Orang yang meminum arak tergolong dalam melakukan dosa besar. Mereka hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha barulah dosanya diampunkan oleh Allah. Dikatakan bahawa 'Arak ialah ibu segala kejahatan'.

Di Malaysia, arak merupakan satu dari sumber ekonomi. Kilang di sini merupakan yang terbesar di Asia Tenggara. Kini tabiat meminum arak di dalam masyarakatnya, sudah menjadi satu perkara biasa. Banyak kemalangan maut, keruntuhan rumahtangga, zina, bunuh dan pelbagai kes jenayah meningkat dengan mendadak di Malaysia. Allah telah menarik balik keberkatan dari bumi Malaysia kerana hasilnya bersumberkan hasil yang haram..

Bayangkan betapa banyak dosa yang ditanggung oleh mereka yang memberi kelulusan lesen arak? Dosa penyambung bekalan elektrik ke kilang tersebut? Dosa yang membekalkan air? Tak lupa juga dosa pengundi dan sesiapa yang menyokong tindakan kerajaan membenarkan kilang arak beroperasi? Dosa pekerja, penghidang minuman, pemandu. serta semua mereka yang terlibat dengannya. Dosa besar ini berterusan selagi ianya berkekalan dalam keadaan begitu.

Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud ...(baca seterusnya)


b








M Faqih~~ HarakahDaily

KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi. Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat. Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut. Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang. Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

TPM: Pagi tadi ada togok mendung macam nak hujan lebat. Tetapi hingga kini panas kelip-kelip. Nasib baik tiada tempayan nak dicurahkan airnya..... nampak gayanya kemarau ceng-ceng akan berterusan jua

Nak ke balassah pagi ni tengok jalanraya macam kena hujan...ertinya malam tadi hujan dah turun...Tok Guru MB cadangkan solat istisqa' pagi ni di Padang Perdana. Bagus benar. sekurang2nya rakyat klate tahu dalam syariat kita ada solat mohon hujan "solat sunat istisqa"...solat gerhana=solat khusuf /kusuf...

Iklim Kota Bharu lembab setelah hujan sekejap-sekejap sejak pagi. Program biasa Tok Guru MB Kelantan memberi kuliah di Dataran Ilmu dibatalkan kerana beliau akan menyertai rakyat menunaikan solat sunat Istisqa' / solat mohon hujan akan diadakan bermula jam 8.30 pagi di Padang Perdana.

Allah Yang Maha Pemurah mencurahkan hujan-Nya yang lebat ketika rakaat pertama solat sunat itu sedang berlangsung. Bumi KB jadi basah kuyup bersama para jemaah yang sedang solat. subhanallah. Panas berbulan dilembabkan hujan sehari. Alhamdulillah.

(catatan di atas adalah petikan dari Facebook sendiri, relevan dengan hal yang terjadi)

.


Kulit Buku S.H. ALATTAS

POPULARITI NAJIB MENJUNAM

Tun Telanai ~~HarakahDaily.11 Mac 2010

Kita berasa amat bersyukur ke hadrati Ilahi kerana seorang PM Malaysia yang baru memegang kuasa tidak sampai satu tahun sudah tidak popular di kaca mata rakyat yang dipimpinnya.

Kita juga turut bersyukur kepada Allah swt dengan tidak popularnya PM, maka secara tidak langsung populariti UMNO yang gah dengan slogan ‘juara rakyat’ turut terjejas. Kita berharap slogan tersebut akan tinggal slogan sahaja. Biar rakyat yang akan menilainya. UMNO telah pun menghampiri hari senjanya.

1 Mei ini usia UMNO semakin tua. UMNO akan mencapai usia ke-64 tahun. Dalam usia itu, UMNO sudah tidak dapat berlari sekuat dulu lagi. Usia tua melemahkan segala urat saraf. UMNO tidak berupaya untuk bergerak cergas seperti ketika usianya masih muda remaja. Walaupun begitu, UMNO masih lagi bernasib baik.

Ia ada tongkat untuk berpaut. Tongkat UMNO ialah institusi Raja-raja Melayu, PDRM, SPRM, SPR, system kehakiman yang tempang dan jentera-jentera kerajaan. UMNO terus bergantung kepada institusi-institusi ini untuk melengah-lengahkan ia ditalqinkan.

Umno juga serupa dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah lainnya. UMNO bersifat baharu. Setiap yang baharu akan tetap menemui ajalnya. Ia tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah swt sahaja.

Berapa banyak kerajaan-kerajaan [bermaksud parti juga] terdahulu dihapuskan oleh Allah kerana sifat tamak haloba meraut kekayaan negara sepuas hati, rakus dengan kuasa, zalim dan penindas rakyat, rasuah, pecah amanah dan menjadikan kuasa sebagai alat untuk kepentingan peribadi, bukan untuk kepentingan rakyat dan negara.

GOLKAR,di Indonesia pimpinan Suharto, jatuh. LDP di Jepun turut tumbang. Marcos dan Shah Iran juga ditumbangkan oleh rakyat dengan izin daripada Allah. Parti Baat pimpinan Saddam Hussein juga turut dimusnahkan oleh Allah. Sekarang kita perlu bersabar menunggu detik-detik kehancuran UMNO. Tanda-tandanya mulai jelas kelihatan hanya masa dan Allah akan tentukan harinya.

Najib Tun Razak PM yang bermasalah. Mana ada PM di Malaysia yang perlantikannya dipertikaikan oleh rakyat. Rakyat telah menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong untuk menghalang Najib dilantik sebagai PM ke-6. Najib banyak tercalit dengan tuduh-tuduhan yang amat memalukan. Berbagai skandal melibatkan dirinya. Oleh kerana itulah, Najib menjadi PM yang tidak popular baik di dalam Negara mahu pun di luar negara.

TV3 mengakui hakikat ini. Sumber TV3 menyebut, hanya 270,000 orang menonton sahaja yang menonton wawancara Ahmad Talib dengan Najib pada 18 Januari lalu.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.


TPM:

اللَّـهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ، وَ لا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ

وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّـهِ

Ya Allah , tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau , dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, Tiada upaya melainkan dengan Allah swt.





Atas kapasiti apakah beliau memegang bendera FLAG OFF untuk melepaskan pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) kelmarin 2 Mac 2010 dari Kota Bharu menuju Kuala Berang Terengganu? Barangkali atas namanya sebagai Timbalan Menteri Kewangan atau atas jawatan terlantik sebagai Ahli Dewan Senate / senator, ataukah atas nama Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kelantan atau kerana beliau Ketua Umno Bachok???

Itulah yang menjadi persoalan yang melegari saraf otak sebahagian besar rakyat Kelantan. Datuk Awang Adek Hussin telah memusnahkan lagi kepercayaan rakyat Kelantan terhadap dirinya selepas beliau gagal menjadi MB Umno-Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 12 mac 2008. Imej Awang Adek tambah tercalar besar di Kelantan apabila dengan lantangnya membuat penafian terhadap HAK RAKYAT Kelantan ke atas royalti minyak dan janji-janjinya ditabur kepada pengundi di Bachok dulu.(sila baca selanjutnya...)

Datuk Awang Adek juga dikatakan telah menunjuk sikapnya yang sebenar bila tidak menghormati MB Kelantan dengan tidak bangun memberikan tanda hormat sedangkan hadirin yang lain bangun semasa ketibaan Menteri Besar ke acara tersebut. Dikatakan hanya Pemangku al-Sultan Kelantan atau Menteri Besar sahaja yang layak 'flag off' acara tersebut. Tentatifnya mencatatkan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang akan melaksanakannya! Tetapi Awang Adek cuba menunjukkan gedebe pada pagi itu...

Perlakuan Awang Adik itu melambangkan tidak senonoh dan tidak bermoralnya pemimpin Umno-BN. Beliau tidak memiliki sifat malu, walaupun dikatakan dia cuba memalukan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan pilihan rakyat itu. Rakyat Kelantan cerdik dan boleh mambaca gelagat pemimpin yang boleh mengekalkan lagi 'kekalahan' Umno-BN di Kelantan nanti. Peristiwa itu tetap menjadi aset buat rakyat mengetepikan pemimpin-pemimpin yang tidak bermoral seperti itu; walaupun ada alasan buat Awang Adek menjawab persolan besar itu. (baca di sini.......)

Kes Minyak! Amerika Syarikat berbaik dan memusuhi negara-negara Arab-Islam di Timur Tengah adalah kerana kes minyak. Negara-negara Arab di Teluk menjadi kaya-raya adalah kerana minyak, 'Emas Hitam'. Kekuasaan Presiden Saddam Husein dan Negara Iraq lenyap adalah akibat dar kekayaan minyak yang dimilikinya.

Perang besar-besar dan kecil-kecilan dengan kuasa-kuasa besar' dan perang sesama sendiri di Teluk adalah kerana 'MINYAK'. Tetapi mengapa Negeri Terengganu pemilik 'hartaminyak' terbesar di negara 1Malaysia, masih dikira negeri miskin tegar? Kasihan Negeri Terengganu hanya diberi wang ihsan oleh Pusat bagai peminta sedekah. Di mana janji royalti? Negeri Sabah dan Sarawak juga pemilik 'hartaminyak' masih di tahap miskin. Perang saraf sedang berlaku di Negeri Kelantan kini juga atas ISU MINYAK!

Ke mahkamah. Tidak perlu. Ke mahkamah. Jangan. Ke Mahkamah. Lebih baik jangan. Bawalah ke mahkamah! Tak perlu. Kalau berasa betul, bawalah ke mahkamah. Ikut 'undang-undang', Kelantan tidak layak tuntut royalti. Wang ihsan sudah wajar Kelantan terima. Wang ihsan kita masukkan melalui JPP demi rakyat Kelantan. Kerajaan Pas Kelantan tidak pandai urus wang yang banyak tu.. Wang ihsan RM20 juta itu akan diberi pada April 2010.
Bermula minggu lepas sesudah Solat Hajat Perdana anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan YB Parlimen Gua Musang selaku bekas Pengerusi PetronasTengku Razaliegh Hamzah berceramah di pentas PAS atas isu 'Royalti adalah HAK RAKYAT KELANTAN; sehingga kini, pihak UMNO Kelantan membuat ceramah keliling menjaja isu yang sama..'Kerajaan Pas Kelantan Tidak Layak Menerima Wang Royalti Minyak'!

Bermula dengan jaguh-jaguhnya Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustafa Mohamed, Bekas Bakal MB Kelantan Datuk Dr Awang Adek dan YB Bebas (atas tiket PAS) Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, mereka berdegar-degar di depan hampir 1000 orang pendengar di pekarangan Pejabat Umno Negeri. Berikutan itu, berlangsung majlis-majlis yang sama oleh pejuang-pejuang anti-Kerajaan Pas Kelantan berkeliling serata daerah menyampaikan idea tersurat: KALAU YAKIN BETUL KELANTAN BERHAK DAPAT ROYALTI, BAWALAH KE MAHKAMAH! Kami tetap yakin Kerajaan Kelantan tidak berhak, malah kawasan minyak itu berada di luar sempadan perairan Kelantan!..Ku Li menipu, ketinggalan zaman, patut letak jawatan. Umno patut bertindak terhadap Ku Lu!

Secara jelujurnya Kerajaan Kelantan menyerahkan kepada ADUN-ADUN di Dewan Undangan Negeri. Di DUN berlaku perbincangan dan pro-kontranya. Keadaannya sebagai yang terjadi.... DUN Kelantan berkeputusan secara 'gentlemen'nya serah kepada mahkamah.

Namun belumpun rata rakyat Kelantan membaca berita dan mendengar warta tentang keputusan DUN Kelantan itu, tiba-tiba Menteri Dalam Negeri merangkap Naib Presiden Umno dan Ketua Perhubungan Negeri Kaya Minyak Terengganu berketak menyelar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah...(baca di sini...) Katanya adalah tidak wajar kerana terdapat saluran lain yang boleh digunakan dalam menyelesaikan isu itu.

TPM: Hishamuddin buat lucu pulak dah...