Datuk Dr Hassan bin Ahmad kembali ke rahmatullah semalam adalah tokoh berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, penyelidikan, pengurusan, perancangan bahasa dan sastera serta aktivis bahasa Melayu ( baca,,,,,,,.)

Ini bermakna negara hari ini kehilangan seorang tokoh bahasa yang disegani dalam membina dan mengembangkan bahasa dan sastera selepas dilantik sebagai ketua pentadbir institusi itu.

Berkat kesungguhan dan kegigihannya, serta pengalaman luas dalam lapangan penyelidikan, Allahyarham muncul sebagai pentadbir yang cukup berkemampuan dalam pengembangan dan perancangan bahasa serta sastera.(Baca....... ). Allahyam juga mengetuai gerakan menentang Program Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hinggalah ianya dimansukhkan. (baca.....)

TPM: Datuk Hassan Ahmad adalah contoh terbaik seorang rakyat Malaysia yang sangat mementingkan kemajuan pendidikan di negara ini melalui penggunaan BAHASA MELAYU, satu-satunya bahasa ibunda tanah air ini. Bidang sains dan mataemtik, malah apa jua bidang ilmu tidak akan terkebelakang jika diajar / dipelajari dalam Bahasa Melayu yang telahpun dikira bahasa ilmu. Sepatutnya kita contohi kemajuan negara Jepun, Thailand, Indonesia dan beberapa negara lain tanpa semestinya melalui PPSMI pun.

Pengerusi jawatankuasa induk GMP Datuk Dr Hassan Ahmad bersama SN Datuk A Samad Said di perhimpunan Kempen Mansuhkan PPSMI 31/1/2009 di Kuala Lumupr.

.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.(baca....)

Undi pos liputi rakyat M'sia di luar negara:
Semua pengundi berdaftar Malaysia yang menetap di luar negara akan dapat mengundi melalui pos tidak lama lagi. Menurut Tan Sri Abdul Aziz, SPR berharap hal ini dapat dilakukan dalam pilihan raya umum akan datang. ( baca....)

Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau berkata, SPR sedang dalam proses meminda peraturan pilihan raya untuk membolehkan mereka berbuat demikian.

TPM: Pulak Dah! .... Lagu mana boleh jadi begitu pulak...mari kita baca ulasan ini:

Allahhurabbiiii....memang ler pengundi yang berdaftar tidak boleh dihalang dari mengundi... tetapi yang boleh dihalang adalah daripada mengundi 2 kali........apa kaitan penggunaan dakwat bagi memastikan tidak berlaku pengundian 2 kali dengan Perlembagaan Persekutuan menyatakan pengundi yang berdaftar tidak boleh dihalang daripada mengundi....fokus ler Addul Aziz oit..fokusss...orang bincang hal lain..ko leh bawa kelain plaksss...siapa pon tak nafikan yang pengundi yang berdaftar tidak boleh dihalang dari mengundi...tak there sapa halang laaa.....tetapi...yang dihalagn adalah...mengundi 2 kali...MENGUNDI 2 KALI LER PEKAKKKKKKKKKKKKKKKKKK.

.......ha, baguslah..jgn nanti menipu lagi, sudahla..sedangkn undi dkat kwsn tentera pn blh di tipu, inikan pulak undi kt kwsn luar negara..sp yg ade utk pantau pn kcli SPR, salah sebuah parti komponen be eNd wt msa ni..


Dr M: Pembangkang pun terlibat tipu muslihat p'raya ~~ Malaysiakini 17/8/11

Pembangkang juga, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, terlibat dalam tipu muslihat semasa pilihan raya.

Katanya, sewaktu pentadbirannya, pembangkang juga terlibat dengan taktik seumpama itu.

mahathir ikmal presidential lecture 290410Pada satu masa, tambah Dr Mahathir, terdapat 50 orang yang
didaftarkan di sebuah rumah.

"Kami tidak tahu bagaimana, tetapi mereka berjaya mendaftarkan pengundi dalam kawasan pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kutipan dana membantu mangsa kebuluran di Somalia.

Dr Mahathir (kanan) berkata, perkara itu perlu ditangani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beliau menyatakan sokongannya terhadap penubuhan jawatankuasa khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu juga mengakui pilihan raya di Malaysia tidak bebas daripada penyelewengan dan campurtangan kerajaan yang memerintah tetapi menegaskan apa-apa kecacatan pun yang ada, tidak seserius di tempat lain di dunia.Dr Mahathir berkata, pilihan raya di Malaysia, walaupun tidak benar-benar bersih, tetapi bersih.

"Saya perlu menegaskan bahawa ia juga tidak seteruk di negara-negara lain di mana kerajaan mendapat 90 peratus undi... di sini pembangkang juga menang beberapa negeri," tambahnya.

TPM: Kah...kah...kah... Tun M telah mengaku perbuatan kerajaan BNnya 'jahat dan tidak adil' dalam pilihanraya atau SPR (?), di samping menyendehnya kepada pihak pembangkang. Itu memang cara beliau. "Anak orang lain mati jugak!" kata Pak Pandir. " Orang lain jahat dan tidak adil juga". Tanpa bukti. Ada rakaman video ker? Upah Datuk3 T buat video bahawa pihak pembangkang juga ada main tipu tu. Correct...correct...korek.

Selalunya bila harga minyak dan barangan keperluan mendadak naik; pihak kerajaan akan jelaskan di negara lain lagi teruk. Tun M (jurucakap UBN kini) juga kata proses pilihanraya di negara lain juga teruk... Pembangkang menang juga di Malaysia?... kalau UBN tak tipu kalu...lagi manyak menang, malah totally drop and drop water face la! Hentikan modal Pak Pandir tu atau lebih baik diamlah bebulan posa nih!


Pendedahan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir A Jasin bahawa Perdana Menteri mempunyai 11 pegawai media mengejutkan banyak pihak walaupun ia sebelum ini bukan menjadi rahsia di kalangan pengamal media; sedangkan semasa Tun Dr Mahathir selaku PM, beliau hanya mempunyai tiga pegawai media.

Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima orang.

"Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu," tulis Kadir Jasin lagi. (baca di sini...)

TPM: Kalau selalunya bila kenaikan harga minyak petrol dan barangan berlaku, menteri terbabit atau pihak kementerian akan membanding harga dengan negara-negara lain. ' Kita lebih murah'!..Kalau bandingkan bilangan pegawai media di sekeliling PM dan bilangan anggota kabinet kita? Kita memiliki bilangan menteri yang lebih....selain indeks kemasukan PADI, PATI, maksiat dan jenayah yang semakin tinggi.

" Tahniahlah kepada pemimpin Umno dan media Umno kerana baru sedar bahayanya murtad. Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata. “Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam Umno menjadi juara. Tetapi dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid. Pelik juga Umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan.,” kata AJK PAS Pusat Ust Idris Ahmad. (baca lagi....) Pihak PAS mendakwa isu berkenaan sengaja ditimbulkan bagi menenggelamkan isu yang cukup berbahaya kepada negara iaitu kontroversi MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR.Idris juga mempersoalkan mengapa Umno diam membisu apabila MCA merancang untuk menyaman kerajaan Kelantan pimpinan PAS kerana mengharamkan perjudian di negeri itu.

TPM: Umno ni benar-benar berjuang mempertahankan Islamkah? Adakah catatan sejarah Umno mempertahankan Islam secara bersungguh-sungguh? Berkurangkah arak, judi, pelacuran, hiburan melampau, pergerakan pemurtadan oleh golongan agama lain, maksiat dan jenayah di negara kita nih? Sepatutnya kalau Umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun Umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat. Kes murtad, adakah sebelum ini Umno kisah?

SEDIKIT INFO FENOMENA NEGARAKU

Di Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian - susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tunku Abd Rahman (STAR) - 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek - Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.


" Isu pertemuan tersebut sengaja dibangkitkan bagi mengalih isu dalaman Umno iaitu gerakan menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri yang disifatkan setiausaha agung PAS itu sebagai "agak serius" kata Setiausa Agung PAS Datuk Haji Mustafa Ali.

Ertinya suasana 'Ribut Dalam Cawan" sedang melanda rumah berhantu UMNO. Malah kini 'perang sabil identiti' kembali berpuaka dalam negara parti tegar Melayu itu. "Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya. (baca lagi...)..

TPM: Begitula ada pusingan dunia, akan tiba giliran turun naik. Bila angin sudah kuat dan ingin semakin melarat maka tidak peliklah, perubahan akan berlaku. Tiada angin masakan pohon bergoyang. Begitulah juga dulu terjadi di dalam sirah zaman Pak Lah. Tunggu....
.

'RIBUT dalam cawan boleh jadi taufan'

Wartawan Malaysiakini Kuek Ker Kaung Keng melaporkan: Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara. NONEDia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan. Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR. (lihat berikutnya.....) TPM: Siapa bermain api? Bukan anak kecil lagi. Orang dewasa sejak lama main api. Mereka orang-orang besar dalam UBN. Mereka orang-orang besar di jabatan-jabatan berkaitan meluluskan pendaftaran jadi warganegara, meluluskan untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen untuk Pilihan Raya Umum. Berhak juga memilih pemimpin dan pemerintah negara tumpah darah tercinta ini! Kenapa terjadi begitu? Apa motif dan harapan pencacai-pencacai itu? Mereka sanggup menggadai negara kepada PATI dan PADI ...para pendatang asing itu. Demi RM, demi kuasa dan demi tiadanya sifat cinta tanah air mereka sanggup lakukan apa jua. Para pemimpin Umno-BN sudah dan mahu kaya raya menjadi jutawan dan laksawan hingga betul-betul sawan pun mereka tidak apa....tidak sanggup atau sanggup ke mahkamah apabila dilaporkan kepada PDRM / pihak berwajib. itu soal lain. Adanya SPRM pula, kita jadi tidak tahu siapa 'pihak berwajib' itu. Sudah semacam hilang kepercayaan kita kepada pihak yang memegang amanah itu. Maaf aku memetik beberapa rasa ' rasa hati' forumers kat Malaysiakini:

  • Tetanum Anum:
    luar biasa JPN dan SPR.. memperjudikan negara hanya semata-mata untuk kuasa.jangan nanti anak cucuk kamu menjadi pelarian di negara sendiri. masa tuu renungkan sendiri apa yang anda telah lakukan terhadap negara sendiri...
    Ariff Wan:
    • akan tergadailah negara ku ini...wahai anak bangsa, bgun lah kamu dr tdur kerana suatu hari nanti anak cucu kamu akan merempat di dalam negara sendiri..
    • Camry Cam: Lagu "Anak Kecil Main Api" memang lagu wajib dalam Kursus BTN.. sekarang apa dh jadi... mereka yang menggadaikan negara ini.. "Malaysia Tanah Airku" akan jadi... "Bumi dipijak milik orang"........
      spe yg gadai kalo bukan puak2 nih
  • Antimamak Mamak:
    ini dia hebat punya SPR dan JPN.
    ini lah kerja sysaitan umno.
    Pagi jadi hantu malam jadi iblis.
    Cekap punya kerja... tipu rakyat diketahui dunia.