GUANO PULAK???... Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan ~~~ malaysiakini.

Macam-macam perkembangan baru terjadi pasca- PRU12 menuju ke PRU13. Sesudah ada kenaikan harga barangan 5 dalam 1 yang kita kena sebut 'penyelarasan harga' , kaum guru pula mendapat mandat baru. Boleh berpolitik, dibenarkan 'main' politik asalkan tidak melintasi pintu pagar sekolah! Boleh caya ke???

Sewaktu kaum guru berada dalam 'zon larangan berpolitik' pun sudah acapkali berlaku keceluparan ucapan dan amalan hingga ke dalam sekolah, dewan sekolah dikambing-hitamkan selaku tempat perasmian majlis politik; malah dewan membuang undi pilihanraya juga berlaku dalam bilik darjah! Kalau sudah diizin para guru DG41-48 nanti apakah karenah akan berlaku seterusnya. Namun kita wajar bersyukur dan gunakanlah peluang itu sebaik dan seikhlasnya.

Guru perlu bijak pilih parti ~ Ketua Penerangan UMNO.

SHAH ALAM – Meskipun guru dibenarkan berpolitik tetapi mereka mestilah bijak untuk memilih parti politik yang disertai. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebagai kakitangan kerajaan, guru perlu membuat pertimbangan sewajarnya jika memilih bersama parti pembangkang.

“Ini kerana mereka bekerja untuk Kerajaan Persekutuan, bukannya tidak boleh sokong pembangkang tapi fikirlah dengan mendalam sebelum membuat keputusan dengan tepat.

“Kami tidak peduli apa pembangkang nak kata kerana pembabitkan guru dalam politik secara keseluruhannya memberi kesan positif untuk perkembangan kepimpinan parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, idea kreatif dan aktiviti menarik dapat diperoleh daripada guru terbabit untuk memperkemaskan parti pada masa depan.

“Politik tidak akan menganggu masa guru kerana ia bukannya sepenuh masa walaupun berjawatan kelak dalam parti kerana pembahagian masa dapat dilakukan dengan lebih terancang. .......“Guru tidak akan mempengaruhi pelajar kerana politik tidak membabitkan golongan ini tetapi sasaran ialah ibu bapa mereka,” katanya.

TPM: Bang Mat Oii!! Para guru berkhidmat untuk Kerajaan Pesekutuan BUKAN untuk Barisan Nasional atau UMNO!!

PAS sedia menyediakan pakar sakit jiwa kepada Umno dan Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ekoran masih membangkitkan isu kerjasama PAS-Umno biarpun PAS secara jelas menolak pelawaan Umno itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Umno juga seperti terkena demam panas yang kuat sehingga mengganggu fungsi otak mereka (baca sini...)

Datuk Seri Najib Razak berkata Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS. ( selanjutnya....)

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno sedia berbincang dengan PAS sama ada secara rasmi atau tidak untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu seperti disaran beberapa pihak.

Sambil menyambut baik saranan itu, timbalan perdana menteri berkata usaha menjalin kerjasama antara kedua-dua parti Islam itu ( Umno parti Islam???) bukan satu perkara baru kerana ia pernah disuarakan sebelum ini tetapi tidak dapat dilaksanakan. (baca selanjutnya....)
Tengah serabut kepala dengan pelbagai isu politik-ekon-sosial yang makin bertambah, ada pula ide klise dari seorang 'ahli pemikir': " Cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan jika PAS dan UMNO bersatu dan bekerjasama."

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Lokman Nor Adam, berkata cita-cita PAS merealisasikan hasrat itu akan menjadi lebih mudah jika mereka berbaik-baik dan bekerjasama dengan UMNO berbanding dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
.