka punya satu telinga tapi punya dua lidah!

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda