" ...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?.

NONE"Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

"Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

"Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya.

"Jika dakwaan itu benar, tulis Zaini, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya dan sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

"Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa," tambahnya. ( baca Malaysiakini...)

TPM: Jadi nampaknya benarlah PM bergerak secara peribadi, bercuti /relaks dan berbelanja besar tu? Begitu detail dan benar. Zaini telah membuka rahsia 'kebenaran' kerja buat PM dan isterinya. Katanya pihak pembangkang ada 'kaki'nya mendapat, menyalur atau menyebarkan maklumat. Selalunya di dalam sesebuah keluarga yang porak-peranda, suami-isteri yang suka bergaduh... anak-anak akan givap dan fedap. Mereka atau salah seorang dari mereka tidak segan silu akan mencerita kepada jiran atau orang lain.

Jadi tidak peliklah ada kalangan mereka daripada kalangan orang dalam yang sudah givap dan fedap dengan DS Najib dan DS RM tu.... mereka adalah tukang-tukang 'cah keting' yang berselerak di dalam Umno / BN sendiri. Tak caya?

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, bukan menjadi kesalahan Kelantan ekoran hukum hudud masih tidak dapat dilaksanakan di negeri itu disebabkan keterbatasannya. (lihat....)

Rasai kejujuran Nik Aziz


Mengulas dakwaan bahawa hasrat Kelantan itu sekadar mainan politik, Dr Asri menafikannya dengan berkata "tuduhan itulah mainan politik".

Katanya, walaupun hanya orang luar dan bukan anak Kelantan, beliau - yang sering diberi peluang melihat pentadbiran negeri itu dari dekat - yakin hasrat itu "bukan main-main".

azlan"Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah SAW, dalam sunnah baginda," katanya.

Katanya, beliau pernah mendengar sendiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditanya tentang hudud dan menjawab:

“Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.

Dr Asri berkata, daripada riak wajah Nik Aziz itu, beliau merasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah itu.

TPM: Alangkah sombongnya mantan PM Tun M dari UMNO-BN itu. Terkini beliau jadi jurucakap Kerajaan 1Malaysia. Dikondemnya kes Hudud, disentuhnya hal Lynnas dengan menjelaskan: ' beliau tiada apa-apa halangan ke atas projek Lynas Corp Ltd itu dan "kerajaan tidak sepatutnya takut untuk meneruskan projek tersebut." dan Kes ISA yang kununnya dimansukhkan itu. Yang dia pulak jadi tukang sibuk dan melayan setiap karenah BN vs PR ni buat hapa??? atau kini dia dah jadi macam mantan PM S'pura LKY terhadap nagara S'pura itu. Kenapa suka ciplak???

Koperal Jenain Subi, 49, hari ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara setalah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah. (baca.)


Pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan dalam kejadian berkenaan.

Inilah gambar terakhir mangsa pada malam sebelum kejadian yang menimpa dirinya, dan baju kuning itu menjadi saksi betapa darah mengalir dari kepala adik Aminurrasyida rakannya pula berjaya melarikan diria rakannya pula berjaya melarikan diri.

TPM: Ada orang mengatakan: Kalau tengok TV dan dalam internet, bagaimana pihak polis bersungguh2 mengejar kereta yang dipandu oleh penjenaya; adakalanya sampai berpuluh kereta peronda mengejar kereta suspek, tak cukup dengan itu, polis mereka siap arahkan helikopter untuk mengesan kenderaan penjenayah tersebut.

Kalau boleh mereka rempuh kereta suspek, mereka rempuh; kalau boleh mereka kepung kereta suspek, mereka kepung; namun untuk melepaskan tembakan begitu saja tidak sama sekali, tembakan hanya dilepaskan bila merasakan suspek betul-betul merbahaya terutama bila nyawa orang awam juga terancam dek perbuatan suspek

Justeru bila berlaku kejadian tembak melibatkan adik Aminulrasyid, aku tertanya-tanya, sejauh mana TERANCAMNYA anggota polis terlibat sehingga dia perlu melepaskan tembakan ke arah mangsa?

Kita masih musykil, adakah polis telah benar-benar menggunakan segala kaedah yang perlu, hingga mereka tiada pilihan melainkan menembak mati adik Aminulrasyid?

Perdana menteri berada di Perth, Australia. Andaiannya berdasarkan jet peribadi yang dikhaskan untuk kegunaan perdana menteri didapati mendarat di sana pada Rabu lalu.

najib private jet 020911Ketika dihubungi, seorang pembantu Najib enggan mendedahkan di mana secara tepatnya perdana menteri berada semasa Hari Kebangsaan, mahupun mengesahkan sama ada bosnya itu sedang berada di luar negara.

"Beliau sedang bercuti dan akan kembali minggu depan, sama seperti orang lain," kata pembantu itu yang enggan mendedahkan kedudukan perdana menteri pada Rabu lalu. ( betulkah begitu...)

Mengikut laman web AviationWA, sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaan mendarat pada jam 5:04 petang hari Rabu.

najib private jet 020911Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di Singapura dan mempunyai nombor pendaftaran 9M-NAA.

AviationWA melaporkan pesawat itu mendarat semalaman dan menggunakan 'nama panggilan' "November Romeo 1" atau NR1, yang kebetulan sama dengan pangkal nama perdana menteri.

TPM: Merdeka! Merdeka! Merdeka! Barangkali begitulah gegak gempitanya tempikan hati mereka berdua setelah berlepas dari Changi Airport, S'pura menuju destinasi jauh di luar negara 1Malaysia yang semakin mencengkam hati sanubari NR1. Buat apalah berada dalam negara yang rakyatnya tidak 'sporting' dan semakin derhaka terhadap PM dan FLOMnya.

Keunikan mereka berdua mencatatkan sejarah tanah air. PM yang pertama bla...bla...bla.... Isteri PM yang pertama bla...bla...bla..... dan banyak bla-bla-blanya. Fenomena menduga rakyat lagi; mereka berdualah PM dan isteri PM yang pertama tidak menyambut saat 12.01 tengah malam-pagi Hari Kemerdekaan 31 Ogos di Stadium Merdeka, Dataran Merdeka atau sama2 mendongak Jalur Gemilang memanjat tiang.

Terima kasih PM kerana meraikan hari kemerdekaan Malaysia di Australia, ehh macam tak padan je ucap terima kasih pada pemimpin yang tak berterima kasih pada rakyat yang tanggung semua kos cuti dia? kan...kan...kan.