Menurutnya, dia tetap meneruskan rancangan membuka masjid itu walaupun menerima ancaman daripada pelbagai pihak. Dalam kenyataannya kepada akhbar The Cape Times, Hargey berkata, sudah tiba masanya untuk melancarkan ‘revolusi agama’ sesuai dengan revolusi demokrasi di Afrika Selatan dan masjid itu akan dibuka kepada semua orang, termasuk gay untuk bersembahyang di situ. Ceramah yang akan diadakan bersifat progresif, berilmu dan sama rata.
Wanita akan dibenarkan menjadi imam sementara golongan gay dan bukan Islam dialu-alukan datang.
“Ada yang ancam membunuh saya kerana masjid ini. Tetapi saya tak peduli,” katanya.
RHEEL Raza 60, mengimamkan sembahyang Jumaat di pusat pendidikan Islam Oxford yang diketuai Hargey tidak lama dulu.
Majlis Islam Afrika Selatan (MJC) tidak mempunyai kuasa terhadap masjid itu. Timbalan Presidennya, Riad Fataar memberitahu wartawan, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap masjid berkenaan. Riad juga memberitahu, dia menganggapnya tempat ibadah, bukan masjid.
Anda pasti sudah tahu tanda-tanda kiamat sudah dekat, seperti munculnya mahluk dari dalam bumi, munculnya dajjal, ya'juj dan ma'juj dan lain-lain. Salah satunya ialah akan terbitnya matahari dari sebelah barat. Baru-baru ini dikatahui bahawa tanda-tanda ini dapat dijelaskan secara ilmiah dan itu sudah diterima umum... Jadi ternyata tanda-tanda kiamat sudah muncul?? Yang pasti mulai sekarang kita hendaknya selalu dan semakin meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Ta'ala. Penyelidikan secara lanjutan mengenai anomali-anomali 2012 tiba pada verifikasi ilmiah yang paling menggetarkan iaitu Penyeledidikan pihak NASA bahwa dalam beberapa tahun ke depan, kemungkinan akan terjadi perubahan kutub magnet bumi yang merupakan putaran ribuan tahun dari planet dan bintang.
Hujan galak turun.
Kata surat kabar ia menjejas
pendapatan dan urusan harian
Air memanjat ke paras amaran
Sungai tahu pasang tahu melimpah
Tebing basah di Jeli dan Tanah Merah.
Banjir adalah tentera air
Bergerak meredah sekitar sawah
Berjeruk lantai meresapi tanah.
Melaras keberaniannya ke lembah
Memanjat ke jalan raya dan rumah-rumah
Mengejut dengkur sebelum tiba subuh
Nelayan kita tidak berani ke laut
Ombak bertukar gelombang tinggi
Pucat tahun lalu masih menggobar hati
Barangkali di dasar perut air gelora itu
Para hidupan bersenang berenang ria
Tiada kelibat pancing, pukat atau perahu.
16/1/ 2014
Ihsan berita dari Malaysiakini: Posted on Friday, September 19 @ 11:13:03 MYT by paktam
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mensabitkan Adam Adli Abdul Halim bersalah atas
tuduhan menghasut dan menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara.Adam Adli
didakwa kerana mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan pada satu forum
13 Mei tahun lalu apabila dia dikatakan mempertikaikan keputusan
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Bersalah," tulisnya melalui akaun Twitternya dari mahkamah pagi ini.
"Proses mitigasi masih berjalan. Akan kemaskini #MansuhAktaHasutan.
“Mempunyai pandangan berbeza nampaknya merupakan satu jenayah
sekarang, menurut pihak pendakwa kita," katanya menerusi akaun Twitter
itu.
Pada forum 13 Mei tahun lepas, Adam Adli dilaporkan
mencadangkan untuk mengadakan demonstrasi jalanan, dengan
berkata:“Pilihan raya tidak akan menyingkirkan kerajaan, kuasa rakyat
yang akan lakukannya.”
Peguam N Surendran dan Latheefa Koya
yang mewakili Adam Adli, 34, memohon kepada Hakim Mat Gani Abdullah
supaya hukuman lebih ringan dijatuhkan.
Dalam satu reaksi
awal, Human Rights Watch berkata "Dengan menghumban seseorang ke dalam
penjara kerana membuat ucapan politik, Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dan kerajaannya menunjukkan kecenderungan autoritarian yang
selalunya dikaitkan dengan pemerintahan satu parti, dan bukannya
demokrasi.
"Pensabitan ini menunjukkan bahaya yang luar biasa
ditimbulkan Akta Hasutan, sangat kabur hingga boleh digunakan kerajaan
untuk menganggap sebarang bentuk ucapan yang dianggap menyakitkan hati
sebagai satu jenayah.
"Sudah tiba masanya Najib berhenti
memungkiri janji yang sering diulangnya untuk memansuhkan akta itu dan
mula bekerja ke arah menghapuskan undang-undang yang penuh kebencian
ini,” katanya
- See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adam-adli-didapati-bersalah-kerana-menghasut#sthash.I5QXBY8R.dpuf


