Malaysiakini Mac 30, 11 1:57pm: Lepas satu, satu; novel kontroversi karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain Interlok hari ini diasak dengan isu pendatang dan ketuanan Melayu pula.a bahagian wanita dewan itu. NONESekumpulan NGO Cina dan India tampil bersama-sama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang. "Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," kata Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean. ( baca lagi.... )

TPM: Selepas ada banyak kali pertemuan, selepas TS Muhyiddin semacam isytihar keputusan 'paria' disingkir dalam teks (kasihan kaum paria...) masih ada golongan tidak puas hati. PENA pulak bersimpati amat kepada Pak Lah, Sasterawan Negara. Masalah ketuanan M suam-suam hangat di tepi pentas 1Malaysia. Rupanya ada lagi rencana mahu menggawat panggung. Ular dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah pula hendaknya jangan gembur. Beban berkebun sepenuh hati, melayu terkulai bunga dan buah, tanaman sendiri semakin tidak subur.

Malaysiakini, Mac 29,11 : Pemberian bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah. Pemberian itu adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. "Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Malaysiakini, Mac 29, 11 melaporkan: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk seri Mohamed Nazri Aziz berkata mereka (trio Datuk T) tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta berkenaan kerena mereka telah mendedahkan diri mereka umum. Beliau dilaporkan berkata: Kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis.

Bernama melapor 28 Mac 2011: Nazri memberitahu pemberita di lobi Parlimen semalam, sebagai berkata bahawa Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio 'Datuk T' yang mendedahkan video berkenaan.

Malaysiakini, Mac 23, 11 10:51pm: "Perlu faham (bahawa) mereka buat semua itu atas (kapasiti) individu, jadi jangan kaitkan mereka ini dengan Umno," kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen hari ini.

TPM: ADAKAH MENTERI INI SAKIT? cakap dah tak betul sekali..


* Kumpulan pemantau gejala rasuah Transparency International menolak dakwaan bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah. "Ini khususnya semasa kempen. Malangnya tidak ada undang-undang yang memadai bagi menangani perkara ini, terutamanya apabila ia membabitkan wang tunai dan mesin jahit,” kata presiden TI-Malaysia Paul Low.
** Najib juga telah berkata dulu: You help me, I help you.


Dr Rajiee Hadi

SEJARAH Kesultanan Melayu Melaka yang hebat hampir 600 tahun silam, termasyhur dan tersohor sebagai pusat perdagangan, pusat perkembangan syiar lslam dan persuratan Melayu akhirnya jatuh tersungkur di tangan 'orang asing' kerana sikap tamak, dendam, cemburu dan iri kesumat yang tidak berkesudahan.

Walaupun para perajurit Melayu Melaka bersemangat waja, kental patriotiknya dan gagah perkasa hingga dapat menewaskan serangan pertama 1509 armada Feringgi (Portugis yang datang dari Goa, lndia) yang diketuai de Suqeirra namun dendam yang berlarutan sehingga ke tahun 1511 menyebabkan soldadu Protugis yang menyerang Melaka sekali lagi yang diketuai oleh Alfonso de Albuqarque dapat merobohkan benteng Melayu Melaka dan menewaskannya.

Apakah rahsia kemenangan Portugis? Kerana ada musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Kerana hasutan dan dalang yang menabur duri kebencian dan kemusnahan orang-orang Melayu seperti Raja Mandeliar dan Si Kitol. Kerana robohnya kesatuan dan kesepakatan bangsa Melayu ketika itu yang mula berpuak-puak dan bersengketa sesama mereka.

Kerana perebutan harta, emas dan kuasa maka fitnah digunakan untuk melaga-lagakan sesama sendiri. Kerana hilangnya semangat juang kependekaran orang-orang Melayu ketika itu lantaran keuzuran Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya serta matinya Hang Jebat.

Bahkan kerana kebanjiran pendatang dan pedagang asing yang lebih mementingkan harta dan kekayaan tanpa menyumbangkan apa-apa untuk pertahanan.Bahkan kerana mengabaikan ajaran-ajaran agama lslam dan lebih mementingkan hiburan dan perkara-perkara khurafat.Manakala pemerintah utama waktu itu asyik diulit keseronokan duniawi.

Kini datang lagi setelah ratusan tahun. Sengketa, dendam dan cemburu yang melingkari isu video seks kini melalaikan masyarakat. Di sana sini kedapatan tohmah, cacian dan keaiban didedahkan di khalayak tanpa segan-silu. Apakah sejarah ‘robohnya kota Melaka’ akan berulang? Justeru demi masa depan anak-anak dan generasi kita, ingatlah pesan bijak bestari janganlah 'gajah sama gajah berperang, pelanduk yang mati di tengah-tengah’.


x

Menutup aurat adalah wajib. Satu perintah Allah. Menutupnya, orang Islam akan beroleh pahala. Manakala membuka aurat adalah perbuatan munkar. Hukumnya haram dan berdosa. Tidak ada syarat 'ikhlas' di sini. Kerjakan perintah Allah. Habis perkara. Seperti juga solat fardhu, mahu tidak mahu ianya adalah satu Rukun Islam. Seorang hambaAllah, wajib menunaikan perintah-Nya tanpa dakwa-dakwi. Sesiapa yang tidak mengerjakan solat maknanya dia telah menderhaka (bah. Arabnya: ma'siat).

Membuka aurat ertinya melanggar hukum syara' dan sudah tentu telah melakukan maksiat. Keluar sahaja rumah untuk menuju kemana jua tanpa menutup aurat dengan sempurna, maka berdosalah ' pada setiap nafas dan kelip matanya' pelakunya sehingga kembali semula ke rumahnya. Alangkah banyaknya dosa seharia itu...


Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya. "Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.

"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi. ( ikuti lagi...)

PROF. MADYA DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

nota:
ada beberapa pekara dalam dunia ini
yang tidak dapat dirungkai
dan di terangkan melalui ilmu sains
kajian bilik makmal gagal
kajian empirikal gagal... Tukar Tiub ( heh...heh...di sini)


Rasanya memang banyak perkara-perkara yang berlaku kat dunia ini tidak dapat kita fahaminya. Ini adalah salah satunya!!!!!!!!!!!!!!!!

" Turut menerima penganugerahan tersebut ialah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Noordin." - Utusan.h.

Berdasarkan pendekatan BN yang tidak bermoral, tiada integriti dan mencabar amalan demokrasi di PRK Merlimau-Kerdau, maka by hook or by crook BN akan menang!

Ini kerana, pihak pengundi sedia terperangkap dengan segala janji manis, takut dengan ugutan dan terpukau dengan sogokan berjuta-juta ringgit. Itulah pengundi BN."Salah guna kuasa/ sogokan/ rasuah/ pancing/ beli undi dan penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau. Kes-kes berikut telah dicatatkan berlaku menjelang penamaan calon sehingga kempen 2 Mac 2011.

1. Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Kampung Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) - Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit (BACA seterusnya...)

TPM: Barisan Nasional berbanding Pas dari segi kekuatan ibarat pergaduhan seorang dewasa dengan seorang budak sekolah. Orang dewasa itu pula mengguna berbagai kekuatan dan senjata. Kawasan bertanding adalah memang kawasan milik orang itu dan kawasan UMNO tegar, di negeri UMNO totok sejak dulu.

UBN memiliki segara alat dan prasarana kempen, baik alat 'manusia' atau alat perkakas 'kerajaan pusat'! Undi pos memang hak mutlak UBN. Pihak UBN juga suka membuat provokasi melampau dan akan menuduh pihak PAS yang melakukan 'kejahatan' seolah-olah penyokong mereka baik dan 'maksum' tidak akan berbuat benda tak baik.

Mereka tanpa segan silu akan membuat janji 'You help me. I help you'...selain akan memberi amaran dan tindakan bagi pegawai, pekerja atau peneroka jika mereka menuding lawan kepada batang hidung mereka / calon UBN.

Selain itu...Sogok, Suap dan Rasuah!!! Berleluasa...Media massa akbar, radi dan TV 1, TV 2 dan TV3 pasti memuja-puji UBN dan calonnya dan sudah tentu mengelebek keburukan dan kelemahan PAS /Pakatan Rakyatnya.