Sejak mengalami sakit tenat akibat keputusan Pilihanraya Umum ke 12 tahun lalu, Umno dan parti-parti seBNnya masih belum kebah. Penyakit itu merasuk setiap parti seBN itu: Umno, MCA, MIC, PPP serta Gerakan. Timbul perselisihan dan haru-biru di dalam parti-parti tersebut di samping mendapat bahana perebutan kuasa melalui pemilihan pucuk pimpinan pada persidangan agung tahunan mereka. Rasuah @ politik wang membajai karenah kempen memilih pucuk pimpinan.

Untuk mencari kekuatan baru, Umno-BN mengintai peluang mendapatkan semula maruah yang hilang. Mereka sanggup melaku apa saja demi mengukuh kedudukan mereka sama ada berhabis jutaan ringgit demi kemenangan pada 9 kali pilihanraya kecil selain melakukan kudeta di negeri Perak. Tanpa segan malu mereka juga bagai menaja / mahukan ada kerjasama dengan Parti PAS sama ada atas nama 'Kerajaan Perpaduan' (Unity Government) atau ketara mengajak PAS ikut menyertai Barisan Nasional, meninggalkan Pakatan Rakyat yang sama berkongsi dengan PKR dan DAP.

"Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun' kata Mursyidul-'Am PAS YAB Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz nik Mat sambil mengibaratkan ia menunjukan sikap 'desperado' Umno 'yang gilakan PAS'.

Mantan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamed pernah mengatakan Umno sudah begitu lemah dan uzur. Pemimpin-pemimpinnya amat berkepentingan diri dan melupai rakyat.


Mereka, kata Dr Mahathir, menjadi tamak dan angkuh serta tidak lagi mempedulikan negara dan rakyat.
Walaupun menyatakan bahawa para pengundi Melayu begitu setia kepada BN, tetapi Dr Mahathir mengingatkan wujudnya bukti di dalam pilihan raya umum tahun lalu bahawa para pengundi setia itu telah memberikan undi kepada pembangkang.

Menyentuh keadaan Umno kini, Dr Mahathir berkata, gejala yang melanda parti itu tidak boleh dinafikan lagi. "Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan ".

Mutakhir, Tun Dr Mahathir telah mngatakan Umno kini busuk hingga ke ususnya. Dikatakan beliau dan beberapa orang bekas pemimpin kanan akan ikut menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) itu (baca di sini.......).


Datang Zulhijjah tahun ini (1430H), iklim di bumi Malaysia dipanaskan oleh serangan isu-isu untuk menyerang sosok Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul-'Am PAS YAB Tuan Guru Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat. Melalui isu tanggapan beliau terhadap idea UG yang digodeh oleh Umno-BN tak habis-habis hingga timbul geger idea Prof Abd Aziz Bari hingga menderetkan rasa cemas. Bara panas itu dapat diredakan dengan cadangan EGM buat PAS namun bertukar kepada seminar di Taman Melewar.Beberapa orang besar PAS diseret kononnya menyukarkan perjuangan parti. Cerita 'panas' jadi reda selepas seminar.

Belum pulih cerita panas itu timbul pula perkara 'Bai'ah Talak 3. Seperti biasa media massa pro-UBN galak menjaja cerita bermunculanlah penganalisis pro-kontra dari mufti, pimpin masyarakat dan NGOs. Hingga kini, isu itu senyap dibawa angin setelah dijawab oleh pihak PAS.

Last-last ada pula isu 'batu api' yang mahu melibatkan menantu TGNA selaku CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan bloger Kickdafella hinggakan Ir Abdul Ariffahmi Abd Rahman diserang SPRM (akhirnya beliau dinasihatkan agar meletak jawatan CEO-nya di PMBK), isu TGNA ditaja untuk mengerjakan ibadat haji RM 65K (hingga TGNA membatalkan niat ke Tanah Suci), isu yang mengaitkan ahli Exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa dan mutakhir isu tulisan Nik Abduh pada blognya 'masanya memilih jalan yang lurus'.

Berjujut karenah yang disebarkan oleh media pro-BN menjalankan agenda perang sarafnya terhadap PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Mereka menyerang PAS dan PKR yang kekuatannya amat mengejutkan Umno itu; sokongan orang-orang Melayu terhadap parti kebangsaan itu merosot sakan, gagasan 1Malaysia Najib-Muhyiddin masih retorika untuk melindung barah dan kudis dalam Umno-BN.

Satu demi satu berita fitnah, tohmah dan bohong dihidangkan oleh media BN semata-mata untuk memburuk-buruk Pakatan Rakyat(PR) dan pimpinannyadi mata rakyat. Ianya tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PR adalah parti bermasalah, pimpinannya bermasalah dan perpaduan dalam PR juga bermasalah.... (baca selanjutnya...)

Diharapkan para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat perlu bersabar, teruskan wala' kita kepada pimpinan dan tidak mudah melatah dengan karenah Umno-BN. Banyak orang mengatakan media pro-UBN adalah media hiburan, menyebar fitnah dan pembohongan; sukar mencari kebenaran melaluinya kecuali keputusan Toto dan Nombor Ekor!!!



Menteri Besar Kelantan Darul-Naim merangkap Mursyidul-'Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), Yang Amat Berhormat Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz b Nik Mat telah disenaraikan antara 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam bagi tahun 2009...(baca di sini.....)

Kedudukan yang diiktiraf oleh dunia Islam peringkat antarabangsa ini sudah tentu menampakkan dengan jelas bahawa sosok pemimpin Islam terkini di negara kita itu membanggakan negara dan bangsa Melayu. Jelas TGNA memiliki pengaruh, aura dan kelebihan tersendiri yang dikurniakan Allah Taala kepada beliau. Putera Tuan Guru Nik Mat 'Alim kelahiran desa Pulau Melaka Kelantan ini dilantik sebagai pentadbir politik Kerajaan Negeri Kelantan sejak 1990 bila PAS memenangi PRU tahun tersebut.

Di peringkat PAS pusat, TGNA adalah Mursyidul-'Am pertama parti itu. Beliau terkenal wara', 'alim dan disegani. Satu-satu Menteri Besar yang memberi kuliah rutin (pagi jumaat) di Dataran Ilmu Kota Bharu sejak lebih 20 tahun, di samping kuliah ilmu di Masjid Pulau Melaka berhampiran rumahnya setiap malam khamis dan malam jumaat. Ketiga-tiga program tersebut merupakan jadual tetap TGNA yang dihadiri olh ribuan muridnya.

Tahniah kepad Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan rakyat negeri Kelantan Darul-Naim semoga semuanya mendapat rahmat dan berkat dari Allah Taala.

اللَّـهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ، وَ لا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّـهِ

Ya Allah , tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau , dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, Tiada upaya melainkan dengan Allah swt

Elok juga kita doakan dengan lafaz doa yg mulia:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْـبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَ سُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَـةِ الأَعْدَاءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadha` dan kegembiraan musuh ( terhadap masalahku .)

~~pak bakaq, kadang2 Allah menduga orang beriman secara bersemuka, kadang2 secara senyap dan kadang2 kedua2nya sekali. Namun Allah dah sebut (al-mulk 2) Dia menguji kita dari tiada kepada hidup ini..demi 'siapa paling baik amalannya'..paling taqwa dan taat...kita diberi pandai menilai yg selapis, apa yg tersirat kita tidak tahu. selagi kita berpegang dengan iman dan islam, insya Allah kita sejahtera. aslam taslim. serabut tu memang ada, namun perjuangan..amba rasa akan semakin kuat bagi jemaah Islam satu2nya ini dalam menyuci dan meluruskan perjuangan..haiya 'lalfalaah. tak usah panik..

Pelbagai cara dan ikhtiar akan dilakukan oleh pihak yang bermusuhan untuk menjatuhkan pihak lawannya. Seminggu ini isu yang hangat diperkatakan terutama oleh media massa arus perdana ialah Parti Islam Se Malaysia (PAS) telah menggunakan kaedah 'Bai'ah' yang agak luar biasa bagi sesetengah orang (isteri PM juga ikut bersuara menyatakan tidak boleh dicampur-adukkan politik dengan rumahtangga!)

Selain menggunakan kalimat sumpah dengan nama Allah, pihak PAS dkatakan menggunakan semacam taklik akan tertalaq-tigalah jika wakil rakyatnya melompat ke parti lain atau meninggalkan perjuangan PAS.

Seperti biasalah keadaan dikecohkan oleh para pencuri peluang untuk mengacau suasana. Sengaja mahu mnegeruhkannya, bertujuan pihak pembangkang ditimpa tohmahan buruk oleh masyarakat maka hal itu dijadikan isu serta segera dihangatkan oleh setan-setan pemecah-belah jemaah Islam. Mereka sudah tentu akan berkompromi dengan si jahil yang akan memberi pandangan lebih serong di depan forum masyarakat.

Telah muncullah pengulas-pengulas yang memang menunggu untuk membantai PAS hingga memerlukan campurtangan pihak mufti atau penguasa agama Islam. Kadang-kadang pandangan juga dikutip di tepi-tepi jalan termasuk golongan artis bagi menyuburkan kebencian mereka terhadap PAS, satu-satunya parti/jemaah Islam tu. Ada yang mengatakan ianya suatu paksaan yang tidak munasabah, menuduh PAS menyekat kebebasan manusia dan menghina kedudukan kaum isteri.

Pihak individu dan media massa (demi melariskan akbar mereka) telah menghangatkan isu konon 'perbuatan aneh dan keji' dengan harapan merosakkan lagi reputasi parti PAS. Berusahalah pula pihak PAS menjawab masalah itu mengikut salurannya yang terbatas. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali telah menyelamatkan keadaan dengan menjelaskan perkara sebenar di samping menyebut pihak Umno-BN juga ada cara sumpah ikrarnya.

Para wakil rakyat Umno-Barisan Nasional dikatakan akan diminta menandatangani borang kosong tanpa tarikh demi meyelamatkan juga YB mereka dari melompat parti. Datuk Mustafa juga memberitahu pihak PAS telah lama membuat 'Bai'ah' agar YB-YBnya tidak mudah dibeli oleh orang lain khususnya oleh pihak Barisan Nasional, tetapi bukanlah bertaklik hingga tertalaqnya isteri yang dikasihi.......



Semacam sudah jadi fitrah setiap sesuatu yang baru akan bertentangan dengan yang lama. Zaman jahiliyah sebelum para rasul khususnya rasul-rasul 'Ulul-'Azmi' umat manusia menyembah selain Allah, bertuhankan manusia atau berhala. Mereka bersyariatkan hawa nafsu. Kedatangan para rasul tersebut mendakwah 'perkara baru' bagi mereka agar beriman kepada Allah, menerima kerasulan dan bersyariat menurut ajaran para rasul tersebut. Telah sekian lama mereka hidup di dalam kesesatan dan didodoi pula oleh nenek moyang mereka dengan adat istiadat ritualnya.

Maka para rasul ditentang malah ada yang diperangi hingga dibunuh (sila rujuk tafsiran Surah Yaasiin). Sirah para rasul mencatatkan kebejatan dan kezaliman umat hinggalah mereka dimurkai Allah dan ditimpa bala. Di zaman Rasulullah s.a.w, baginda ditentang oleh kaum baginda termasuk daripada kalangan saudara mara sendiri. Peristiwa Hijrah adalah mercu tanda 'furqan' atau pemisahan dari kegelapan kepada cahaya. Rasulullah s.a.w terus menyampaikan tablighnya, disambung oleh para sahabat, tabiin dan pengikut tabiin hinggalah para ulama kemudiannya hingga kini di zaman moden.

Jadi tidak hairanlah kalau dikatakan para pemimpin sejati Islam, para pendokong perjuangan Rabbani dan para pendakwah kearah Iman, Islam dan Ihsan kini berada di kandang orang salah a.k.a orang kena tuduh (OKT) yang menunggu masa untuk dihukum 'salah'nya atau dizalimi. Jadi para pejuang tadi mestilah beristiqamah, sabar, redha dan memiliki sifat-sifat mahmudah selaku hamba Allah yang menerima ujian!


ASY-SYAHID SYED QUTB SEBELUM KE TALI GANTUNG





Penyakit manusia ni tidak seperkara dua. Macam-macam. Penyakit badani, penyakit rohani dan penyakit perasaan. Kisah orang-orang politik berpenyakit lagi teruk. Penyakit biasa, penyakit yang perlu diubati secara manual, penyakit kena temui dukun, penyakit meroyan; sama ada kronik atau tidak kronik.

Kisah mereka berpenyakit 'politik wang' a.k.a rasuah hingga jatuh maruah, berebut kerusi, makan tanggung, bermusuh sesama sendiri dan melompat parti sudah menjadi semacam amalan biasa. Mereka dah lupa agama, budaya dan peri kemanusiaan.

Akibat dari pelbagai tanggungan penyakit itu, rakyat juga akan terasa sengal-pedihnya malah ikut menanggung kronik sukar diubati. Lebih teruk jika rakyat sesama rakyat berkekah-balah; pemimpin pula bertepuk tangan dan mengambil kesempatan. Fenomena beginilah yang ditulis dan dicetak dalam buku-buku sejarah segenap bangsa. Penyakit sebegini jualah yang merugi dan memusnahkan prasarana tamadun bangsa tersebut.

Dalam masyarakat Malaysia ada terdapat sosok=sosok sakit yang menjadi mitos dan mercu tanda kepada penyakit kronik sukar dipulihkan itu. Sikap Mat Jenin, Pak Pandir, Pak Kaduk, Si Luncai, Lebai Malang malah termasuk juga Si Tanggang, Sang Kelembai, Badang dan Awang Buntal. Mereka ada wujud sepanjang zaman. Mereka bernafas dengan nama lain dan berlokasi dari teratak buruk di desa hinggalah ke Putrajaya dan istana.

Siapakah yang akan menjadi munsyi (reformer), mursyid (leader), tabib (doctor), penggerak (motivator) atau sifu bagi memulihkan penyakit-penyakit itu sebelum yang menjadi wabak dan lebih kronik yang boleh menamatkan sebuah negara bangsa.

Selalunya orang yang memanjat tinggi risikonya lebih dahsyat dari orang yang tidak memanjat atau orang yang memanjat rendah. Amat malang kalau ada yang jatuh.

Rasa sakitnya sudah tentu berbeza. Almarhum Mat Jenin terjatuh mati akibat sambil memanjat tinggi dia telah memasang angan-angan yang tidak munasabah dengan dirinya. Hingga tiba saat mahu mendakap kemas puteri raja, okey juga. Batang Kelapa semakin kemas dieratnya. Bila tuan puteri bangun dan berundur dari katil mimpinya Mat Jenin melapaskan tangun mahu mencapai tangan tuan puteri impiannya. Akibatnya Mat Jenin terjatuh hingga mati di atas bumi nyata..

Kata setengah orang, orang-orang politik ramai yang memasang angan-angan melebihi kudrat yang ada. Akhirnya mereka gagal dan meninggalkan kesan buruk bagi diri dan rakyatnya.