Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan UiTM Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menjelaskan bahawa menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.

"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan,” katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

Beliau juga mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.

TPM: Menteri Dalam Negeri sekarang ialah DS Hishamuddin Husein, anak mantan PM Tun Husein Onn. Beliau adalah saudara sepupu kepada Perdana Menteri Malaysia DS Nabib Tun Razak yang juga anak mantan PM Tun Ab Razak b Husein.
Antara tanda-tanda orang munafik ialah:
1. Bila bercakap dia berdusta.
2. Bila berjanji dia mungkir dan

3. Bila diberi AMANAH dia khianat!

|
" Fahaman Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', tapi bukan soal penafian prinsip Islam."

“Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain. Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Ta'zir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara,” kata Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya. Menurutnya juga fahaman Umno yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi. ( baca......)

Beberapa hari lalu heboh kisah Majlis Keselamatan Negara (MKN) bimbang akan beberapa tokoh agama di Malaysia, antaranya bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda UMNO yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

"Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga,” bidas beliau secara sinis.

TPM: Propaganda, provokasi, fitnah, melempar tuduhan. mengedar video dan mengheboh keaiban terhadap musuh politik selama ini menjadi amalan golongan parti pemerintah terhadap individu ulama dan dari PR. Habis-habisan. Sehingga ada kambing hitan dan biang gilanya. Namun rumusan dari MKN yang sebahagiannya individu-individu 'carma' telah melampias tuduhan kepada Dr Maza dan ulama muda UMNO sebagai Wahabisme dan terrorisme.

Yang menuduhnya pula dari kalangan ulama. Nampaknya laku dan menjadilah kerja iblis untuk memecahbelahkan umat. DS Hishamuddin wajar bertindak kerana pihak MKN telah menjatuhkan hukumannya. Isakan saja para ulama itu!

Enam orang anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan telah disambut meriah ala karnival oleh rakyat pelbagai kaum. Semua dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang.

Ratusan orang berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kampung Attap Kuala Lumpur dengan melaung "hidup rakyat" dan "mansuhkan EO" (Ordinan Darurat) berkali-kali. (baca .... )

"Wira sebenar adalah anda semua yang turun ke jalan raya pada 9 Julai," kata anggota JK pusat PSM, Choo Chon Kai. "Kami di dalam tak buat apa-apa. Yang berusaha anda semua di luar (sel). psm eo6 release pc 290711 jeyakumar

Dr D Jeyakumar menyifatkan selama ditahan, dia mendapat layanan yang baik, terutamanya daripada warden. "Warden semua OK. Tapi masalahnya yang di atas," katanya sambil mengkritik alasan penahanan mereka yang bertukar-tukar.

"Mereka hendak jadikan kita contoh. (Kononnya) PSM komunisme. Nak gambarkan kita kumpulan jahat," katanya.

TPM: MP Sungai Siput ( dulunya kawasan DS Sammy Velu jadi 'raja' puluhan tahun ) Dr D Jeyakumar berpuasa @ mogok lapar 'sebelum datang Ramadhan'. Puasanya puasa mengugut pihak keselamatan; mogok protes akan kesengetan struktur / tindakan kerajaan dan SPR yang tidak adil. 28 hari mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat. Setelah terantuk baru tengadah, bila terasa suntuk pihak kerajaan baru mahu kisah. Hasrat rakyat dipandang remeh, bila berada di atas jangan semua teguran rakyat hendak di'eleh'. Jangkamasa hingga PRU13 Kerajaan UBN akan lebih sakit jika suara dan hak rakyat sengaja dikepit.

pas muktamar 130610 nasruddin hassan 2"Kini saya termenung di anjung musolla sambil mengenang isu ini dan hati saya berdetik, kalaulah 40 ulama muda itu menyertai PAS lalu berganding memperjuangkan Islam, membasmi kejahilan, menentang kezaliman, membenteras kemungkaran dan menegakkan syariat, alangkah manis dan indahnya.

"Berbaloi digelar 'pengganas' oleh kerajaan Umno dan BN kerana menentang mereka," berkisah Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan sambil menyatakan simpatinya kepada 40 ulama muda Umno yang terus dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan keganasan walaupun didakwa sudah berhempas pulas mempertahankan kerajaan. ( baca lagi...)
TPM: Mereka dituduh berfahaman 'Wahabi' dan keganasan? Masya Allah... menuduh, memfitnah, meng'videoporno', menyamun dan dll kerja fasiq...... tu selalunya kerja-kerja pihak mana? korek...korek....correct.....

Fancy Colored Diamond Rings

A 30.11-ct. natural fancy blue gray cushion-cut diamond mounted on a platinum setting. The VVS2 clarity diamond is surrounded with 414 diamonds in a micro-pave setting (3.48 cts.). It retails for $20 million /Batu berlian 30.11 carat berwarna kelabu kebiruan jernih terletak di atas cincin platinum yang dikelilingi oleh 414 biji berlian di dalam setting micro-pave (micro-pave ialah ketepatan susunan terbaik batu-batu berlian kecil dengan menggunakan mikroskop).
Foto barangan mahal yang dipakai oleh manusia yang gilakan kemewahan

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke United Kingdom hari ini diberi sambutan 'hangat' oleh penunjuk perasaan yang berpakain serba kuning.

Mereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.(Baca lagi di sini....)

najib visit united kingdom 150711 najib meet with queen elizabeth

Semalam, beliau dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sempat menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri David Cameron di No 10, Downing Street.

TPM: Kuning memancar pakaian Ratu Elizabeth II menyambut Najib dan Rosmah. Baginda sengaja tempah pakaian kuning itu untuk memperli PM kita atau kebetulan jadual pertemuan tersebut giliran Ratu kena pakai gaun kuning! Sengaja atau kebetulan? Keh...keh...keh..

Queen Elizabeth pun sambut Najib dengan baju kuning..
cantik sungguh Queen Elizabeth berpakaian warna kuning diraja tersebut. :)
mesti terbako je Najib tgk Elizabeth pun pakai baju kuning..nyenyeh molek...wakakaka.....

Peludah Warna ~ Malaysiakini 7/7/11

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

TPM: Mari bersama-sama melayan blog teman kita...http://adrianaizat.blogspot.com/2011/06/datuk-samad-said-ditahan-polis.html....& menghayati W S Renda bersajak, sebuah sajak lama yang sangat mengesankan. Al-Marhum Rendra masih mahasiswa waktu itu!....

NONESesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT, katanya dalam surat yang dihantar kepada Seri Paduka dan dimuatkan di Facebook.( baca sini.....)

Surat penuh Mursyidul 'Am PAS Dato' TG Nik Aziz b Nik Mat itu:

Tuanku Mizan Zainal-Abidin Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku di atas kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,

YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).

TPM: Mencatat kejujuran seorang ulama/umara:
" Sesungguhnya yang lebih takut kepada Allah ialah golongan orang yang berilmu (ulama)"



Ucapan DYMM AGONG Pun Akhbar UMNO Nak Temberang!
Politik & Isu Semasa Hari ini DYMM Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan himpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai 2011. Sebagai rakyat saya amat menjunjung kasih atas nasihat Tuanku demi negara yang tercinta.

Malangnya, akhbar Umno milik kumpulan Utusan ,Kosmo Online seperti lazim dan kebiasaannya sering memesong dan memutar belit kenyataan.

Kalau ucapan pimpinan Pakatan Rakyat itu sudah biasa akhbar milik Umno ni buat putar belit. Apa dicakap lain dan disiarkan lain. ini ucapan DYMM Agong!Dalam ucapan DYMM Tuanku ada bertitah meminta kerajaan mahu isu Bersih diselesaikan secara rundingan dan meminta kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

tetapi akhbar putar belit pengampu dan penipu ini tak berani nak siar cuba bandingkan apa yang disiarkan dalam Malaysia Insider di sini dengan berita dalam Kosmo Online di sini...Bandingkan juga disiarkan dalam Malaysiakini di sini Memamg betul akhbar pembelit nombor satu dalam negara sehingga ucapan DYMM Agong pun cuba nak putar belit! Daulat Tuanku!

by angkasanuri- Selatan Online 5/7/11

TPM: ......" Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan."

Surah Al-Hujurat Ayat 6.

..