Jangan mudah gelabah dengan keputusan 'tahkim' yang dikenakan terhadap dua pemimpin PAS Selangor oleh Jawatan Kuasa Disiplin PAS dua hari lepas. Usahlah geger lagi hingga menyesakkan nafas penyokong-penyokong. Kita harapkan semua pihak di dalam PAS dapat menerima keputusan tersebut sebagaimana kedua-dua, Khalid dan Dr Hasan boleh menerimanya dengan baik. Janganlah kita terkejut hingga panik dan menimbulkan masalah lagi..

Jumaat lalu, pengerusi jawatankuasa disiplin PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, YB Khalid Samad dan YB Datuk Dr Hasan Ali bersalah terhadap dua pertuduhan terhadap mereka

Sehubungan itu, jawatankuasa itu menggantung jawatan Khalid sebagai YDP Shah Alam dan anggota biro politik parti selama enam bulan. Sementara Dr Hasan pula hanya diberikan amaran bertulis. Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Seorang bapa berjalan sambil memegang tali mengheret keldai yang ditunggangi anak lelakinya menuju ke pasar. Ada suara yang menegur mereka alangkah tidak berhati-perutnya si anak membiarkan si bapa yang tua itu berjalan sedang dia enak menunggang. Mendengar teguran, si anak lalu turun, meminta bapanya pula menunggang keldai dan dia pula berjalan.

Namun kedengaran pula suara orang mengatakan alangkah zalimnya si bapa membiarkan anaknya berjalan, sedang dia bersenang di atas tunggangan. Si bapa pun turun berjalan bersama anak menuju destinasi. Ada lagi suara: 'Alangkah bodohnya kedua-dua orang itu, ada keldai tidak ditunggangi. Sia-sia sahaja memiliki sang keldai'. Akhirnya kedua mereka menaiki keldai; namun ada pula suara mengatakan kedua beranak itu telah menzalimi hewan itu dengan beban yang berat. Lantas si bapa memberitahu anaknya: 'Anakku. Itulah adat manusia. Apa yang orang lain buat, semua tidak betul.'


Janganlah kita memberi peluang dan kemudahan kepada musuh-musuh untuk menyusupkan kefasikan mereka ke dalam jemaah kita. Usahlah membiarkan masalah bertambah, sedang masalah yang sedia ada belum selesai baik.

Tahniah kepada rakyat Kelantan kerana memiliki seorang putera raja dan kini Pemangku Sultan Kelantan sudi menjadi imam solat hajat yang ditunaikan bersama pembesar-pembesar negeri serta rakyat jelata pada malam jumaat 28 Muharram 1431 (14 Januari 2010) di Stadium Sultan Muhammad Keempat Kota Bharu.

Ya, Pernahkah anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali. Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.

Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan...(baca lagi di sini....)

...


Kalau kita rajin mengikuti portal seperti Tranungkite, UtaraOnline, DetikDaily apatah lagi MyKmu dan beberapa portal lain termasuk FaceBook terdapat forukmersnya yang pro-UBN sangat buruk tulisannya bila membincangkan tokoh-tokoh PR terutamanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul-'Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Sekali-sekali terfikir apalah salah besar TGNA hinggakan dituduh macam-macam. Dia adalah sosok warga negara Malaysia yang lama di dalam politik negara kita mewakili rakyat kawasannya di Kelantan, seorang 'alim yang banyak tahu tentang politik Islam dan Melayu di Malaysia. Selain jawatan resminya sosok ini adalah pendakwah, penceramah, pengajar serta pengarang yang banyak menghasilkan kitab/buku-buku yang amat relevan bagi masyarakat Melayu Malaysia baik dalam bidang tafsir, hadis, usuluddin, syariah, tasawwuf dan sirah nabawiyyah.

Selaku Menteri Besar yang memimpin pentadbiran Negeri Kelantan hampir 20 tahun beliau istiqamah dengan prinsip dakwah secara berhikmah, perinsip kasih sayang tetapi bertegas dalam keadaan tertentu, anti kejahilan dan maksiat juga tidak takutkan cercaan orang yang mencerca berdasarkan ketaksuban emosi. Beliau telah berkhidmat baik walau terdapat aneka ancaman dan tekanan. Ternyata dia berikhlas dengan tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas bahunya; dia adalah ulama yang lebih takut kepada Allah berbanding orang lain.

Akhir-akhir ini, (bermula pasca-PRU12 hingga akhir 2009) gocahan dari Umno-BN alias Kerajaan Pusat semakin kencang mahu meranahkan kedudukan TGNA dan PR. Berbagai karenah yang tidak sedikit menghabiskan masa, tenaga dan RM bagi melupuskan kuasa PAS dan TGNA di Kelantan.

Kita baca akbar, dari budak-budak muda Umno seperti Anuar Safian Pemuda Kelantan, Datuk Alwi Ahmad Ketua Pembangkang di DUN Kelantan hinggalah Datuk Mustafa Mohammad dan Datuk Awang Adik selaku Ketua dan Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kelantan sering membidas TGNA, sekali-sekala dengan peluru ugutan dari SPRM. Namun bidasan malah bedilan mereka kesasar.

Meh kita baca satu posting seorang forumer pro Umno-BN yang kepalang beremosinal catatannya tentang TGNA. Sebenarnya banyak lagi yang melampau dan tidak layak untuk dicatatkan di sini. Ok lah.

Di bawah ni komen dari pencacai di forum http://ohartis.com/2009/12/panas-bila-aznil-menegur-tuan-guru-nik-aziz/#
pemuda harapan 1malaysia on Sat, 12th Dec 2009 6:14 am


Assalam1 malaysia….

aku ni selaku rakyat disini ingin bersuara..kat nik aziz yang semua orang sembah di kelantan…kenapa mahu didoakan kepada perdana menteri dato najib?..dia telah banyak melakukan perbuhan kepada 1malaysia…perdana menteri kita ibarat peganti rasul dimuka bumi ini..cuba anda lihat pelbagai tohmahan diberikan kepada dato najib tetapi beliau relaks…sebab tuhan memberikan kekuatan & kesabaran…kerana pm kita ada ciri maksum & muslim sejati yang patut dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat dunia…sedarlah wahai umatku islam sekalian janganlah kita berbalah tentang seorang yang belum tentu tuhan janjikan syurga seperti TGNA…tak semestinya dia pandai agama dia masuk syurga….sayangilah pemimpin kita doakan pemimpin kita agar dia akan menjadi pemimpin islam yang sebenar di alaf kemodenan ini….saya amat yakin dato najib dapat melakukan peruhan kepada 1malaysia & islam yang baru yang lebih refondum & intelektual & spiritual….


sekian salam assalam 1Malaysia…
#
pemuda harapan 1malaysia on Sat, 12th Dec 2009 6:27 am

Assalam1 malaysia….

JANGAN kita lihat orang yang pandai bercakap tentang agama dia semestinya betul 100%.
katakan ada seorang pelacur yang terpaksa mmenjual tubuh kerana sesuap nasi untuk keluarganya tak kan dia nak dapat dosa kerana dia lakukan bukan dengan kerelaan hatinya…kalu dia berdosa mana keadilan…dalam asma al-husna kata tuhan maha adil?ini adilkah namanya..?tolong jawab..?
adakah semua orang pas masuk syurga ?tak semestinya…& tak juga semua orang umno jahat..rakyat hanya ditipu oleh si dajjal TGNA & anwar si peliwat sebab itu dia nak menghancurkan islam….
hadis2 di atas tidak semuanya betul 100%..& ada beberapa ayat2 al-quran perlu dikaji semula sebab kita bukan berada di zamnan dahulu kala…nabi hidup dizaman pra sejarah…kita dizaman moden….pls laa…hanya umno sahaja yang tahu kebenaran sebab itu umno sahaja yang layak memimpin malaysia..sebab itu tuhan berikan kemenangan kepada bn memerintah 52 tahun….itu sudah terbukti tuhan menyebelahi umno..bukan pas,pkr & dap..
pls la kawan2 wake up from ur dream….tengok rata orang umno tuhan memberikan kesenagan kerana manjaga rakyat dengan baik menjalankan tugas seprti yang direncanakan..insyaalah tuhan akan berikan kemengan pada pru 13..dan selamnaya pada umno…

sekian assalam 1Malaysia…

Kalau beginilah tahap minda orang Umno-BN dengan kejahilan murakkabnya, mahu juga kita sebut macam nyanyian orang tentang si Luncai yang terjun dengan labu-labunya.... biarkan... biarkan. Tulisan sedemikian sebenarnya boleh menyumbang kekufuran kepada penulisnya yang muslim, jika dia seorang penganut Islam.




Nama Allah telah dipertikaikan di bumi 1Malaysia. Aku tidak tahu adakah Nama Maha Agung Maha Mulia ' Lafzul-Jalalah' ALLAH ini juga dipertikaikan di negara lain.

Pertikaian bermula bila pihak Gereja Roman Katolik menuntut untuk menggunakan kalimah 'Allah' bukan kalimat 'Tuhan', 'God' atau selainnya dalam penerbitan mingguan Herald The Catholic Weekly. Mengapa dikecoh zaman PM Najib?

Sebagaimana diketahui isu ini terseret ke makhkamah dan berakhir dengan kelulusan penggunaan kalimat itu diberi oleh Hakim Mahkamah. Herald mencabar tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarangnya menggunakan perkataan tersebut di mahkamah awal tahun lalu.

Pada 31 Disember lepas, mahkamah memutuskan media itu berhak menggunakan 'Allah' tetapi keputusan itu mencetuskan kontroversi luar biasa hingga kini - termasuk sembilan serangan ke atas gereja, sebuah daripadanya di Desa Melawati rosak teruk.

Sudah tentu orang-orang Islam marah dengan fenomena ini., tetapi tidak diketahui tangan siapa yang mengambil tindakan sedemikian. Ada pihak yang telah membuat aduan kepada pihak polis bahawa sidang pengarang mingguan tersebut "mempunyai niat tidak baik" apabila menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Rakyat yang beragama Islam berserta dengan parti-parti politik dan banyak NGO telah memberi berbagai alasan demi mempertahankan kesucian kalimah Allah serta mengharapkan keharmonian rakyat berbilang kaum terjaga.

Isu besar yang berlaku di minggi pertama dan kedua januari 2010 ini telah membabitkan juga suara-suara dari pemimpin parti politik, hinggakan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri di JPM, Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS serta beberapa orang cendikiawan Islam. Terlanjur isu menjadi makin panas, ada pihak yang mahu Majlis Raja-Raja Melayu hatta Yang Dipertuan Agong ikut campur tangan dan menggunakan kuasa yang ada bagi menstabilkan keadaan.

Hingga kini pihak-pihak yang berkuasa agama Islam sama ada Majlis Fatwa Kebangsaan, mufti-mufti, majlis-majlis agama Islam negeri atau pihak bertanggungjawab seperti JAKIM, IKIM dan sebagainya masih membisu. Walau bagaimana pun kita sangat mengharapkan suasana tidak semakin panas, kita harapkan 'Yang dipukul tidak mati, kayu pemukul tidak patah, tanah di bawah tidak gembur '.

Kita tidak mahu ada golongan yang mengambil kesempatan untuk mengharu-birukan lagi suasana hingga tercetus pergolakan lebih parah. Biar semua pihak berlandaskan kebenaran dan kewarasan, bukan mengikut emosi atau hasutan jahat. Kita tidak mahu isu ini diheret panjang bagi melindungi banyak isu 1Malaysia yang berat. Pihak tertentu masih tidak dapat menangani isu-isu yang semakin parah. Kalau ada jalan perundingan, pastikan perundingan itu berjalan di atas landasan keikhlasan dan bermotifkan keharmonian.

Soal menyebut nama Allah...Setiap orang tahu 'Allah' bukan perkataan Melayu, akan tetapi tiada siapapun akan mempersoalkan seorang Melayu menggunakan kalimah itu bagi merujuk kepada Tuhan yang disembahnya kerana orang-orang Melayu adalah muslim.

Dan semua muslim dari segala bangsa memanggil-Nya dengan nama itu kerana itulah nama yang Dia tanzilkan, dan dengan nama itulah Dia diseru oleh hamba-hamba-Nya.

Kita sebenarnya bercakap tentang 'menamakan' Tuhan; kita tidak boleh memberikannya nama yang salah.

Manusia biasa sekalipun akan marah sekiranya nama mereka atau gelaran yang diberikan tidak disebut dengan betul, apatah lagi sekiranya ia salah sama sekali. (teruskan bacaan di sini...)

Oleh KH Didin Hafidhuddin

Allah SWT berfirman dalam QS Al-Lail [92]: 5-10, ''Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.''

Tuntunan rabbani di atas secara jelas menggambarkan tentang kekuatan memberi, di samping kekuatan takwa dan keyakinan akan balasan Allah SWT di akhirat nanti, yang akan mendatangkan kemudahan dalam mengatasi berbagai persoalan hidup. Sebaliknya, kebakhilan (keengganan untuk memberi) dan kesombongan, serta sikap dusta pada pahala surga, hanyalah akan menyebabkan kesulitan dalam mengatasi berbagai persoalan kehidupan di dunia dan akhirat nanti.

Ayat tersebut juga mengajarkan bahwa memberi dalam segala bentuknya (seperti memberi harta, ilmu pengetahuan, maupun tenaga) untuk kemaslahatan bersama akan membawa ketenangan dan ketajaman hati serta pikiran. Sehingga, memberi itu akan mengundang keberkahan dan memperbanyak harta maupun ilmu yang sudah dimilikinya.

Dalam kaitan ini, Rasulullah SAW bersabda, ''Rendah hati itu tidaklah akan menambah kecuali ketinggian derajat seseorang, maka rendah hatilah kamu sekalian. Memaafkan kesalahan orang tidak akan menambah kecuali kegagahan dan keagungan seseorang, maka jadilah pemaaf. Sedekah tidaklah menambah kecuali memperbanyak harta seseorang, maka bersedekahlah kamu sekalian, pasti Allah akan memberikan rahmat kepada kamu sekalian,'' (HR Abi ad-Dunya).

Di samping itu, kebiasaan memberi akan menambah spirit dan semangat untuk senantiasa memiliki keunggulan-keunggulan yang kompetitif. Sebab, tidak mungkin kita akan mampu memberi kepada orang lain kalau kita tidak memiliki apa-apa. Seperti kata pepatah Arab, ''Faaqidu asy-syai'i laa yu'ti syai'an'' (Orang yang tidak punya apa-apa pasti tidak akan mampu memberikan apa pun juga).

Upaya untuk senantiasa memberi inipun akan meninggikan harga diri setiap orang yang melakukannya, apalagi orang yang beriman. Ia tidak akan mudah menyerah ketika menghadapi tantangan. Tidak mudah pula dikendalikan dan bergantung pada orang lain.

Bisa dibayangkan, jika para pemimpin bangsa ini terdiri atas orang-orang yang memiliki jiwa dan semangat memberi, pasti akan memicu terbangunnya harga diri bangsa secara keseluruhan. Tidak akan mudah bergantung dan dikendalikan oleh bangsa lain. Karena, satu-satunya ketergantungan yang bersifat absolut hanyalah pada Allah SWT.

Ihsan- http://zanikhan.multiply.com/journal/item/9912


TPM:
pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga,
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang jua.


.
Gunung Daik