Ada golongan yang mencadangkan agar identiti bangsa, kaum dan agama dihapuskan? Apa akan jadi dan apa yang tinggal kepada bangsa asal yang memiliki bumi bertuah ini? Hilang bahasa hilang bangsa. Walaupun cadangan bagi meniadakan identiti itu pada borang-borang resmi sahaja, namun impaknya akan merugikan bumiputera sendiri.

Ketua Satu GAPENA, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Husein menegaskan jika cadangan itu dilaksanakan bermakna kita sengaja mahu mensia-siakan perjuangan mengangkat status bumiputera dan mengikis keistimewaan yang sewajarnya dipertahankan. (baca di sini...)

TPM: Adakah kerana konsep 1Malaysia maka semakin banyak perkara mahu ditolak-ansurkan. Hak dan keistimewaan bangsa 'Malay' yang kekal pada nama negara Malaysia itu mahu digugatkan lagi? Dari nama Persekutuan Tanah Melayu @ Malaya kini Malaysia; akankah dinafikan pula identiti bangsa, kaum dan agama? Siapa yang akan beruntung dan siapa pula yang akan rugi? Apa perlu sangatkah dipecat-tanggal identiti itu hingga manusia rakyat Malaysia menjadi bagai kueh satu acuan, padahal semua negara lain masih/ tetap menghormati bangsa dan kaum masing-masing. Cadangan itu akan merugikan kita jua akhirnya jika benar dilaksanakan.

Pas untuk semua

TAHNIAH KEPADA PAS. Tahniah buat YB Hj Salleh Man wakil rakyat baru di kawasan DUN N11 Permatang Pasir. Keputusan bergaya berpihak kepada Parti Islam SeMalaysia. Berjaya mempertahankan kerusi dalam pilihan raya kecil yang berdepan dengan Barisan Nasional 1Malaysia adalah menakjubkan. ( lihat di sini...) dan (baca di sini...)

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang sekali lagi memilih 'hari berkerja' untuk rakyat tempatan membuang undi semacam punya niat karenah tertentu. Beberapa tegahan dan pantang larang baru juga semacam sengaja diwujudkan buat menekan golongan terbabit dengan kempen pembangkang. Peranan media arus perdana milik UBN sangat ligat memapar kelemahan kepimpinan parti pembangkang PR khususnya PAS. Majlis Fatwa Kebangsaan juga ikut berfatwa tiba-tiba tentang syurga neraka.

Seperti biasa juak-juak BN menabur harapan besar 'yakin menang'. Cuma tidak kedengaran projek 'mee segera' dan janji jambatan. Ketua Penerangan UMNO saja yang berkokok: Permatang Pasir akan jadi anak emas kalau diberi peluang menang! Takut sangat PAS akan menang berganda, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin terus menuding jari ada 3000 lebih 'pengundi hantu' dibawa masuk oleh parti lawannya. Pehhh.

Ramadhan tahun 2H, tentera Islam 313 orang berjaya mempertahankan Madinah dari serangan musyrikin 1000 orang lebih di Badar. Perang di Uhud pada Ramadhan tahun 4H, sekali lagi Madinah Rasulullah dan sekutu muhajirin dan ansar berjaya mempertahankan Islam; kali ini 4hb Ramadhan 1430H bersama 25 Ogos 2009M Parti Islam Se Malaysia (PAS) berjaya mempertahankan kerusi DUN N11 Permatang Pasir dari cerobohan Barisan Nasional yang serba canggih, sombong dan auta.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Kini YB Permatang Pasir


"Aku hidup di sini sudah lebih tujuh puluh tahun. Banyak manis aku telan. Tidak kurang juga pahit aku rasa. Pendek kata serba-serbi aku lalui bersama Manek Urai. Dan inilah kali pertama dalam kempen sejarah pilihan raya aku dengar dijanjikan dengan anak emas.

"Siapapun boleh berjanji, lidah tidak bertulang. Tapi natijahnya seringkali janji tinggal janji. Masa nak pilihan raya berduyun-duyun mari. Selepas itu hilang entah ke mana, kalau panjang umur lima tahun pula bertemu," katanya membuatkan kedai kopi riuh rendah dengan suara penduduk Manek Urai. Itu kisah lebih sebulan lalu sebelum PRK Manek Urai Kelantan.

Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri dalam kempennya di Manek Urai menyebut janji akan menjadikan MU sebagai 'Anak Emas' kerajaan pusat selain Kota Agropolitan bagi penghasilan taninya.

Untuk PRK N11 DUN Permatang Pasir 25 Ogos 2009, Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan pula menjanjikan 'Anak Emas' buat Permatang Pasir. Katanya, dengan gelaran itu penduduk PP akan mendapat keutamaan dalam pelbagai urusan dengan kerajaan. " Sebagai contoh, jika ada masalah dengan mana-mana agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita akan pastikan ia diselesaikan dengan segera kerana mereka anak emas kita ".

"Selain itu pinjaman penjaja kecil TEKUN atau mara yang dah lama tertunggak, kita akan selesaikan segera ataupun ada antara anak-anak mereka hendak masuk U tetapi ada kekurangan sedikit, kami akan cuba bantu dan utamakan mereka". .." Mereka akan jadi lima pilihan teratas untuk kita membantu menyelesaikan masalah mereka, inilah kelebihan jadi anak emas kepada BN". Katanya kepada pemberita..





TPM: Amboi, sedapnya mulut menjanjikan Anak Emas buat penduduk dan pengundi-
pengundi di kedua PRK itu. Baik betul orang-orang besar Umno ni. Ditawarkannya
bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat @ Welfare buat merayu undi. Tanpa
segan silu mereka merasuah dengan janji manis, hingga budak nak masuk U pun
dioffer-bantuan...padahal budak-budak tu dah lama mengisi universiti. TEKUN atau
pinjaman Mara akan diberi segera kepada penjaja kecil. Itukah saja yang akan
dibantu? Nanti tak cemburukah rakyat kawasan DUN berjiranan bila PP jadi
anak emas?

Abang Mat Maslan nampaknya lebih hebat dari Mike Tyson mantan Ketua Penerangan
UMNO yang dulu. Tak apa abang Mat masih muda dan tengah cari tangga untuk ke atas.
Berjanjilah apa jua tika merayu undi itu...
anak emas ker anak intan payung ker...
asalkan munasabah dengan cara dan ketikanya.






Tentera Israel Dagang Organ Palestin ~~~Kosmo !


KEADAAN jenazah Bilal Achmed Ghanan, 19, yang didakwa dilapah tentera Israel untuk dijual di AS.


BAITULMAQDIS - Kekejaman tentera Israel bukan sekadar menyekat kemasukan makanan ke wilayah Gaza malah mereka dipercayai melapah organ penduduk Palestin untuk diperdagangkan.


Akhbar Sweden, Aftonbladet pada Isnin lalu mendakwa, wujud kaitan antara tuduhan tersebut dengan penahanan seorang lelaki Yahudi warga Amerika Syarikat (AS) berhubung penyeludupan organ manusia baru-baru ini.


Di bawah tajuk Anak-anak kami dibunuh kerana organ mereka, akhbar tersebut menyiarkan gambar jenazah seorang pemuda Palestin yang dipenuhi jahitan pada dadanya. Gambar tersebut dirakam selepas satu bedah siasat.


Lelaki Yahudi itu didakwa cuba mengimport satu ginjal dari warga Israel untuk dijual kepada seorang pesakit AS dengan harga mencecah AS$160,000 (RM567,400).


Penulis artikel itu, Donald Bostrom mendakwa ia ditulis berdasarkan keterangan beberapa penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza yang dikenali hanya dengan nama pertama mereka.


Menurutnya, terdapat kekurangan organ untuk pembedahan pemindahan di Israel pada masa kini dan rejim Zionis pernah melancarkan kempen menderma organ pada 1992.


"Ketika kempen ini diadakan, ramai pemuda Palestin hilang dan jenazah mereka dihantar pulang beberapa hari kemudian dengan kesan dilapah," katanya. - AFP


TPM: Menyayat hati. Marah dan benci. Celaka Yahudi !


Bagai tiada bahasa lagi untuk kita kutuk Yahudi kutuk Israel. Kabar terbaru ini, menunjukkan mereka amat melampau. Selain membunuh, mereka makan mayat saudara kita itu. Menjual organ-organ manusia sebagai satu pendapatan, jelas menunjukkan betapa jahatnya mereka. Mereka adalah ' spesis orang makan orang !'. Kegiatan Zionist Yahudi ini merupakan satu lagi sifat ganas melampau yang melanggar apa jua tahap adab ketamadunan manusia. Mereka selama ini pun tidak memperduli adab, moral dan ketamadunan manusia. Nabi-nabi mereka sendiri pun mereka bunuh, apa agi yang ada pada orang lain?


Dari jauh, kita hanya upaya menadah tangan memohon Allah satukan hati dan minda umat Islam di dunia kini. Berpadu menentang kebejatan Zionist itu, menentang penyokong-penyokongnya dengan semangat, harta dan nyawa serta menyahut seruan Allah...jangan berpecah-belah dalam menentang kezaliman dan kekufuran.


SALAM RAMADHAN KAREEM





Masalahnya ialah war-war dari wartawan. Warta-warta dari wartawan inilah yang boleh
menimbulkan keresahan dalam masyarakat. Sudah banyak cerita kita dengar dan kita baca
tentang karenah gosip liar, peranan paparazi, cereka orang surat kabar dan putar belit
wartawan ketika mengendalikan berita atau cerita.

Kabar, berita atau ulasan dari pihak wartawan berkepentinganlah yang menimbulkan minda
masyarakat akan jadi haru-biru. Apabila benda baik dilapor buruk oleh akhbar maka masyarakat
pembaca akan ikut menerima berita buruk itu. Begitu juga perkara buruk yang dilaporkan baik oleh
pihak akhbar maka masyarakat akan menelan keburukan itu seperti mana laporan akhbar. Maka akibatnya
akan terpesonglah minda rakyat atau masyarakat.

Pihak akhbar boleh juga dianggap pengadu domba, pengumpat dan penyebar fitnah nombor satu
kerana harganya murah dan akan dibuang selepas ditatap; namun adu-domba, umpatan dan fitnah
yang tersebar boleh merosakkan masyarakat hingga berupaya menimbulkan kacau-bilau.




Ogos 17, 09 11:14am ~~Malaysiakini

Wabak selesema A (H1N1) memakan dua lagi korban, seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun dan seorang nenek berusia 74 tahun, menjadikan jumlah kematian 64 kes, setakat ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 384 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhannya 4,225 kes.

Selasa lepas, jumlah keseluruhan dicatat sebanyak 2,253 kes dengan 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari, waktu itu.

Pendedahan perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak dan luar biasa - kira-kira 2,000 kes dalam tempoh seminggu.

TPM: Pada 9 Ogos 2009 direkodkan 26 kematian akibat wabak flubabi ni. Semalam 16 Ogos 2009 dicatatkan korban penyakit yang cepat merebak ini meningkat 62 orang. Seminggu saja bilangan itu bertambah tinggi. Hari ini (hingga tengah hari) saja bilangan / jumlah kematian menjadi 64 orang seperti laporan Malaysiakini di atas.

Mangsa yang meninggal dunia diberitahu jantina dan usianya. Yang misterinya kenapa tempat berlakunya kematian itu tidak dilaporkan? Ada something wrong some where ker?
Malam tadi saya menerima SMS dari seorang kawan yang mencatatkan:

Salam. Sekarang mangsa selsema babi dah cecah 41 orang meninggal setakat semalam. So kita kena serius cegah bukan merawat. Antibodi badan kita hendaklah kuat, mengikut amalan perubatan yang dirahsiakan oleh bangsa lain MEMAKAN BAWANG PUTIH sebanyak mungkin bersama makanan harian lain adalah antibodi terbaik untuk mencegah penularan ini. Tolong sebarkan mesej ini kepada yang tersayang.Kita tidak tahu mangsa yang seterusnya. Kita mesti serius sebab kenapa orang melayu yang ramai mati.

"Ayuh cabar saya" - DS Anwar Ibrahim

Mohd Khalil Abdullah~~HarakahDaily.
Thu | Aug 13, 09 | 1:01:15 pm MY




KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Setiap wajah jelas menampakkan reaksi ingin tahu. Bukan satu, bukan juga puluhan, malah bukan jua ratusan tetapi ribuan membanjiri lokasi ceramah untuk mendengar sendiri daripada Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Isu khianat menjadi tumpuan. Semua yang hadir menanti apakah jawapan Anwar terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh Umno sejak kebelakangan ini.

Beralaskan akhbar lama, ada yang baru, masing-masing mencari tempat strategik untuk mendengar sendiri jawapan daripada mantan Timbalan Perdana Menteri itu.


"Kalau saya ambil saham Bumiputera, 1 inci tanah kerajaan, 1 kontrak untuk diri saya, Azizah dan anak- anak, kalau boleh cabar saya. Pejuang- pejuang Umno Barisan Nasional, handal- handal belaka. Menteri mereka menghunus keris. Tanya dia kalau kamu pembela Melayu, ada atau tidak kamu ambil saham bumiputera ? Wang berpuluh juta yang diambil untuk keluarga mereka dan kroni mereka?," soal Anwar semasa berceramah di Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini.


"Bukit Tinggi ? Gunung Genting? Diserah pada tauke judi. Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananda Krishnan. Diberikan syarikat dan dia jadi jutawan dalam masa yang singkat. Tauke- tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Jangan cabar saya. Kalau orang Umno kata ini adalah fitnah, ayuh cabar saya. Saya akan jumpa dan jelaskan satu persatu," tambah Anwar lagi.


Beliau menyatakan kehairanannya mengapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terlalu mengamalkan perjuangan yang sarat dengan hasad dengki dan permusuhan peribadi yang melampau-lampau.


Bagi Anwar, adalah dosa yang besar untuk seseorang pemimpin itu merampas hak rakyat dan harta negara yang sepatutnya diagihkan kepada secara adil dan saksama.


"Kita hendak tanya pada mereka. Mengapa pemimpin Umno ambil sikap bermusuh begitu sekali ? Ingat senang untuk panggil orang pengkhianat bangsa? Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaum Melayu menderita. Dan dia kata untuk dirinya. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita? Kenapa pemimpin Umno mengambil sikap yang rakus, zalim, sombong dan angkuh?" soal Anwar.


Sebaliknya Anwar menegaskan Umno dan BNlah yang bertanggungjawab menjadikan orang melayu sehingga kini masih terkurung dalam mentaliti lama.


"Orang Melayu diperbodohkan kerana Umno hanya akan berkuasa dan kekal berkuasa bila sekiranya orang Melayu tidak tahu maklumatnya," ujar Anwar.


Beliau juga mempertikaikan rasionalnya slogan 1Malaysia yang canang hebat oleh Perdana Menteri. Umno-BN mencanangkan 1Malaysia namun dalam masa yang sama meniupkan api perkauman supaya Melayu dan bukan Melayu saling benci- membenci.


"1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknyanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil,"jelasnya.


"Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang masyhur minyak begitu besar ? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?,"soal Anwar lagi. - mks._HarakahDaily.


" Tuhan kita adalah Allah yang di langit, Maha Suci nama-Mu dan urusan-Mu di langit dan di bumi. Sebagaiman rahmat-Mu di langit, maka jadikanlah rahmat-Mu di bumi dan ampunilah dosa dan kesilapan kami. Engkau adalah penjaga orang-orang yang baik, turunkanlah rahmat-Mu dari sisi-Mu dan turunkanlah kesembuhan akan penyakit ini." Aamiin.



Kita tabik hormat kepada Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor merangkap Pengerusi JK Tetap Hal Ehwal Agama, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Neg Selangor. Datuk Hasan cukup amanah dengan tugas bertanggungjawab dengan kerja. Itulah kuasa politik bercampur kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab. Selaku hamba Allah yang beriman dan wakil rakyat yang punya keyakinan, Datuk berani kerana benar. Kuasa yang sedikit itu Datuk telah gunakan dengan cermat sepenuhnya. Datuk punya alasan yang kuat. (di sini...)

Islam agama samawi yang benar ini dan agama-agama yang mementingkan kewarasan akal menolak penggunaan arak, bahan memabukkan itu. Taklifnya manusia terletak 'aqil dan baligh. Islam mengangkat tinggi manusia mu'min yang bijak dan waras. Manakala orang yang tidak waras dan/atau mabuk seseorang manusia itu setaraf haiwan atau lebih hina. Maka itu arak diharamkan dan disahkan najis.

Sangat tidak waras jika ada manusia yang mempertahankan perniagaan benda yang haram, najis dan menghilangkan sifat original kemanusaan itu demi keuntungan pendapatan. Seseorang yang minum arak diqisaskan dengan hukuman tertentu. Staf yang terlibat dengan arak semuanya berdosa. Amalan 'kabair' @ dosa besar meminum arak disebut sebagai ibu segala maksiat. Allah Taala menyebutnya sebagai amalan 'rijsun' seamalan dengan syaitan.

Wajar dan wajib kita menyokong tindakan Datuk Dr Hasan ; hingga kita perlu bermufaraqah dari pakatan dengan pendokong-pendokong minuman cap kepala anjing itu jika mereka berdegil.

Blogger United
Blogger United

Khairy Jamaluddin sebenarnya mahu lagakan antara PAS dengan DAP di Pulau Pinang. Dia mahu kerajaan Pakatan Rakyat bertelagah sama sendiri dengan membangkitkan isu remeh temeh.

khairy_liabiliti.jpg

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa PAS wajar keluar daripada Pakatan Rakyat ternyata satu usaha terdesak, Umno kini semakin kehilangan modal dalam menarik sokongan rakyat dan semakin pupus pengaruh politik di peringat nasional.


Sebenarnya Umno terlebih berhak dan wajar untuk keluar daripada BN dan menyertai PAS sebagai sebuah gerakan Islam jika sekiranya Umno benar-benar ikhlas mahu membela serta memelihara kesucian agama Islam.

Hujah KJ bahawa PAS terpingir dalam Pakatan Rakyat semata-mata kerana ADUN PAS di Pulau Pinang tidak diberi Jawatan Exco lalu menggesa supaya PAS keluar dari PR adalah hujah yang menjerut leher beliau sendiri kerana Khairy Jamaludin sendiri selaku Ketua Pergerakan Pemuda Umno tidak dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri dalam kebinet Dato' Seri Najib Tun Razak.

Begitulah singkatnya pemikiran KJ dengan sifat Melayu mudah lupanya. Tak malu.


Jumat, 7 Agu '09 05:26

SAJAK SEBATANG LISONG

menghisap sebatang lisong
melihat Indonesia Raya
mendengar 130 juta rakyat
dan di langit
dua tiga cukung mengangkang
berak di atas kepala mereka

matahari terbit
fajar tiba
dan aku melihat delapan juta kanak - kanak
tanpa pendidikan

aku bertanya
tetapi pertanyaanku
membenturi meja-meja kekuasaan yang macet
dan papantulis - papantulis para pendidik
yang terlepas dari persoalan kehidupan

delapan juta kanak - kanak
menghadapi satu jalan panjang
tanpa pilihan
tanpa pepohonan
tanpa dangau persinggahan
tanpa ada bayangan hujungnya

menghisap udara
yang disemprot deodorant
aku melihat sarjana - sarjana menganggur
berpeluh di jalan raya
aku melihat wanita-wanita bunting
antri uang pensiunan

dan di langit
para teknokrat berkata :

bahwa bangsa kita adalah malas
bahwa bangsa mesti dibangun
mesti di up-grade
disesuaikan dengan teknologi yang diimport

gunung - gunung menjulang
langit pesta warna di dalam senjakala
dan aku melihat
protes yang terpendam
terhimpit di bawah tilam

aku bertanya
tetapi pertanyaanku
membentur jidat para penyair salon
yang bersajak tentang anggur dan rembulan
sementara ketidak adilan terjadi di sampingnya
dan delapan juta kanak - kanak tanpa pendidikan
termangu - mangu di kaki dewi kesenian

bunga - bunga bangsa tahun depan
berkunang - kunang pandang matanya
di bawah iklan berlampu neon
berjuta - juta harapan ibu dan bapak
menjadi gemalau suara yang kacau
menjadi karang di bawah muka samudra

kita mesti berhenti membeli rumus - rumus asing
diktat - diktat hanya boleh memberi metode
tetapi kita sendiri mesti merumuskan keadaan
kita mesti keluar ke jalan raya
keluar ke desa - desa
mencatat sendiri semua gejala
dan menghayati persoalan yang nyata

inilah sajakku
pamplet masa darurat
apakah artinya renda-renda kesenian
bila terpisah dari derita lingkungan
apakah artinya berpikir
bila terpisah dari masalah kehidupan
kepadamu aku bertanya.


(WS Rendra, ITB - 19 Agustus 1977)

TPM: Sajak ini salah satu pesaka almarhum. Cukup merangsang dan menggigit. Dia tahu alam, masyarakat marhein dan kita semua. Dia kenal keperluan, titik peluh dan hasil pengejaran semua orang. Itu WS Rendra milik bukan sahaja Indonesia, almarhum bersuara keras mahu kesejahteraan melindung semua manusia.

Rendra Sepenggalan Bait

Hidup tidaklah untuk mengeluh dan mengaduh....Hidup adalah untuk mengolah hidup/bekerja membalik tanah/memasuki rahasia langit dan samodra/serta mencipta dan mengukir dunia/Kita menyandang tugas/kerna tugas adalah tugas/Bukannya demi sorga atau neraka/Tetapi de mi kehormatan seorang manusia//Kerna sesungguhnyalah kita bukan debu/meski kita telah reyot, tua renta dan kelabu/Kita dalah kepribadian/dan harga kita adalah kehormatan kita/Tolehlah lagi ke belakang/ke masa silam yang tak seorang pun kuasa menghapusnya....

(W.S. RENDRA)

TPM: Alangkah baiknya kita mengenali hidup dan mengetahui mati.
Rendra bersajak tegas dan telus sambil berani menempelak masyarakat yang tempang!

Patriotik vs Non-Patriotik
Posted on Monday, August 03 @ 23:30:00 PDT by AbuJihad
Artikel Oleh: anoi

Oleh Prof Hj Sabirin Ehsan

Saya sangat terkejut dengat kenyataan Tan Sri Mahyuddin Yasin dalam akhbar Utusan Malaysia pada 3hb Ogos 2009 yang menuduh Dato' Sri Anwar Ibrahim sebagai Pengkhianat! Ini bukanlah kali pertama DSAI dtuduh dan dicerca sedemikian. Tun Dr Mahathir sendiri pernah melemparkan tuduhan sebegini samada secara langsung atau tidak langsung kepada DSAI. DSAI pernah dituduh sebagai agen Amerika dan pelbagai tuduhan keji lagi.

Persolannya; adakah dengan mengambil sikap menolak ISA dan mengadakan himpunan aman menentang kekejaman, kekerasan dan ketidakadilan ISA merupakan satu perbuatan khianat kepada negara? Adakah dengan menyeru orang ramai dan memberikan kefahaman kpd orang ramai tentang bahaya dan dan kemudhratan undang2 ISA kepada rakyat menjadi satu jenayah yang setaraf dengan pengkhianat negara?

Bagaimana dengan mereka yang telah mengambil jutaan ribu ringgit komisyen pembelian pesawar terbang dan kapalselam bukan merupakan pengkhianat negara. Bagaimana pula mereka yang telah mengakibatkan kegian billion ringgit diatas kertas disebabkan spekulasi matawang bukan seorang pengkhianat negara? Bagaimana pula dengan mereka yang terlibat melakukan pembunuhan untuk berada dipuncak kuasa, bukan seorang pengkhianat?

Persoalan ini amat menekan fikiran kita? Berjuang demi hak-hak yang ada dalam sistem demokrasi terpaksa menghadapi tuduhan sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara. Tidakkah mereka yang telah menghapuskan bahasa melayu dalam pengajaran sains dan matematik lebih dari pengkhianat? Tidakkah mereka yang menolah hukum hudud dan memperlekehkan hukum Allah merupakan pengkhianat kepada agamanya?

Rakyat perlukan jawapannya!!!"~~TKOnline.

TPM: Geger riuh sebelum ini pihak Umno apabila TGNA mengatakan "Pergi jahanam dengan Umno". Mereka terkejut parah dengan kenyataan Tok Guru itu. TGNA sebenarnya membalas putar-belit @ otak payah faham Muhyiddin ketika mengulas berita TGNA bersalam dengan Tok Pa dalam satu majlis perasmian bersama di Kota Bharu yang sama-sama kena hadiri.

Muhyiddin mengatakan pihaknya akan membincangkan 'kerjasama' dan 'nak berbaiknya Nik Aziz /Pas dengan Umno' pada mesyuarat MT Umno yang akan diadakan hujung bulan Julai lalu...(dah lepas). TGNA sambil menafikan motif berbaik dan berkerjasama dengan Umno, lalu mencetus ayat 'pergi jahanam dengan Umno' kesan emosi beliau terhadap putar-belit Tok Pa, Muhyiddin dan kekuncunya media mass arus perdana.

Terbaru, Muhyiddin pula bercelupar menuduh DS Anwar Ibrahim Penasihat Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia (yang banyak kali menjadi Orang Kena Tuduh @ OKT sejak dulu-dulu) sebagai 'Pengkhianat' berikutan perhimpunan membantah ISA sabtu lepas. DSAI telah meminta Muhyiddin menarik balik kenyataannya itu secara terbuka atau akan berdepan dengan saman RM100juta, namun TPM itu berkata dia tidak akan memohon maaf!

Nampaknya Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yasin merangkap Timbalan Presiden Umno ini juga menempah jawatan 'OKT' sebagai tambahan terhadap tuduhan-tuduhan yang pernah diterimanya semasa menjadi MB Johor dahulu.

Ya, bagaimana pula dengan pengkhianat-pengkhianat yang sudah terbukti dan sahih menyalah-gunakan diri sendiri dan memakan jutaan ringgit semasa berkuasa. Mereka sebenarnya pengkhianat, baik kepada agama, negara, rakyat atau masa depan generasi? Mereka masih banyak yang bebas dan berlegar dalam negara 1Malaysia sebagaimana wabak selsema babi @ Influenza A H1N1.


1Malaysiaku:

2Ogos09- Seperti yang diagakkan, media arus perdana mencanangkan perhimpunan anjuran GMI semalam..Gagal! Kehadiran diberitakan hanya 5-6 ribu sahaja. Itu bilangan oleh pihak yang punya sebelah mata tetapi ada dua mulut serta tidak pandai mencongak! Selagi tiada keadilan, selagi itulah rakyat memberang.

Pihak polis berjaya menyekat perhimpunan menuju Istana Negara. Ramai ditahan termasuk pemimpin parti pembangkang. Perhimpunan aka tunjuk perasaan @ demonstrasi itu dituduh menyusahkan masyarakat, mengganggu ketenteraman, merugikan ekonomi dan menyedihkan suasana. Itu yang digemburkan oleh RTM pada kaca TV dan corong radio.

Walau apa pun, kerajaan (baca: Najib) tidak boleh memandang remeh sebab kejadian itu berlaku pasca 100 hari beliau bergembira menjadi Perdana Menteri. Banyak lagi barah dan bisul yang belum berubat sementara badan masih demam pasca PRU1 dan PRK-PRK hingga ke Manek Urai baru-baru ini. Barisan Nasional tidak wajar kecundang secara bersusun pada PRK, nanti akan dikatakan orang besar kemaluannya.

Setiap agenda selepas ini pihak kerajaan BN tidak boleh sewenang-wenang mahu bertindak. Tidak semua kehendak semua jadi, tidak semua kemahuan semua dapat! Penyakit mereka sesama Umno dan sesama BN pun masih berdenyut-denyut. Fenomena politik di negeri Perak dan negeri Terengganu masih memerluka penawar mujarab. Jika tidak ia akan cepat merebak semudah selsema babi aka Influenza A H1N1!!!


1Malaysiaku:

10gos09- Tercatat sejarah. Perhimpunan besar di lokasi tertentu bandaraya Kuala Lumpur oleh GMI menuntut ISA dimansukhkan oleh kerajaan berserta matalamat ke Istana Negara persembahkan memorandum berkaitan kepada Agong. Mulanya mahu diikut berhimpun ala demo oleh pro-Isa suguhan Ibrahim Ali dengan Perkasa dan Pewaris. GMI bertshirt hitam dan merah, manakala pro-ISA bertshirt putih. Bertembung dengan polis USP, gas pemedih mata dan semburan meriam air; kumpulan Pro-ISA 'kacau daun' alah awal. Pro-GMI bertahan hingga ke petang. Digamakkan oleh berita, perhimpunan berjaya ke bilangan 50,000 orang namun media perdana pro-kerajaan mencatatkan 5-6 ribu sahaja. Beberapa sosok pemimpin parti pembangkang ikut serta dikatakan akan disiasat oleh pihak polis. Tangkapan dibuat melebihi 500 orang, sebahagiannya dibebas awal.

Pada hari dan masa yang lebih kurang, PM DS Najib ke Kelantan disambut oleh MB Datuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di LT Sultan Ismail Petra. Sambutan hormat tuan rumah kepada tetamu. Pertemuan ketua Kerajaan Kelantan dengan Ketua Kerajaan Malaysia, bukan atas nama ketua parti! Najib selepas itu ke perasmian Mesyuarat Umno Bahagian Kota Bharu di Bangunan Umno.