Presiden Obama Mahu Kunjungi Kota Negara Islam.

WASHINGTON: Presiden Barack Obama memberitahu dunia Islam bahawa Amerika Syarikat bukan musuh mereka dan berikrar untuk mengunjungi sebuah ibu kota negara Islam untuk menyampaikan mesej itu.

Obama berkata beliau pernah tinggal di Indonesia beberapa tahun ketika kecil dan lawatan beliau ke negara Islam meyakinkannya bahawa semua orang, tidak kira fahaman masing-masing, memiliki harapan dan impian yang sama. "Saya mempunyai ahli keluarga yang beragama Islam. Saya pernah hidup di negara Islam." katanya.

"Tugas saya kepada dunia Islam ialah untuk meyakinkan mereka AS bukanlah musuh...kami kadang-kala silap, kami bukannya sempurna," katanya dalam satu temubual dengan rangkaian TV satelit, Al-Arabiya.

"Tetapi jika anda melihat kepada sejarah... Amerika bukanlah kuasa kolonial dan tidak ada sebab kita tidak boleh kembalikan hubungan serta penghormatan di antara Amerika dengan dunia Islam seperti 20 atau 30 tahun lalu."

Ketika kempen pilihan raya 2008 Obama berikrar untuk meningkatkan hubungan Amerika Syarikat dengan dunia Islam dan berkata bahawa beliau akan ke satu forum Islam utama di luar negara untuk menghantar mesej. "Kita akan merealisasikan komitmen agar saya berucap kepada dunia Islam dari satu ibu negara Islam," kata Obama dalam satu temubual. Beliau bagaimanapun tidak memberikan masa atau tempat bagi lawatannya itu ke sebuah ibu kota Islam.

Sementara itu, wakil khas AS ke Asia Barat, George Mitchell memulakan misinya mengunjungi Kaherah semalam selepas mendapat arahan daripada Obama supaya berusaha keras untuk mencapai perkembangan dalam rundingan damai di antara negara Arab dan Israel. Obama juga memberitahu Al-Arabiya, beliau tidak mahu berpura-pura bahawa kemajuan di Asia Barat boleh dicapai dengan pantas. � AF -Sumber Berita Harian.

TPM: George W Bush meninggalkan kerusi presiden AS dan Rumah Putih dengan imej seorang pengkhinat kemanusiaan, perusuh yang lahap darah, pemusnah keamanan, penjerut kebebasan dan juru laga ke arah peperangan yang punya sifat dendam yang tidak masuk akal. Dia adalah antogonis nombor satu menyumbang kejahatannya menerusi keganasan Zionis. 'Padan muka' Bush yang diterjah hina oleh kasut Muntazer Al-Zaidi ketika saat kunjungan terakhir selaku presiden AS ke Baghdad. Walaupun lontaran sepasang kasut itu tidak menepati 'jamrah' muka Bush, namun dunia tahu Bush dikencing malu di negara Saddam Husein itu.

Barrack Husein Obama menduduki kerusi 'cemar' presiden AS tinggalan Bush dengan sedikit harapan tersurat mahu mengubah dasar-dasar 'hewan' Bush. Sikapnya mahukan semua tentera AS balik membawa arang di muka akan dijalankan. Beliau telah pun menangani baik tahanan di neraka bikinan AS di Teluk Guantanamo. Pusat tahanan itu akan ditutup.

Obama juga berhasrat memperbaiki imej buruk AS di mata dunia Islam. Beliau akan memberitahu dan perbaharui ikrarnya itu melalui kunjungan ke sebuah kota negara Islam nanti.

Adakah langkah Obama itu menandakan satu halatuju kepada perdamaian dunia atau sekurang-kurangnya menyejukkan iklim dan suasana hangat Islamofobia oleh Barat? Adakah langkah seterusnya Mr President dari kulit hitam pertama AS itu dapat memutihkan kegelapan papan catur politik dunia kini, sedangkan regim rasis Israel telah memulakan semula tubi-tubi serangan ke atas Bumi Gaza seolah-olah 'bunga api' menyambut dan mentahniahkan Obama menjawat Presiden ke 44 Amerika Syarikat?

Tiga minggu serangan khianat regim Yahudi Israel itu mengorbankan hampir 1500 nyawa, mencedera parah beribu-ribu jiwa, mengancam jiwa penduduk Gaza dengan bahan kimia munisi fosforus putih serta menjahanam bangunan rumah, hospital, masjid, sekolah dan lain-lain pra-sarana. Tiga minggu serangan regim Israel itu adalah jenayah perangnya ke atas Gaza yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

Semoga Barrack Husein Obama, penguasa baru Rumah Putih itu boleh dan berdaya 'tidak menambahkan lagi sakit hati dunia Islam' kepada Amerika Syarikat.




25 January 2009
TSUNAMI PEMIMPIN BN SERTAI PR BERMULA ~ Ref Malaysiakini

Setelah BN dilanda Tsunami pada PRU 12, PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, hari ini BN dilanda Tsunami ke-4 di mana seorang ADUN Umno di Perak menyertai PKR. ADUN tersebut YB Dato' Nasaruddin Hashim telah mengisytiharkan keluar Umno dan menyertai PKR hari ini. Ramai percaya ini adalah permulaan Tsunami keempat iaitu penghijrahan beramai-ramai pemimpin BN menyertai PR selepas ini. YB Nasaruddin telah memulakan Tsunami dan ianya bakal diikuti oleh ramai lagi pemimpin dari semua komponen BN selepas ini.

Sesungguhnya penghijrahan ini merupakan suatu yang bersejarah kerana selama ini BN khususnya Umno sentiasa menafikan dakwaan bahawa akan ada YB yang berhijrah menyertai PR tetapi hari ini semuanya telah terbukti.

Kini BN semakin tertekan. Isu kematian Kugan, kes Altantuya yang kembali hangat, kekalahan di Kuala Terengganu, perselisihan antara Timbalan Menteri dan Polis, isu ekonomi, pengangguran dan sebagai benar-benar menjadi mimpi ngeri yang akan mempercepatkan lagi kejatuhan BN. Apakah mereka akan keluar dari Putra Jaya ikut pintu belakang kerana malu dan bertindak sebagai anak jantan keluar secara terhormat dari pusat pentadbiran kerajaan itu????
Posted by SOFI WAHAB, Mutaligat.

Desak perubahan - Kekalahan BN di Kuala Terengganu semalam telah mencetuskan desakan dari bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah supaya dilakukan perubahan segera dalam gabungan BN.


Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas naib presiden Umno itu menyifatkan BN "dimalukan" sekali lagi ekoran kekalahan semalam.

Katanya, walaupun BN kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu - yang juga terburuk dalam sejarah kerajaan - tetapi tidak nampak langsung sebarang perubahan asas dibuat untuk memperbaiki keadaan atau ia menunjukan BN tidak mengambil iktibar daripadanya. Malah, beliau melihat BN sekarang seolah-olah terambing ambing seperti sebuah bahtera tanpa nakhoda. - Sumber Malaysiakini.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pula berkata keputusan pilihanraya kecil semalam menunjukkan bahawa tsunami politik yang berlaku pada pilihanraya umum Mac tahun lalu, masih berterusan.

"Ia mengesahkan bahawa peralihan pradigma dalam politik Malaysia kira-kira 10 bulan yang lalu bukan secara kebetulan, tetapi mencerminkan inspirasi politik sebenar rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu menjadi satu amaran kepada Umno dan kepimpinannya mengenai akibat lebih teruk yang akan mereka terima jika masih berdegil tidak mahu mendengar desakan rakyat yang mahukan perubahan.

Menurutnya, keputusan itu juga harus dikaji secara terperinci, khususnya, mengenai impak isu hudud, terhadap pilihanraya kecil tersebut.Sumber: Malaysiakini.

PAS rampas kerusi Parlimen KT
Jan 17, 09 9:59am

Pengumuman rasmi dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan.
Bahawa calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Tiada pemimpin Umno kelihatan di Stadium negeri. Hanya calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan pemimpin dan penyokong PAS berada di situ.

kuala terengganu by election results 2009 170109 bm version

Kepala babi diletakkan di surau Akademi Islam, Universiti Malaya pagi ini? Kerja jahat berunsur fitnah besar dan berunsur hasutan ini merupakan cabaran kepada AIUM, semua mahasiswa khasnya dan umat Islam umumnya. Isu yang cukup mencabar kita ini wajib ditangani secara serius oleh kita semua. Dan kita amat simpati dengan fenomena yang terjadi di surau AIUM itu.

Ini adalah perbuatan khianat. Perbuatan khianat ini rasanya tidaklah bersifat perkauman tetapi bersifat fitnah kepartian. Kepala babi yang yang dibelah dua, diletakkan di atas bendera PAS, yang tertera PAS + PMI . Simbolik yang ingin menerangkan bahawa, PMI + PAS = BABI. Rasa seperti ingin mengalir air mata dan tercabar yang amat sangat kerana AIUM, rumah Allah dan umat Islam dihina sedemikian rupa.

Siapa yang melakukan perkara ini? Kepada siapa yang kita ingin tuduh?? Secara logiknya, tidak lain dan tidak bukan, ia dilakukan oleh mereka yang benci kepada PAS dan juga PMIUM. Logiknya mereka yang benci kepada PAS, PMIUM dan AIUM sahaja yang berani melakukan perkara sedemikian rupa. Siapa?? Mereka boleh jadi dari kalangan Pro-Aspirasi ( parti Pro Kerajaan di peringkat Universiti) dan juga Pro-Barisan Nasional (di peringkat nasional) Tidak kiralah pelaku daripada kalangan Pelajar UM sendiri, atau orang luar. Amatlah mustahil jika dilakukan oleh penyokong PMI dan PAS. Tidak masuk akal. Sangat tidak masuk akal. Kita bukan ingin melakukan tuduhan, tapi inilah kebarangkalian yang cukup besar.-Sumber Jilfityan.


PAS Desak Malaysia Usir Duta Amerika

- Irwam Muhammad Zain

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Hrkh) - PAS mendesak kerajaan segera mengusir Duta Amerika dari Malaysia kerana negara itu bersekongkol dengan Israel menyerang Gaza. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah tersebut sebagai tanda komitmen kita dalam isu keganasan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza.

"Jika kerajaan Malaysia serius membantah tindakan Israel dan apa yang dipersetujui Amerika, tindakan mengusir Duta Amerika perlu segera dilakukan". "Jika enggan berbuat demikian bermakna mereka (kerajaan Malaysia) merestui apa yang diputuskan oleh Amerika iaitu membenarkan Israel terus menyerang Gaza," tegas beliau. Jelas Mahfuz, tindakan sebegitu perlu dibuat selain dari tindakan memboikot barangan dari Amerika.

Selain mengusir Duta Amerika, PAS juga mendesak agar kerajaan Malaysia memanggil Duta Mesir dan mendesak Mesir agar membuka sempadan di Rafah agar bantuan dapat disalurkan kepada Palestin. "Jika Mesir enggan berbuat demikian, Malaysia boleh mendesak negara-negara OIC supaya memboikot Mesir," jelas Mahfuz.

Mahfuz tidak dapat hadir ke Mesyuarat Khas Dewan Rakyat membincangkan isu di Palestin hari ini menjalani pembedahan kecil Sabtu lalu dan masih berada di wad Hospital Besar Alor Star. - Sumber HarakahDaily.






Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan salawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, Yang Maha kuasa lagi Maha mengetahui
Sesungguh kezaliman hamba-hamba-Mu
telah tegak di negeri-Mu,
sehinggakeadilan dimatikan,
jalan-jalan kebaikan diputuskan
kebenaran dihapuskan,
kejujuran disia-siakan
kebajikan disembunyikan,
keburukan ditampakkan
ketakwaan direndahkan,
petunjuk dihilangkan
kebaikan dimusnahkan,
keburukan ditegakkan
krousakan dikembangkan,
kekufuran dikuatkan
kezaliman dihalalkan,
perubahan dimusuhi

Ya Allah, Tuhanku, Tuhan yang menguasai Alam dan seluruh isinya
Tidak ada yang dapat melepaskan kami dari semuanya kecuali kekuasaan-Mu
Tidak ada yang dapat melindungi kami dari semuanya kecuali anugerah-Mu

Ya Allah, Ya Aziz, Ya Jabbar,
Hancurkan kezaliman. Putuskan belenggu penindasan. Hancurkan pusat kemungkaran. Muliakan orang yang menghindari kezaliman. hancurkanlah akar-akar para pelaku kezaliman dan penindasan.Tutupkan kepada mereka kekurangan setelah mereka berlebihan. Dilepaskan orang yang terkurung.

Ya Allah, Ya Azim, Ya Maliki Yaumiddin

Segerakan kepada mereka kebinasaan.Porak-porandakan mereka dengan
perpecahan. Turunkan kepada mereka hukuman. Ambil nyawa kemungkaran. Sehingga tenanglah orang yang ketakutan. Tenteramlah orang yang kesulitan. Kenyanglah orang yang lapar. Dipelihara orang yang terlantar. Dilindungi orang yang terusir. Dikembalikan orang yang terbuang.

Supaya orang fakir dikayakan.
Orang yang meminta perlindungan dilindungi.
Orang besar dihormati, orang kecil disayangi.
Orang teraniaya dimuliakan,
Orang zalim dihinakan.
Orang kesusahan dibahagiakan.

Allahumma Yazaljalali wal Ikram

Lepaslah segala derita, dan hilanglah segala duka nestapa
Matikanlah lah pertikaian dan hidupkanlah kasih sayang
Pengetahuan menjulang tinggi dan perdamaian menyebar luas
Perpecahan disatukan dan ketenangan dikukuhkan
Iman diperkuatkan dan Al-Qur’an dibaca dan diamalkan
Sesungguh, Engkaulah Maha Pembalas, Pemberi nikmat, Penabur kurnia.

Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.


WAN FARID " BENAR-BENAR PILIHAN YANG SANGAT BURUK " - DR M

Abdul Aziz Mustafa
Mon | Jan 05, 09 |

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Hrkh) - Bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN/UMNO di dalam PRKecil P036 Kuala Terengganu 17 Jan 2009 nanti sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk".

"Pemilihan calon ini oleh Barisan Nasional benar-benar sangat buruk. Semua orang melihat beliau hanya sebagai proksi. Seseorang yang akan dipergunakan nanti jika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menjadi Perdana Menteri. Inilah orang-orang yang akan mengelilinginya," kata beliau menurut rakaman video Malaysiakini.

"Calon tersebut adalah pilihan Perdana Menteri (DS Abdullah Ahmad Badawi) kerana beliau berkerja dengan Perdana Menteri," Malaysian Insider pula memetik Dr Mahathir berkata.

Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2003. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, dan dilantik semula sebagai senator bulan lalu.

Wan Ahmad Farid meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri Jumaat lalu dan jawatan senator hari ini, untuk bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan. Sumber HarakahDaily.


Doha-Infopalestina : Ketua Asosia Ulama Dunia, DR. Yusuf Al-Qordhowi mengatakan, seluruh umat Islam dunia dari Jakarta hingga Rabat dituntut secara syar’i untuk melindungi dan mempertahankan Gaza.

Semua umat Islam diwajibkan bahu membahu melawan musuh Zionis agar terusir dari bumi Palestina secara terhina. Kewajiban ini tidak bisa gugur dari siapapun.

Pernyataan ini diungkapkan Qordhowi dalam aksi masaa solidaritas Palestina yang diadakan rakyat dan cendikiawan Doha, ibukota Qatar kemarin (1/1). Ia mengatakan, bersolidaritas pada Palestina di Gaza adalah kewajiban bagi seluruh kaum muslimin berdasarkan kemampuan masing-masing.

Dalam pada itu, Qordhowi menyampaikan selamat kepada masyarakat yang ikut dalam aksi tersebut sebagai ungkapan solidaritas dan simpatinya terhadap Gaza. Ia mengatakan, ternyata ummat Islam masih ada dan eksis. “Kami semua siap mencurahkan, semua kesanggupan kami untuk menolong saudara kami di Gaza. Masalahnya hari ini adalah, kelemahan dalam sisi organisatoris. Ummat Islam memang lemah dalam sisi menegerial.

Kemudian Qordhowi menyatakan kepada para pemimpin Hamas baik yang berada di Palestina ataupun diluarnya, bahwa hati ummat Islam bersama mereka. Para pemimpin Hamas saat ini merupakan ikon perjuangan dan kepahlawan, walau mereka dalam keadaan lapar dan tertekan akibat blockade, mereka tetap berjuang melawan zionis biadab. Qordlowi menyerukan para pemimpin Hamas agara tidak putusa asa, karena putus asa dan menyerah adalah tanda-tanda dari kekufuran.

Dia menambahkan, kesombongan Israel tidak menang melawan ummat Islam yang telah menang dari kaum Salib dan tentara Tartar. Mereka juga telah berhasil memerdekakan dirinya dari penjajahan. Oleh karena dengan izin Allah, Hamas juga akan menang melawan Israel, selama kaum muslimin berpegang teguh pada agamanya. Ia menyerukan semua umat Islam di dunia untuk melakukan Qunut Nazilah dalam setiap solat mereka. Sambil mendo’akan keselamatan dan kemenangan bagi kaum muslimin di Gaza serta kebinasaan untuk Zionis Israel. Do’a adalah senjatanya orang yang teraniaya. Ini adalah kewajiban agama dan dianggap sebagai amal jihad dalam mendukung penduduk Gaza serta meringankan penderitaan mereka. Semua umat diharapkan melakukan apa saja yang bisa dilakukannya hingga saudara kita di Gaza tidak merasa sendiri dalam perjuanganya.

Tak kurang dari 15 ribu kaum muslimin di Doha tumpah ruah di jalan-jalan. Aksi ini merupakan membawa misi kepada dunia, bahwa warga Qatar mendukung penuh perjuangan rakyat Gaza dengan segala apa yang mereka miliki, hingga terciptanya kebebasan bagi rakyat Palestina.

Dia juga menyerukan, semua pemimpin Negara-negara Arab dan Islam memenuhi undangan Syiakh Hamad bin Khalifah Alu Tsani (pemimpin Qatar) untuk melakukan pertemuan di Qatar guna mengambil sikap tegas terhadap kondisi terjadi. Diharapkan dari pertemuan itu, dapat diambil keputusan yang lebih kuat lagi dalam melindungi rakyat Gaza.

Dalam pernyataan persnya yang dibacakan, DR. Ali Muhyiddin rakyat Qatar menegaskan tentang pentingnya menghentikan pembantaian di Gaza. Sebab yang jadi korban kebanyakan adalah anak-anak dan wanita. Aksi ini diwarnai berbagai orasi dari sejumlah tokoh Qatar serta penggalangan dana untuk rakyat Gaza.(asy)- sumber: Zanikhan, Upin & Ipin.

tiba-tiba tahun baru
hijriah dan masehi kali ini
mengumpul gerah buat palestin
gaza sedang merasai getir hidup
mengumpul jenazah dan merawat luka
marah memerahkan, menjatuh air muka
menerima kemalangan serangan onar israel
amat menduga peribumi dan kawasan saudara

ehuk olmert adalah anjing dan sekutu gembala
bush penjahat amerika adalah semak samun
melindungi keparat itu dendam merajalela
kemana pbb! ini hari ketujuh berterusan
beratus serangan ke kediaman awam
beratus korban menyahut syahid
hilang sarana dan ribuan parah,
celaka yahudi la'natullah!

5 Muharram 1430.

KUALA TERENGGANU - ADUN Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan selaku calon PAS dalam PRK P036 Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.

Pengumuman dibuat semalam oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Stadium Negeri yang dihadiri lebih 10,000 penyokong. Turut hadir dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat manakala pimpinan peringkat negeri ikut bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato' Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan yang lain.

Abdul Wahid, 52 adalah ADUN sejak 5 penggal, lulusan UPM dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod cemerlang selaku ADUN/Exco selama sepenggal dan sebagai ADUN pembangkang.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA. DUN-DUN yang dimenangi PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi)

PRK P036 Kuala Terengganu 17 Januari nanti adalah bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian Ahli Parlimen dari BN YB Dato Razali Ismail juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober di IAB, Genting Haighland. Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008, BN menang tipis bermajoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf (685 undi). Jumlah pengundi berdaftar di Kawasan P036 itu ialah 80,229 orang (dengan 1,035 pengundi pos).
-Sumber HarakahDaily.