Datang Ramadhan
Bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Rabbuljalil
untuk kita hirup udara Ramadhan yang penuh keberkatan.

Bersyukur kerana dikurnia-Nya usia
agar kita tambah pahala berganda, mohon hapuskan petaka dosa2.

Bersyukur kerana dianugerah-Nya Malam Qadar
yang melebihi nilai kebaikan amalan seribu bulan / 83 tahun.

Datang Ramadhan
Awalnya / 10 hari pertama adalah kasihan belas Allah
Pertengahannya /10 hari berikutnya adalah keampunan
Akhirnya / 10 hari berikutnya hingga berakhir bulan ini adalah perlepasan dari azab nereka.
Subhanallah!

" Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya kita sibuk melagukan zikir rindu kepada-Nya. Bersolat dengan penuh khusyu' dan tawadhu' menghambakan diri pada-Nya menangisi kecurangan janji, takkan siakan walau sesaat kecuali mendendangkan al-Quran & memenuhi malam dengan bertahajjud memohon kasih dan belas-Nya & mempersiapkan diri menanti Izrail menjemput... Namun kita tak pernah mengetahui...salam kemaafan dan awal Ramadhan".
(SMS from anakanda Azizah bt Aling - Putrajaya. 10:19 pm, 31/08/2008).

DATANG RAMADHAN 1429H SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH RAHMAT ALLAH, KEAMPUNAN-NYA DAN MELEPASKAN KITA DARI AZAB NERAKA.

selamat berpuasa dan memerdekakan diri dari nafsu mazmumah zahir dan batin


Semalam, sabtu 30 Ogos 2008M bersamaan 29 Syaaban 1429H aku menziarahi ayahanda yang terbaring uzur sejak sekian lama. Ayahandaku Ustaz Hj Muhammad bin Hj Awang @ Ustaz Muhammad Sibawaih terlantar lemah 'sakit tua' di rumahnya di Kampung Guchil Demit, Kota Bharu, Kelantan.

Aku sendiri sebenarnya jarang menziarahi beliau kerana badanku masih lemah belum kuat selepas lama menghuni wad di hospital baru2 ini. Hampir 6 bulan aku sendiri menerima dugaan Allah. Mula2 pihak hospital menyatakan aku mengidap Mysthenia Gravis @ penyakit berkaitan saraf kemudian baru bulan Julai lepas diberitahu pula nama penyakit yang kutanggungi ialah Pompe's Disease, sejenis penyakit keturunan yang kronik dan melemahkan otot2 dan sendi2.

Kini syukur Alhamdulillah sudah hampir 6 bulan pula aku berada di rumah sejak discaj dari hospital sehari sebelum PRU12 bulan Mac lalu. Syukur kerana masih diberi peluang oleh Allah hingga dapat bertemu kembali ayahanda, adik beradik, saudara mara, sahabat2 dan kenalan yang mana sewaktu terlantar di wad dahulu, aku semacam tidak yakin pertemuan ini dapat berlaku lagi.

Sewaktu sudah berada di rumah pun aku tidak juga kerap menziarahi ayahanda yang sakit kerana aku masih belum cuba memandu kereta sendiri ke rumah ayahanda. Masih lemah (begitu kata isteri). Aka masih mengharapkan orang lain membawa ke rumah ayahanda...Tetapi kadang2 bila terasa perlu untuk ke tempat2 yang mustahak, rasa mahu juga memegang steering kereta memandu sendiri.
...

Tiba di rumah ayahanda, beliau kelihatan amat lemah dengan badannya yang tiada lagi isi, amat kurus dan tidak dapat bergerak banyak. Sesekali beliau membetul atau melipat lututnya menyatakan kelenguhan atau kepenatan anggota itu. Tangannya masih upaya menggaru atau menyapu2 muka sendiri dengan pergerakan yang sangat perlahan. Dia masih berupaya melihat mengenal anak2 yang mendekatinya, barangkali mengecamnya apabila mendengar suara percakapan mereka.

Dia kerap memberitahu agar ada orang yang meladeninya, memicit atau menumbuk2 pahanya yang juga kelenguhan. Memang badan akan terasa lemah dan lenguh2 bila hanya terbaring sepanjang siang malam, darah dalam badan tidak bergerak mengalir dengan baik.

Aku memberitahu kedatanganku setelah memberi ucapan salam. Sambil merapatkan mukaku mengucup dahinya dan tanganku memegang tangan kanannya, dia sedikit mengangguk kepala dan menyebut sesuatu yang kurang jelas ke pendengaranku. Aku cuma menganggak tanda mengiyakan kata2nya yang kurang jelas itu. Aku memang tidak suka jika dia banyak berkata2 yang nampaknya agak susah mengeluarkan patah2 ayat itu.

Namun untuk mengisi dan menghidupkan suasana, aku rasa wajar menyapanya lagi dan bercakap dengannya tanpa mengharap respon ucap balas darinya. Aku cuma menyatakan agar beliau tidak lupa kepada Allah, sentiasa zikrullah dan tidak putus2 mengingati-Nya.

Ayahanda seperti biasa setelah mendengar kata2ku dia akan menjawab memberitahu, dia tetap ingat kepada Allah. Beliau tetap tidak tinggalkan amalan biasanya membaca ayat2 /surah2 dari al-Quran walaupun hanya membaca dalam hati, tanpa gerak bibir. Kali ini dia berpesan sungguh2 agar aku amalkan membaca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir dari Surah al-Baqarah dan Surah al-Kahfi; katanya pahala amalan itu samalah dengan pahala membaca seluruh surah2 tersebut.

Ayahanda juga menyebut supaya aku rajin memberi sedekah kepada pembinaan masjid, anak2 yatim dan orang2 miskin. Amalan bersedekah ini katanya sangat besar pahalanya, Allah akan gantikan nanti dengan syurga. Belia menyebut fadhilat itu seumpama apa yang difirman oleh Allah (ayahanda membaca nas) yang bermaksud: " Sesungguhnya Allah membeli daripada orang2 yang beriman diri2 mereka dan harta2 mereka itu dengan (bayaran) syurga.." (at-Taubah:11). Aku mendengarnya dengan baik, faham dan akan turuti pesanan beliau; juga berharap agar anak2ku juga akan berbuat demikian.

Teringat kedatangan Ramadhan bakal tiba 2 hari lagi. Aku ingat yang aku telah meninggalkan amalan puasa 28 hari pada Ramadhan 1428 yang lalu kerana bertamu di hospital dulu. Aku telah pun membayar fidyah kerana 'tidak berkuasa' mengqadha puasa tersebut. Aku mengambil kesempatan bertanya ayahanda, bagaimana dengan 28 hari yang aku luputkan itu adakah wajib aku qadhakan? Lagipun hingga kini aku masih terpaksa menelan ubat2 secara berjadual, selain badanku masih uzur begini.

Ayahandaku juga seperti biasa tidak mensia2kan persoalanku itu. Walaupun kini dia dalam keadaan uzur yang sangat2, beliau menggeleng2kan kepala menyatakan aku tidak payah mengqadhakannya sebab sudah membayar fidyah tetapi katanya 'wa en tasuumu khairullakum" (jika kamu berpuasa ada baiknya bagi kamu). Tidak wajib tetapi jika ganti ada baiknya! Aku faham dan mengerti. Ayahanda memang 'alim! Dia banyak tahu.

Itulah ayahandaku yang dikasihi masih mahu menyatakan ilmunya walaupun dalam keadaan begitu payah.Aku tahu dia memang sangat berilmu dalam ilmu fiqh, ilmu tajwid dan ilmu nahu. Memiliki ilmu yang ketiga itulah dikatakan sebab ayahanda di gelar 'Sibawaih' oleh kawan2 dan murid2nya. Ayahanda pernah membuka dan mengajar di pemondokan Kampung Humalanas, Takbai, Thailand Selatan dalam tahun2 50an yang sebelumnya menjadi orang kanan merangkap menantu kepada Tuan Guru Haji Wan Ismail bin Wan Hassan, Kampung Belukar, Tapang, Kota Bharu, Kelantan.

Ayahanda kami selain rajin menatap atau menadah kitab2, beliau sangat gemar menyebarkan ilmu kepada orang2 lain. Sebab itulah beliau amat rajin mengajar / memberi kuliah maghrib di banyak masjid dan madrasah/balassah sekitar Kota Bharu. Kegiatan rutin beliau itu memenuhi sehingga 7 malam dalam seminggu. Kami anak2nya pernah melarang ayahanda supaya mengurangkan kegiatan amal tersebut memandangkan dirinya yang sudah tua dan sudah lama mengajar malah selalu uzur pula. Namun ayahanda meneruskan hobinya itu sehinggalah beliau benar2 keuzuran dan berhenti mengajar sejak beberapa tahun lalu.

Malah banyak kali beliau menyatakan kepada anak2 agar berpedoman hadis Nabi s.a.w " kun 'aaliman au mu'alliman au muta'alliman"; jadilah orang yang banyak ilmu atau orang yang mengajar ilmu atau orang yang mahukan ilmu. Ayahanda sangat gembira dan selalu menyatakan kegembiraannya jika anak2 cucunya menghormati harapannya itu dengan menjadi pensyarah, ustaz, ustazah atau guru. Terima kasih ayahadaku, kami tahu dan kami faham itu.

Ya Allah ringankanlah apa yang ditanggung kini oleh ayahanda dan bonda kami, kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani kami ketika kami kecil, rahmatilah keduanya, ampunilah dosa2 keduanya, terimalah segala amalan baik mereka dan tempatkan mereka bersama hamba2-Mu yang muttaqiin.

Semoga Allah merahmati ayahanda dan ninda Hj Wan Ismail serta meletakkan mereka bersama golongan hamba2-Nya yang solihiin dan mustghfiriin jua. Amin.

.....

Besok 1 Ramadhan 1429H bersamaan 1 Sepetember 2008M.
Ramadhan adalah bulan 9 tahun hijriah.
Sepetember juga bulan 9 tahun masehi. Subhaanallah!

Namun dalam keadaan begini, aku akan cuba berpuasa esok! Insya Allah.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan

Datang Ramadhan membawa keberkatan, keampunan dan jauh dari Azab neraka.
Datang Ramadhan membawa malam qadar yang lebih baik dari seribu bulan.



Bagaimana reaksi anda dengan pendapat2 mereka ini?

Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO YAB DS Abdullah Ahmad Badawi mengulas bahawa kemenangan Ketua Penasihat PKR pada PRKecil Permatang Pauh itu tidak boleh ditafsirkan sebagai satu trend yang boleh berlaku di kawasan2 lain. Apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang terlalu besar untuk mengubah situasi yang telah pun berlaku pada PRU yang lalu. Tegas beliau, " Pilihan raya itu hanya satu pilihan raya kecil yang tidak boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang boleh berlaku di kawasan2 lain".

Naib Presiden UMNO YB Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyatakan BN tidak harus memandang ringan kejayaan Penasihat PKR pada PRKecil tersebut. Beliau bimbang dengan keputusan yang berpihak kepada pembangkang itu akan menjadi trend kerana pengundi mahukan perubahan. Kata beliau, " Walaupun ia kawasan pilihan raya kecil ia mungkin menjadi satu trend pengundi di mana pengundi sudah buat pemikiran hendak perubahan walaupun mereka tidak tahu apa perubahan itu dan tidak menerima pimpinan BN."

Seorang lagi Naib Presiden Umno juga Ketua Menteri Melaka DS Mohd Ali Rustam pula mengatakan kemenangan Anwar pada PRKecil Permatang Pauh adalah atas sokongan golongan muda dan pengundi atas pagar yang masih tetap memilih Anwar sebagai wakil rakyat mereka. Beliau menjelaskan, " Pengundi yang menyokong Anwar bukanlah pengundi asas tetapi golongan atas pagar yang berjaya ditarik perhatian oleh PKR. Pada tahun 2000, PKR hanya menang dengan 500 majoriti sahaja, 2008 pula 13,000 lebih dan baru2 ini 15,000 lebih, nyata taktik 'pukul tin kosong' Anwar berjaya."

>>> ???


Selepas kejayaan besarnya dalam PRKecil P44 Permatang Pauh selasa 26.08.2008, YB DS Anwar Ibrahim telah menyatakan: " Kemenangan saya di Permatang Pauh membuktikan segalanya kepada Umno dan Barisan Nasional. Mereka perlu sedar dan nampak apa yang rakyat mahukan, kemenangan ini bukanlah kemenangan saya malahan kemenangan seluruh rakyat Malaysia."

Kemenangan Ketua Penasihat Parti Keailan Rakyat (PKR) itu, telah mengundang berbagai reaksi/ ulasan dari beberapa pemimpin politik tanah air. Antaranya:

Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan kempen memburuk2kan Anwar semasa PRKecil tersebut menyebabkan rakyat terus membenci BN sehingga memberikan undi yang begitu besar kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu. "Sedangkan (kes) liwat tak tentu lagi, ceramah Umno terus memburukkan Anwar dan bagi saya ceramah mereka itu sebenarnya tidak ada air muka malah tak ada kulit pun."

Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak melepas peluang untuk memberi komen beliau, " Sebenarnya Parti Keadilan Rakyat tidak menang dalam pilihan raya kecil itu tetapi BN yang kalah dalam pilihan raya kecil itu". Namun, beliau bimbang kemerosotan populariti BN dalam jangka masa 5 bulan selepas PRU bukan hanya berlaku di Permatang pauh sahaja tetapi satu trend di kawasan lain juga.

Bagaimana pula pandangan anda tentang pendapat2 di atas?



Ketika berlaku sedikit perselisihan, perbalahan atau tidak sefahaman, banyak di kalangan isteri yang terus mengambil jalan pintas dengan mendesak suami menceraiknnya. Adakalanya desakan itu dibuat apabila si suami tidak mampu memberi nafkah atau suaminya gagal menunaikan keinginan material si isteri.

Terkadang keputusan yang dibuat oleh si isteri hanya menurut emosi, mengikut perasaan marah atau terpengaruh dengan kabar2 yang sengaja direkacipta oleh pihak ketiga. Pihak ketiga yang menjadi batu api itu mungkin kawan2, keluarga atau jiran tetangga yang memang bersifat dengki, cemburu, tidak suka melihat orang lain senang dan sengaja ingin memecahbelahkan rumahtangga pasangan itu. Akibatnya si isteri yang 'termakan' dengan hasutan atau fitnah itu dengan mudah membenci lalu mencabar sang suaminya dengan kata2 yang menghangatkan lagi keadaan: "Kalau memang awak laki2, ceraikan saya!!"

Semua mengetahui bahawa talak/perceraian akan mengakibatkan banyak kerugian besar bila terputusnya tali kekeluargaan. Anak2 menjadi tidak terbela, keadaan menjadi serba-salah dan kacau malah boleh memporak-perandakan hubungan masyarakat setempat. Akhirnya keadaan ini menimbulkan rasa penyesalan tidak sudah2 dan idak berguna lagi. Maka terlaksanalah satu kerja jahat syaitan yang memang selalu mahu memecahbelahkan manusia.

Islam mengharamkan perbuatan si isteri yang sewenang2nya melafazkan permintaan cerai dari suaminya jika perkara2 yang diselisihkan itu masih boleh diselesaikan dengan sifat kesabaran, pemikiran yang waras atau dengan cara rundingan. Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:

" Siapa saja wanita yang minta diceraikan suaminya tanpa alasan yang dibolehkan maka haram baginya bau syurga"- hadis marfu' riwayat Thauban.

" Sesungguhnya wanita2 yang melepaskan dirinya dan memberikan harta kepada suaminya agar diceraikan, mereka adalah orang2 munafik" - hadis marfu' riwayat Uqbah bin Amir.

Tetapi, jika memang ada alasan2 yang dibolehkan syarak seperti suaminya suka meninggalkan solat, suka minum arak, menagih dadah, suaminya ahli maksiat tegar, memaksa isterinya berbuat perkara2 haram, suka mendera isterinya, tidak mendengar nasihat malah tidak berguna lagi usaha pembaikan; maka tidak berdosa bagi si isteri meminta cerai, sehingga dia tetap dapat memelihara dirinya dan agamanya.





Panas iklim Permatang Pauh dah menurun. Hasil manis kejayaan DS Anwar Ibrahim mewarnai seputar kawasan asal beliau. PR Kecil P44 Permatang Pauh berlangsung sudah walaupun dilaporkan terjadi berbagai 'kisah tidak diingini' oleh orang2 BN/Umno yang sangat baik dan jujur itu.

Bermula pemimpin2nya, pemuda2nya, putera2nya, puteri2nya dan para penyokongnya banyak menghabiskan tenaga, suara dan jutaan RM hingga lahir berbagai cereka tuduhan; namun para pengundi telah memilih dan dapat menilai hari ini 26 Ogos 2008, hari malang bagi BN/Umno.

Sehari sebelum penamaan calon, budak Sayfool 23 tahun membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan KL ingin meyakinkan yang duburnya diliwat sekali dengan paksaan oleh DSAI seorang warga emas. Dia sebelum ini mengatakan diliwat 7-8 kali. Kali ini bersumpah dengan menyebut nama Allah 3X (sekali wata'alahi) sambil memegang kita suci di tangann kiri, hanya diliwat sekali saja; hal2 lain akan dibagitau di mahkamah. Keadaan ini kata orang didalangi oleh puak tertentu bagi menguatkan laporan polis si Sayfool tu. Keadaan ini juga 'konon' boleh memucatkan DSAI dan pengundi2 Permatang pauh.

Bencana onaran BN/Umno merebak lagi dengan hanya kata2 cadangan TS Khalid MB Selangor agar UITM diberi peluang 10 peratus kepada pelajar2 bukan Melayu. Geger media perdana TV dan surat2 kabar milik kuncu2 mereka. Digunakan isu TS Khalid-UITM ini bekalan baik baik BN untuk isukan di PRKecil Permatang Pauh.

Keadaan bertambah geger bila beberapa orang EXCO Perak dari PKR telah ditahan-siasat BPR kerana kes 'rasuah'. Bagi MB Perak dan EXco2 berkenaan menganggap itu satu lagi rencana jahat untuk merosakkan Kerajaan Negeri Perak dan sudah tentu menjadi isu panas menjelang PRKecil Permatang Pauh.

Namun kewujudan sdr Roslang Porigi di atas pentas PKR benar2 mengejutberukkan pihak Datuk Aris Shah, pemimpin2 BN dan kuncu2 yang sewaktu dengannya. Isu si Sayfool bersumpah laknat tenggelam di bumi permatang. DS TPM juga ikut bersumpah menafikan tidak terlibat dengan pembunuhan malah tidak mengenali wanita Mongolia yang kena letup di rimba Malaysia itu. Mantan MB Perak DS Tajol Rosli juga ikut bersumpah tidak sikitpun berniat/ terlibat dengan penahanan beberapa orang EXco Perak oleh BPR. In the name of God ( sambil senyum), wallahi, wabillahi, watallahi katanya dia tidak terlibat langsung. Bulan kemerdekaan ini masing2 nak merdeka, mempertahankan dan melepaskan diri dengan sumpah2.

Kisah wartawan dikasari orang2 PKR, kekacauan dilakukan orang2 PKR, ugutan dari orang PKR, bom palsu jam 11 malam di pondok Puteri Umno pun gara2 buatan orang PKR, merosakkan poster BN juga buatan orang2 PKR, menghalang orang keluar mengundi pun orang2 PKR tah apa2 lagi keberanian dan kejahatan penyokong2 DSAI orang PKR diberitakan melalui TV dan akbar2 milik BN/Umno. DS Najib mengatakan inilah suasana kempen yang paling ganas di dalam sejarah pilihanraya Malaysia, dilaporkan berlaku 71 jenis kekasaran mengikut diari pihak polis.

Berani2 dan jahat2 bebenor orang PKR/pembangkang ni. Baik2, jujur2 dan ikhlas2 bebenor orang BN/Umno ni, malah pihak ini ada menghulur /berbahagi bantuan dan RM /cekbank (maaf bukan rasuah ni) untuk masjid, madrasah, orang2 tua/miskin dan pengundi2 di Permatang Pauh. Baik bebenor mereka, murah hati sungguh dengan penduduk Permatang Pauh yang paling daif di bumi Malaysia waktu ini.

Jangan lupa untuk seluruh rakyat Malaysia, harga minyak turun serta merta 15 sen tu tiada kaitan dengan PRK Permatang Pauh no! Tiada kaitan politik, saja baik hati PakLah hadiah sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia 51 tahun. Janji nak turunkan pada 1 september 2008. Tak apa lagi cepat lagi baikkkk... terima kasih DS Kak Wan Azizah.

Kini, hasilnya... terimalah keputusan /pilihan rakyat di kawasan tersebut dengan bebenornya setelah dua kali mereka mengundi dalam masa 5 bulan.

Keputusan resmi PR Kecil P44 Permatang Pauh ialah:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) - DS Anwar IBrahim -31,195
Barisan Nasional (BN) - Datuk Ariff Shah -15,524
Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)- Hanafi Mamat -92 (Hilang RM taruhan).
Undi Rosak -447
Majoriti - 15,671
(DS Wan Azizah 8 Mac 2008 -13,398)

Kita bersyukur. Semoga fenomena ini akan mereformasikan keadaan yang ada ke arah yang lebih baik bagi iklim Malaysia. Negara bagus dan Tuhan Maha Pengampun...Insya Allah.

Tahniah DS Anwar Ibrahim, anda sudah memiliki sebuah kerusi mewakili rakyat selaku YB di Dewan Parlimen dan merangkap Ketua Pembangkang nanti. Anda sudah berupaya melangkah dan menjengah pentadbiran di Putrajaya.

Tsunami kedua menimpa BN/Umno dan Khairy Jamaluddin kena menyimpan cangkulnya untuk nanti mengorek kuburan sendiri di Rembau.

Maklumat terbaru yang diperoleh..

Isu berkaitan sumpah laknat budak Saiful Bukhari yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan tempoh hari dan kemudiannya telah dijadikan modal besar oleh UMNO/BN untuk kempen undi PRK P44 Permatang pauh sampai ke kemuncak, bila Sdr Ramlang Porigi yang hadir menjadi saksi peristiwa sumpah laknat telah berada di lokasi Permatang Pauh memberitahu perkara sebenar berhubung sumpah laknat itu.

Beliau muncul di pentas kempen PKR demi ikhlas membersihkan namanya.Tanpa paksaan sesiapa atau berkepentingan apa-apa. Susulan tindakan berani dan ikhlas sdr Ramlang seolah2 mencabar 'kempen' sumpah laknat budak Saiful. Tindakan drastik itu menyebabkan pihak Umno/BN kepanasan lalu seorang menteri di JPM yg bertanggungjawab dgn hal ehwal agama khususnya di WP telah bengangnya dikatakan mengarahkan agar sdr Ramlang Porigi segera dibawa keluar dari Permatang Pauh dan pulang ke KL dengan sebuah kereta Pajero yang dibawa khas dari Jawi yang diketuai seorang ustaz selaku seorang pegawai penguatkuasa.

Hal ini berlaku bila menteri tersebut mengetahui mengenai perkara itu (ttg sdr.Ramlang di pentas PKR), maka beliau telah segera mengarahkan agar membawa balik sdr Ramlang yang masih di Permatang Pauh untuk membuang undi hari ini.Jika memang betul Sdr. Ramlang sudah dibawa ke KL,ertinya satu undi beliau sudah hilang. Haknya sebagai pengundi dinafikan oleh BN/UMNO demi kepentingan fasik mereka.

Semalam, menteri berkenaan mencari Pengarah Jawi berhubung perkara itu,namun tuan pengarah tidak ada di KL kerana menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang berlansung di Terengganu. Sebagai plan B, maka dikatakan beliau menemui Mufti WP agar mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan Saiful Bukhari bersumpah laknat. Semua ini adalah satu tindakan segera berunsur kempen terakhir menjelang pilihan raya Permatang Pauh.Satu lagi tindakan konspirasi Umno/BN yang tidak wajar dan menggadai maruah pihak lain deni mencapai matalamatnya.

Ini adalah berita mutakhir dari sumber dalaman kita di KL yang amat wajar disebar segera.

Baru tadi isteri saya kata hanya satu yang bagus bila harga minyak naik mendadak dulu, tiada lagi mat-mat rempit membingar di jalan raya depan rumah kami. betul!
Baru tadi debat Agendadaily di DBP/kaca TV Pak Shabeery kata minyak patut naik 70 sen, tapi harga masih murah berbanding negara lain dan tidak mungkin diturunkan. betul?
Baru tadi Pak Shahrir tegaskan harga minyak pasti turun 1 september dan tahun baru nanti harga akan turun menurut pasaran global. betul?
Tapi baru tadi Pak Lah kata harga minyak turun 15 sen bermula 23 ogos 2008, tiada kaitan dengan pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh 26 ogos nanti. para peniaga turunkanlah harga barangan, jangan tamak. betul?

Baru tadi kita dikabarkan budak Saiful buat laporan polis bahawa dia diliwat oleh Anwar, tiada kaitan politik. betul?
Baru tadi kita dapat tahu budak Saiful dengan mudahnya menemui Pak Najib TPM, memohon biasiswa menyambung pengajiannya. betul?
Baru tadi kita melihat foto-foto budak Saiful bergambar kenangan dengan beberapa pemimpin Umno sambil tersengih, tapi tiada apa-apa kaitan politik. betul?
Baru tadi pihak Hospital KLbuat pemeriksaan terhadap pengakuan budak saiful dia telah diliwat, laporannya ada pada pihak polis. betul?
Baru tadi pihak Pusrawi melaporkan tiada apa-apa kesan menandakan budak Saiful diliwat. betul?
Baru tadi juga pihak Pusrawi menafikan laporan doktornya itu tidak boleh diambil kira. betul?
Baru tadi budak Saiful melafaz sumpah laknat di Masjid Wilayah di depan pak imam ke 9, dia diliwat sekali saja (bukan 7-8 kali) oleh Anwar. Dia terinaya dan tiada kaitan dengan isu politik (esoknya hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh). betul?
Baru tadi kita tahu imam ke 9 itu adalah ada nombor ahli Umno Penanti, Permatang Pauh. betul?
Tapi baru tadi budak Saiful dipanggil Jawi untuk diselidik kenyataan tentang sumpahnya dan kenapa mempergunakan imam ke 9 dan Masjid Wilayah Persekutuan. betul?

Baru tadi beberapa exco PKR Negeri Perak ditahan BPR kerana tuduhan menerima rasuah, direman. lalu media pun bersungguh jadikan berita utama. dikatakan tiada kaitan dengan pilihan raya kecil permatang pauh. betul?
Baru tadi MB perak sekeras-kerasnya menafikan beberap exconya terlibat rasuah (terancang itu), konspirasi politik BN/Umno lagi katanya. betul?
Tapi, baru tadi pihak MB dan exco-exco yang ditahan itu menyaman Kerajaan Malaysia, BPR dan pihak media yang bersungguh mendedahkan perihal konspirasi /rasuah itu sebanyak RM100 juta. betul?

Baru tadi heboh berita beraninya Raja Petra Kamaruddin membuat pengakuan bersumpah tentang keterlibatan Pak Najib dengan kes profil tertinggi, pembunuhan Altantuya Sharibuu oktober 2006. betul?
Baru tadi RPK direman, menolak jaminan dan kemudian menerimanya. beliau bebas. betul?
Baru tadi pengakuan bersumpah Balasubaramaniam si penyiasat persendirian bahawa Pak Najib memang terlibat dengan kes profil tertinggi itu. dia kemudiannya hilang entah kemana. betul?
Baru tadi tidak sampai 24 jam, dengan kecut perutnya Balasubramaniam si penyiasat persendirian itu membuat pengakuan bersumpah kedua bahawa dia menarik balik pengakuan bersumpah pertamanya; dia masih entah dimana menyorok diri. betul?
Tapi, baru tadi di masjid Kampung Sungai Guar Permatang Pauh, Pak Najib juga dengan beraninya bersumpah (menurut cara budak Saiful, tapi tiada kitab suci di tangan kiri beliau) menegaskan dia tidak terlibat dengan kes pembunuhan malah tidak pernah pun mengenali Altantuya Sharibuu. katanya tindakan beliau ini tiada juga kaitan dengan politik. betul?

Baru tadi ya, semuanya terasa baru tadi.

Seorang sahabat mengulas tentang pelbagai isu hangat yang timbul akhir2 ini:
" Mutakhir ini pihak parti-parti pembangkang sering dituduh dengan pelbagai keburukan, salah laku dan kelemahan. Media perdana milik kerajaan /BN / Umno baik akhbar harian mahu pun radio dan Tv telah menjadikan fenomena tersebut sebagai agenda utamanya, apatah lagi bila hampir dengan PRK P44 Permatang Pauh. Kenapa begitu sekali penyasarannya pihak BN/Umno hingga menjalankan berbagai konspirasi tanpa segan silu dan mengenepikan unsur2 maruah?"

Bermula selepas keputusan PRU 12 dengan kemerosotan undi yang banyak, kehilangan 4 negeri dan kekurangan dua pertiga di parlimen; suasana hingar ini tidak habis2 dicanang para pemimpin atasan BN/Umno demi mengelakkan pelbagai kepincangan diri mereka hingga terpaksa menerima musibah yang memalukan itu. Kini sudah hampir 5 bulan musibah yang menimpa BN/Umno semakin memeritkan, bukan semakin terubat. Oleh kerana mereka menggunakan modal material yang banyak, tenaga dan usaha yang besar untuk PRU12 baru2 ini dan terpaksa menerima padah buruk itu, maka sudah tentu mereka amat mendendami pihak pembangkang. Mereka tidak dpat menerima kenyataan yang berlaku.

Pelbagai isu sengaja disogok2kan agar masyarakat Malaysia ikut memarahi dan mengeji parti2 pembangkang. Kini kerajaan Barisan Nasional @ BN menentang habis2an pihak pembangkang @ kerajaan Pakatan rakyat @ PR. Bermacam2 tuduhan dikenakan ke atas Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri P.Pinang dan tidak ketinggalan Kerajaan Negeri Kelantan. Mereka juga sudah tentu menuduh dan berikhtiar merendah2kan imej Menteri2 Besar negeri2 tersebut selain mencemarkan imej Ketua Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Mereka memainkan isu2 yang bertujuan boleh menjatuhkan kedudukan para pemimpin PR dengan mensensasikannya melalui media2 perdana milik mereka setiap hari dan waktu. Pemikiran rakyat yang berupaya membaca, melihat dan mendengar menjadi kelam-kabut dan berkecamuk. Manakala usaha untuk merungkai keadaan kecamuk dan kelam-kabut tidak berlaku secara bersungguh2 dan memberi kesan positif.

Mereka membebankan lagi kepala rakyat jelata dengan kisah2 dan kabar2 yang menambahkan masalah; sedangkan kehidupan mereka sudah banyak menanggung masalah seperti kadar jenayah yang bukan kecil, kadar ketagihan dadah dan akibat2nya, kadar maksiat yang semakin berleluasa, kadar pemimpin rasuah yang membingungkan, kadar kenaikan harga minyak yang mengejutkan, kadar kenaikan harga barangan yang membebankan dan bermacam kadar kejadian yang menakutkan / menyesakkan nafas.

Tanpa menyebut kesemua isu2 panas yang membakar ketenteraman hidup kita sekarang, tidak salah kalau dikatakan ada pihak2 tertentu yang sangat sengaja mencari /menonjol isu2 yang kadang2 tidak masuk akal untuk dimamah oleh pemikiran rakyat supaya membenci pihak Pakatan Rakyat. Tanpa takut dosa, risiko dan tanpa malu, mereka menuduh malah menggunakan pihak berkuasa seperti pihak polis dan badan pencegahan rasuah kononnya untuk memerangkap orang2 yang mereka ingin perangkap atau jatuhkan/malukan.

Hingga kini sebutlah apa saja sama ada laporan polis, pengakuan bersumpah, bersumpah laknat, pemeriksaan doktor, pemeriksaan DNA, penahanan oleh BPR, punya agenda politik atau tiada tujuan politik atau secara kebetulan berlaku; menjadi perlakuan lumrah menghantui minda. Padahal minda rakyat tidak semuanya bodoh untuk menilai, menerima dan menelan umpan2 busuk yang dihidangkan BN/Umno itu.

Rakyat hari ini sebenarnya sudah pandai dan tahu memulangkan buah keras kepada pihak yang membuat sebarang konspirasi dan masalah kepada mereka, jika hal yang berlaku ada logiknya untuk dikatakan sebagai konspirasi dan masalah kepada mereka. Rakyat telah bertindak betul ketika PRU12, hingga menghasilkan keputusan yang semua pihak telah maklumi itu.

Yang nyatanya hingga kini, apa saja yang dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat semuanya dianggap serong dan punya niat tidak ikhlas. BN/Umno dan pemimpin2nya sahaja yang betul dan ikhlas. Tindak-tanduk dan rancangan2 yang dibuat oleh pemimpin2 PR sengaja ditonjolkan oleh media2 milik BN/Umno itu sebagai:

- tidak Islamik
- tiada semangat cinta negara
- tidak ada semangat Melayu
- menggalakkan perpecahan di kalangan rakyat
- berbaur perkauman
- tidak hormati Rukunegara
- mengkhianati negara
- pemimpin mengamalkan rasuah
- amalan kronisma
- menimbulkan kacau-bilau
- terlibat dengan aktiviti seks
- penyalahgunaan kuasa
- merugikan rakyat dan sebagainya dsb..

Para pemimpin BN/Umno dan penyokong2 tegar mereka merasakan bahawa mereka sahaja yang betul, bagus dan ikhlas. Mereka masih merasakan kelakuan, tindakan dan tembelang mereka akan terus kekal diterima rakyat. Sokongan rakyat kepada mereka dianggap selamanya akan berterusan walau apa jua perbuatan yang mereka lakukan. Mereka lena dengan tanggapan mereka sendiri.

Kita tunggu pula nanti apa akan terjadi dengan dengan pemilihan calon2 untuk memegang jawatan2 tertinggi Umno pada persidangan agung mereka di penghujung tahun ini. Adakah berjalan dengan baik dan lurus. Ataukah akan berkecamuk, bersimpang siur atau punya jalan yang lekok2 akibat tumpahnya RM @ wang yang banyak sebagai rasuah pancing sokongan ahli2 nya yang memang sentiasa kemaruk fulus itu... (mereka gelar politik wang bukan rasuah)....Kita tunggu pula laporan BPR kelak.

Ingatlah bahawa rakyat sudah cerdik dan sudah faham dengan strategi / tektik lama BN/Umno, mereka tahu yang mereka mempunyai hak/ kuasa untuk bertindak dan membuat keputusan.

Tinggal beberapa hari lagi akan berlangsung PRK P44 Permatang Pauh. Suasana amat mendebarkan. Iklim tanah air kita makin hangat apatah lagi sekitar kawasan yang terlibat dengan pilihan raya kecil itu. Isu2 aneh yang direka2 telah bermunculan bagi menjatuhkan lawan. Media perdana milik BN/Umno setiap hari galak mendedahkan bermacam isu buatan dan sengaja dikorek-hamburkan. Semua itu berleluasa disebarkan sambil mengenepikan maruah diri sendiri, sesatu golongan atau peribadi.

Kempen2 melalui ceramah, skuad yang bergerak dari rumah ke rumah, derma kepada masjid/orang miskin/orang2 tua tercurah dengan bukan sedikit dari tangan2 para pemimpin pihak yang banyak wang (dermawan segera), projek2 segera dan tergantung di bibir mulut juga berjalan lancar. Tabiat atau feel sejati para pengamal politik wang/ rasuah barangkali dapat dilihat bermerajalela baik secara langsung atau tidak langsung sebelum peti undi ditutup petang selasa nanti.

Walau bagimanapun kita tunggu pengundian berlangsung untuk PRKecil P44 Permatang Pauh pada hari selasa 26 Ogos 2008. Apakah keputusan pilihan rakyat di sana?. Bagaimana pula corak perjalanan persidangan Dewan Rakyat Malaysia selepas itu???

Namun kita semua amat mengharapkan cuaca yang baik dan suasana di sana berlangsung dengan baik dan adil.

Sebilah keris tanpa sarung
seorang warga emas berusia 62 tahun
rupanya pendekar tidak pernah bertarung
masuk gelanggang kuda-kuda tidak dipasang
namun terasa diri selalu mendapat menang

Mencari ketuanan di rumah sendiri
sering berteriak memugar mencanang
tiang lantai dindingnya kukuh belaka
pintu dan jendela sentiasa terbuka
tilam dan bantal nikmat selesa
takkan keris disanjung hilang tajamnya

Sesekali melagukan senandung warisan
anak cucu cicit dibiar bermain api
harta pesaka hak istimewa jangan dijual-beli
kini perlahan beralih milik demi kemajuan
kini perlahan agama menginsut hilang

Budaya bahasa warisan dijajah semula
tidak aneh jika kuburnya nanti tidak bernama
aduh, tanah taman menghijau bertukar warna

Pak Kaduk asyik bertepuk tangan terselak kain
sabungan menang tetapi milik orang lain
Lebai Malang berpeluh menongkah arus
perut lapar rasa kesal tenaga kian lenguh

Pak Pandir menjerang anak buat mandian
anak mati lalu menyusui kera di hutan
Si Luncai lemas hilang bersama labu di pelukan
biarkan, barkan keturunannya menangis panjang

Akhirnya keris terlucut jatuh dari genggaman
menikam berdarah ibu kaki sendiri
akal tersimpan kemas menyesali untung rugi.


20 Mei 2008,
Kota Bharu.


Orang perempuan yang cantik, apabila memakai tudung menutup aurat lagi cantik contohnya para artis wanita kita yang memang cantik2 bila melakonkan drama berunsur dakwah atau ketika sesebuah drama memerlukan pemakaian tudung. Alangkah cantiknya gadis Melayu/muslimah kita.

Tetapi bila artis yang sama berlakon pada drama yang lain pula, mereka berpakaian tidak menutup aurat, malah agak seksi dan melakukan adegan berpeluk malah beradegan ranjang. Mereka berpeluk selain sebagai kekasih atau suami isteri, mereka juga berbuat demikian selaku ibu bapa terhadap anak atau sebagai adik beradik; padahal mereka bukan mahram/muhrim???

Kita sekeluarga di depan TV masing-masing menonton perlakuan mereka di dalam sesebuah drama dengan tenang tanpa apa2 perasaan tergetus untuk persoalkan status sebenar dan hukum halal/haram dari kaca mata Islam. Maka secara tidak langsungnya kita sekeluarga membenarkan keadaan tersebut. Para remaja/belia pula akan terikut2 dengan watak2 dan perwatakan di kaca TV itu.

Kadang-kadang mereka para artis ini bila menghadiri sesuatu majlis atau acara, mereka akan berpakaian agak menjolok mata selain tidak menutup aurat. Pakaian mereka mengalahkan pakaian artis2 lelaki; cumanya kadang2 artis lelaki suka berpakaian selekeh, tidak smart, tetapi 100 peratus mereka menutup aurat.

Terasalah pada kita bahawa para artis wanita tadi, seolah mereka itu tidak tahu dosa pahala atau memang tidak takutkan dosa. Kita juga tahu kadang2 melalui paparan media diberitakan bahawa mereka juga melakukan berbagai maksiat dosa seperti minum arak, bersekedudukan, ketagih dadah sehingga dibawa ke mahkamah.

Tanpa menyatakan mereka itu idola kepada masyarakat atau tidak, kita dapati aktiviti mereka sangat ditonjolkan oleh media seperti kulit2 majalah hiburan, rancangan2 hiburan di kaca TV dsb. Perbuatan mereka itu bagai sejenis spesis yang sering menukar imej mengikut suasana. Bagi kita manusia Islam perbuatan itu adalah bersifat pura-pura (Bah.Inggeris= hypocrete, bah.Arab= munafiq).

Maka kita sangat mengharapkan adanya golongan2 tertentu dari masyarakat kita seperti para mufti, ulama berjawatan di jabatan2 kerajaan/pusat pengajian tinggi atau tidak, NGO2 / badan2 dakwah menggunakan 'power' yang ada bagi membasmi atau selalu bertindak menegur dan sebagainya. Ini juga adalah peranan bersama mencegah kemungkaran dan benih2 maksiat. Adakah kita/mereka akan terlepas dari pertanyaan mahkamah Allah di akhirat nanti. Ataukah begini yang kita faham bila kita berada di dalam sebuah negara Islam Hadhari?
ATAU BAGAIMANA DAN KEMANA KITA?

Moga teguran ini bermanfaat untuk kita semua.

Untuk mengubati wanita alahan mengandung, ambillah kulit pokok beka kemudian kikis buangkan kulit arinya. Tumbuk hingga halus dan perah lalu diambil airnya kemudian minumlah. Jika kurang mujarab campurkan dengan daun pokok ngadin.

Supaya mudah bersalin amalkan:

1. Ketika waktu hamil 6 bulan minumlah satu sudu besar minyak kelapa sekali seminggu. setelah masuk 9 bulan lakukanlah sedemian setiap hari. atau

2. Seminggu sebelum tarikh bersalin telanlah setiap pagi sebiji telur ayam kampung secara mentah (tanpa di masak).

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sejahat2 pencuri ialah orang yang mencuri dari solatnya" Sahabat2 bertanya," Bagaimana dia mencuri dari solatnya?", sabda Baginda: " Dia tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya".

Kejahatan pencurian yang terbesar ialah pencurian dalam solat. Pencurian dari solat bermakna tidak mengerjakannya dengan tuma'ninah /tenang. Solat yang sambil lewa. Tidak tuma'ninah ialah tidak meluruskan dengan tenang sejenak atau mendiamkan gerak punggung ketika ruku' dan sujud, tidak tegak betul ketika bangkit dari ruku' serta ketika duduk antara dua sujud.

Semua keadaan itu telah menjadi kebiasaan yang sering dilakukan oleh sebahagian besar orang yang bersolat. Boleh dikatakan di setiap jemaah / masjid terdapat golongan ini, yang tidak tuma'ninah dalam solat; padahal tuma'ninah adalah rukun dalam solat. Tanpa tuma'ninah boleh membatalkan setiap solat yang didirikan.

Rasulullah s.a.w memberi kenyataan serius dengan sabdanya: " Tidak menjadi solat seseorang sehingga dia menegakkan punggungnya ketika ruku' dan sujud".

Solat tanpa tuma'ninah adalah satu kemungkaran yang mesti dicegah dan diperingatkan. Abu Abdillah al Asy'ari berkata:" (Suatu ketika) Rasulullah s.a.w solat bersama para sahabat. Kemudian beliau duduk sama sekelompok dari mereka. Masuk seorang lelaki terus berdiri menunaikan solat. Orang itu ruku' dan sujud dengan agak cepat seperti mematuk, tidak sempurna; lalu Nabi s.a.w bersabda yang mafhumnya:

" Apakah kalian menyaksikan orang ini? Sesiapa (hingga) mati dengan keadaan seperti ini (solatnya) maka dia mati dalam keadaan di luar agama Muhammad. Dia mematuk dalam solatnya seperti burung gagak mematuk darah. Sesungguhnya perumpamaan orang yang solat dan mematuk dalam sujudnya bagaikan orang lapar yang tidak makan kecuali sebiji atau dua biji kurma, bagaimana dia boleh merasa cukup dengannya?"


Orang yang tidak tuma'ninah dalam solat, padahal ia mengetahui hukumnya, maka wajib baginya mengulangi solatnya seketika dan bertaubat atas solat-solatnya tanpa tuma'ninah di masa yang lalu. Dia tidak wajib mengqadha/ulangi solat-solat tersebut, berdasarkan hadis yang bermaksud: " Kembalilah dan solatlah sesungguhnya kamu belum solat".

Oleh itu hendaklah kita menunaikan kewajipan solat dengan penuh kesedaran, bulat hati kepada Allah dan sempurna caranya menurut cara Nabi s.a.w bersolat. Kita tidak mahu solat yang kita kerjakan selama ini menjadi sia-sia atau membawa bekas bekalan (solat) yang kosong di akhirat nanti ke hadhrat Allah padahal bekalan solatlah paling utama akan dinilaikan kelak.

Selepas membidas kenyataan Naib Presiden REFORMIS yang mencabar beliau berdebat secara terbuka tentang sistem pentadbiran negara dan prinsip beliau, Mohd Ezam bekas ahli UMNO merangkap bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan yang kini baru melompat ke UMNO semula menjelaskan:

" Jika ada mana2 pihak yang masih pertikaikan apa yang telah saya dedahkan terutamanya berkenaan isu enam kotak yang mengandungi dokumen rahsia itu, mereka boleh tanya sendiri kepada Anwar. Ini kerana saya sudah banyak kali jelaskan bahawa kewujudan enam kotak itu memang dalam pengetahuan saya tetapi ia ada pada Anwar. Saya sudah nyatakan kepada pihak polis yang menyiasat saya ketika saya ditahan mengenai perkara tersebut. Mereka patut dedahkan itu."
-Sinar Harian 10 Ogos 2008.

Apa pula komen anda dengan telatah Ezam ini?


Timbalan Presiden UMNO DS Najib Tun Razak ketika menemui jentera pilihan raya Permatang Pauh semalam menggesa ahli2 UMNO tumpukan kTimbalan Presiden UMNO DS Najib Tun Repada PR Kecil Permatang Pauh 26 Ogos ini dan ketepikan dulu soal pemilihan parti. DS Najib menyatakan:

" Masa sekarang ini ketepikan permasalahan dalaman, jangan fikir soal pemilihan dalam bahagian, mereka mesti memikirkan tentang pilihan raya Permatang Pauh sahaja dalam masa terdekat."
-Sinar Harian, 10 Ogos 2008.

Bagaimana pendapat anda?


Mantan PM Tun Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Kuala Terengganu meramalkan DS Anwar Ibrahim akan menang pada PRKecil P44 Permatang Pauh.

Ujar beliau,
" Jika undi majoroti lebih besar, implikasinya bukan kerana Anwar lebih popular tetapi UMNO kurang popular. Sekiranya lebih kecil, kita boleh katakan bahawa UMNO telah melakukannya."
- Sinar Harian, Ahad 10 Ogos 2008.

Komen anda?

Ucapan2 zikir utama di dalam Islam mempunyai kelebihan2 dan falsafahnya yang tertentu untuk menandakan ingatan seorang hamba kepada Allah Subhanahu wata'ala.

Pengertian bagi kalimah2 zikir utama itu antaranya ialah:
- Tasbih bermakna menyebut2 "Subhanallah"- Maha Suci Allah.
- Tahmid bermakna menyebut2 "Alhamdulillah"- Segala pujian hanya bagi Allah.
- Takbir bererti menyebut2 "Allahu Akbar"- Allah Maha Besar.
- Tahlil bererti menyebut2 "La ilaha illalah"- Tiada tuhan melainkan Allah.
- Istighfar bermakna menyebut2 'Astaghfirullah"- Aku mohon keampunan Allah.

Ada lagi beberapa kalimah sebutan zikir yang lain menurut sunnah, selain dari membaca kitab suci Al-Quran. Semua amalan itu adalah merupakan ibadat kepada Allah dan akan memperolehi pahala daripada-Nya.

Ucapan Takbiratul-ihram "ALLAHU AKBAR" adalah sebut / bacaan rukunbagi seseorang mukmin ketika memulakan setiap solatnya sama ada solat fardhu atau solat sunat. Hukumnya wajib setelah disertai niat untuk mendirikan sesatu solat yang tertentu. Manakala mengangkat tangan separas telinga bagi lelaki atau separas bahu bagi wanita adalah sunat.

Dinamakan ' Takbiratul-ihram' adalah kerana setelah 'mengangkat' takbir dengan menyebut "Allahu Akbar" segala perbuatan yang dibolehkan seperti bergerak2, berjalan, ketawa, makan. minum dan lain2 sebelumnya akan diharamkan / dilarang bagi mengesahkan solat tersebut. (Amalan ini samalah dengan perbuatan mengerjakan ihram dalam ibadat haji dan umrah; ada perbuatan2 tertentu yang dilarang meskipun sebelumnya perbuatan2 tersebut dibenarkan oleh syarak). Larangan2 itu berterusan sehinggalah tamat solat dengan lafaz salam.

Kalimat takbir itu amat sesuai menjadi kunci pembuka setiap solat kerana orang yang mahu menghadap kebesaran Allah s.w.t perlu menolak sebarang bentuk keagungan da kebesaran selain Allah Taala. Angkat tangan pula menandakan penyerahan dan kepatuhan diri yang mutlak ke hadhrat Allah. Dengan hadir hati yang penuh ikhlas dan khusyuk seseorang hamba dengan sengaja menunaikan segala perintahNya.

Kemudian kalimat 'Allahu Akbar" ini diulangi pada setiap gerak solat menggambarkan bahawa setiap detik kelakuan sewaktu solat itu dipenuhi dengan membesarkan dan mengagungkan Allah Maha Pencipta, Maha Pengasih dan Maha Penyayang; dengan harapan timbul rasa malu, gerun dan hebat terhadap kepada Allah pada hati setiap orang yang sedang bersolat.

Bahawa kedua belah tangan yang terikat kemas di bawah dada dan kedua kaki yang terpaku kuat di bumi / lantai, manakala kepala dan mata tunduk memandang ke bawah tempat sujud ; semua anggota badan tegak ke arah satu kiblat adalah menjadi gambaran penyerahan diri seorang hamba yang hina dan kerdil dirinya ke hadhrat Allah Yang Maha Agung.


Menyebut Takbiratul-ihram juga adalah bermula terpisahnya ingatan dan perlakuan kita dengan alam nyata. Ia memutuskan hubungan seorang hamba Allahdengan alam sekeliling yang sentiasa sibuk baik berupa nikmat atau kesusahan. Ia memisahkan akal, hati nurani serta pergerakan zahir ke alam quddus mengadap Allah yang maha Kuasa dan Maha Perkasa.

Bila mana kita ingat dan beramal dengan falsafah ini, maka kita telah sanggup melutut dengan kerendahan batin / tiada lagi sifat2 besar diri di hadapan Allah Yang Maha Mulia. Kita akan menyerahkan diri di bawah tadbir-Nya Yang Maha Adil dengan seluruh jiwa raga, segenap perasaan dan semua anggota zahir bergerak ke arah pengambdian yang hakiki kepada Allah tanpa berbelah bahagi.

Dengan mentakbirkan Allah sentiasa, kita menjadi patuh akan semua perintah-Nya dan tidak akan ingkar terhadap suruhan dan larangan-Nya. Hasilnya kemudian sudah tentulah seorang hamba itu akan menjadi hamba yang mukhlis (ikhlas), solih (baik), siddiq (dipercayai) dan sebagainya. Dia akan memperolehi keistimewaan yang banyak sama ada di dunia kini dan di akhirat kelak.


DI ATAS SEJADAH

kupacak tiang lima khusyuk ikhlas
Tuhan, kusemai benih doa ke hadhrat-Mu
nanti tumbuh kebaikan dunia akhiratku
pohon jauhi perit siksa-Mu

hamparan indah lembut
bagai tadahan mengumpul makna sejati
tingkah hidup sepanjang umur, baldunya
memaku langkah seketika menggenap
hukum perintah bahawa dinihariku ini
menyegarkan kepatuhan dan pengabdian
tengaharinya teguh berdiri
petang usia memanggil pulang
tiba senja menepis dosa dan
kelam nanti memanis iman

Tuhanku,
rukuk sujud ini penyerahan segala
paduan tangan ini menyata hasrat hamba.

16 Muharram.
Ratib 1000 Syair, GAPENA 2005.

Merawat Kemandulan adalah cara2 / ikhtiar untuk mendapatkan anak>>>


1. Kedua2 pihak suami dan isteri banyak beristighfar / mohon keampunan dari Allah Taala Yang Maha Pengampun dan Maha Pemberi Rezeki.
2. Berdoa ke hadhrat Ilahi sebelum melakukan persetubuhan oleh kedua2 pihak, suami dan isteri agar dikurniakan anak.
3. Melakukan persetubuhan pada masa pihak isteri sedang subur, lebih kurang 14 hari sebelum masa haid berikutnya.
4. Melakukan persetubuhan 3-4 kali seminggu.
5. Mandi dan tunaikan solat sunat dahulu sebelum bersetubuh.
6. Pihak isteri amalkan banyak makan daging, ikan laut dan kacang taugeh.
7. Amalkan memakan taugeh/ kacang cambah setiap hari dan seminggu sekali memakan rojak nenas. Insya Allah dalam masa 5 bulan akan nampak hasilnya.

- petikan buku Ubat2an Tradisional Melayu, Us. Azahari Ibrahim, Pustaka Nadia.

Bermula separuh penggal kedua tahun 2008 adalah merupakan hari2 yang semakin serabut. Hari2 yang berlalu boleh menyesakkan nafas kita rakyat Malaysia. Banyak hal ehwal yang boleh mencemaskan perasaan kita. Semua keadaan itu menduga kita untuk ikut 'berasa' dengan apa yang terjadi dan bakal berlaku.

Dalam tahun 2008 ini berlaku banyak berubahan kuasa dan iklim politik. Keadaan ini boleh juga disebut sebagai suatu suasana / era bermulanya isu 'peralihan kuasa'. Tidak dapat dinafikan ianya merupakan hasil bahana atau tsunami politik pasca PRU12 yang berlaku dalam bulan Mac sekaligus mengejut semua pihak khususnya pucuk pimpinan dan para penyokong Be End/Umno. Keputusan PRU12 betul2 telah mencorakkan senario politik dan kuasa kepimpinan di tanah air kita yang tercinta ini.

Peralihan kuasa telah berlaku pada kerajaan2 negeri Pulau Pinang, Kedah Darulaman, Perak Darul-Ridzuan dan Selangor Darul-Ehsan. Ini merupakan suatu peristiwa besar dalam mengisi buku sejarah Malaysia, kerajaan2 negeri pimpinan Be End telah beralih kuasa kepada pimpinan Pakatan Rakyat. Peralihan kuasa tersebut berlaku secara pilihan rakyat melalui pilihan raya, sistem demokrasi negara kita.

Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Malaysia, YAB Pak Lah telah menyebut mengenai peralihan kuasa Presiden Umno dan PMnya akan dibuat kepada timbalan kedua2 jawatan tadi YAB Najib TR bukan melalui pencalonan dan pemilihan biasa pucuk pimpinan Umno mengikut tradisi pada persidangan Umno Disember/hujung tahun ini.

Peralihan/perpindahan/pertukaran kuasa ciptaan mantan PM Tun Mahathir akan dibuat oleh Pak Lah menjelang Jun 2010. Dua tahun dari sekarang. Najib tidak payah bertanding menentang jawatan nombor wahid lagi atau bertanding mempertahankan jawatan timbalan. Jawatan nombor wahid itu kelak akan menjadi milik Najib 24 bulan dari sekarang. Najib kena banyak bersabar.

Di dalam satu perhimpunan wanita Umno minggu lepas, Ketua Wanitanya DS Rafidah Aziz juga telah menyebut akan membuat peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Shahrizat Jalil menjelang Jun 2009, tahun depan. Kenyataan beliau ini juga menurut jejak Pak lah; semacam menafikan pencalonan dan pertandingan secara tradisi Umno pada hari persidangan agongnya bakal berlangsung hujung tahun ini.

Maka Shahrizat juga terpaksa menunggu jawatan nombor wahid itu dengan penuh yakin bahawa jawatan itu tidak akan lari daripadanya. Ertinya pada pertengahan tahun hadapan, Pak lah selaku presiden akan mempunyai ketua wanita yang baru; seorang yang kalah di dalam pilihan raya parlimen juga seorang ketua wanita yang tidak dipilih secara demokrasi memegang jawatan tersebut.


Dengan gamakan sedemikian maka seolah2 berlangsunglah satu lagi sistem perlantikan pucuk pimpinan di dalam kamus politik dunia. Terlantiklah seorang pemimpin negara nanti hasil penyerahan kuasa yang disebut lebih awal sebagaimana sistem monarki bukan beraja, tetapi ala Umno. Suatu sistem baru yang dibuat atas dasar ketamakan kuasa dan berkepentingan diri tanpa merujuk kepada sistem demokrasi yang diamal dan dilaung2kan selama ini. Padahal sistem demokrasi inilah yang dianggap cara terbaik selama ini dan ianya berjalan di dalam negara kita menurut kehendak pakcik British sejak lebih setengah abad yang lalu.

Maka tidak hairanlah kelak jika sistem ini menjadi amalan dan ikutan pula pada peringkat ketua perhubungan negeri, bahagian2 dan cawangan2 Umno, perlantikan wakil2 rakyat dan MB2nya peringkat negeri baik secara langsung atau tidak.

>>>Dalam masa terdekat kita tabik kepada apa yang berlaku kepada penjawat ahli parlimen Permatang Pauh DS Wan Azizah (merangkap Ketua Pembangkang di parlimen) sanggup terlebih dahulu meletak jawatan bukan menyerahkan kepada DSAI. Untuk melantik jawatan AP baru bagi kawasan Permatang Pauh akan berlangsung melalui pilihan rakyat sendiri, melalui pilihan raya kecil. Kalah menang, berhasil atau tidak DSAI menjadi AP Permatang Pauh, maka para pengundi kawasan itulah yang akan menentukannya jika tidak wujud halangan lain.

Itulah senarionya yang berlaku dalam politik cara Umno dan itulah satu isyarat bila terjadi keadaan terdesak bercampur dengan sifat kepentingan diri. Masa depan belum tentu milik kita. Apa2 pun boleh terjadi dengan serba kemungkinannya. Wallahua'lam. Dan Allah lebih mengetahui.

Kita tunggu dan lihat sejauh mana sistem peralihan kuasa begini berlangsung baik di dalam suasana iklim politik dan siosial yang hangat ini. Kita tunggu dan lihat juga satu harapan besar sebahagian pimpinan dan rakyat para penyokong parti2 Pakatan Rakyat di negara tercinta ini untuk mengalih yang ada (Be End) kepada kuasa baru menjelang bulan September sebagaimana war2 yang kita tahu.
Ada mata lihat. Ada telinga dengar. Ada otak fikir. Ada hasrat, doa2kan.
Insya' Allah.



KERUSI YB

dengan segala kepntaran
tekun memanfaat kesempatan
dia pun menita sebuah kerusi YB
sebelumnya adalah dia seorang pesilat
sentiasa siaga memasang kuda-kuda
cekap membeberkan serba kelicikan

apabila jalan telah rata
memberi laluan terbaik,
dia disanjung di atas kerusi
kurnia rakyat itu, dia
membayangkan buah-buah mimpi

lupa janji lupa perjuangan
ingin sahaja dia meraih untung banyak
sebelum musim berlalu
kerusi satu itu
boleh mendudukkan hukum
atau sesekali menutup pekung.


Kelantan, Januari 1991.
Racun Abadi 2001.


LAIN JALAN KE PARLIMEN

tiada guna memperbanyak argumen atau
jejambat ke bangunan keramat itu
cukup engkau melangkah dengan formula lapukmu

suara rakyat sudah hilang berkat
kecuali lantang pendakwa dan peguambela @
putusan hakim yang juling mata

lain jalan ke parlimen adalah langkah
bias anggota senate walaupun pernah
kecundang di mata rakyat tetapi
menggetus pandangan pemerintah

lain jalan ke parlimen juga perlu
kepintaran menangguk di rawa keruh.


Kota Bharu, Februari 1991.
Racun Abadi 2001,






Rasuah atau risywah (bah. Arab) memberi maksud sogokan, wang suap, tumbuk rusuk, duit kopi, politik wang, korupsi atau corruption (bah. Inggeris) atau pemberian sagu hati secara sulit dengan niat mendapatkan faedah kerana sesuatu jasa dsb.

Perbuatan rasuah terjadi melalui cara memberi atau menerima sogokan tersebut baik berupa wang, barangan, pangkat atau apa jua janji2 manis demi membalas jasa orang yang berkenaan seperti pemimpin politik, orang2 besar dalam sesuatu jabatan, hakim, pihak berkuasa dan termasuk juga para pengundi di dalam sesuatu pemilihan. Amalan rasuah ini adalah perbuatan dosa besar, jahat, terkutuk dan zalim.

Memberi rasuah kepada hakim atau qadhi supaya dia mendiamkan kebenaran atau melakukan kebatilan adalah perbuatan jahat dan zalim. Tidak adil, amat berat sebelah dan khianat jika ianya terjadi di dalam sesatu perbicaraan di mahkamah. Akibatnya akan wujud pula dendam atau akan berlaku pula keburukan yang lebih dahsyat, masyarakat akan kacau, akan berlaku huru-hara di muka bumi jika amalan rasuah semakin berleluasa, tidak dibendung. Bila para pelaku jenayah dan maksiat akan bebas dengan maksiat dan jenayahnya, maka usah hairanlah jika suatu ketika nanti perkara baik dianggap tidak baik; sebaliknya perkara maksiat, jenayah dan aneka kejahatan akan diterima baik oleh masyarakat. Maka bolehlah dikatakan zaman itu ialah Zaman Dajjal.

Sesebuah negara akan mengalami kehancuran akibat pemimpinnya tidak bertanggungjawab membasmi amalan buruk ini; amat malang lagi jika terdapat ramai kalangan pemimpin yang juga bergelumang dengan amalan rasuah. Sesetengah kementerian atau jabatan yang berurusan terus dengan rakyat jelata lebih mudah merebaknya penyakit rasuah ini. Kita biasa dengar dan baca tentang pegawai2 atasan kementerian / jabatan tersebut terlibat dengan gejala ini. Walaupun pihak tertentu Badan Pencegah Rasuah misalnya ditubuhkan dan beropersi sejak lama, namun kegiatan rasuah tidak juga berhenti. Di mana silapnya bukan kita semua tidak tahu. Malah istilah2 ikan jerung, ikan bilis, jenayah kolar biru dan jenayah kolar putih muncul adalah punya kaitan rapat dengan gejala rasuah ini.

Hingga kini tetap ada penagih2 / pengamal2 rasuah yang tegar di beberapa jabatan yang terkenal dalam masyarakat kita. Amalan memberi rasuah lain maknanya dengan takrif upahan yang sebenar. Tradisi upahan samalah dengan makna gaji, hadiah, saguhati atau ganjaran melalui cara yang telus diketahui ramai; amalan ini sudah tentu baik dan mendapat pahala. Manakala perbuatan rasuah kebanyakannya terjadi secara sembunyi, punya taktik tertentu atau terbit dari niat terselindung yang tidak direstui masyarakat umum.

Islam melarang keras amalan mengambil rasuah atau mengambil untung dari memberi rasuah; Allah Taala berfirman, mafhumnya: " dan janganlah kamu makan harta2 kamu/di kalangan kamu dengan cara yang batil (tidak benar @ rezeki yang haram), dan janganlah kamu berurusan harta kepada hakim agar kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain dengan cara berdosa, padahal kamu semua mengetahui." ( Al-Baqarah:188)

Sebuah hadith marfu' diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w menyebut: " Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam (urusan) sesuatu hukum (keputusan). Namun ada juga ulama yang mengatakan jia tidak ada jalan lain selain rasuan untuk mendapatkankebenaran atau menolak kezaliman maka hal itu tidak termasuk dalam ancaman tersebut.

Di dalam masyarakat hari ini amalan rasuah semacam menjadi biasa. Ada orang yang terlibat menjadikan rasuah satu income di samping gaji tetap/halal yang diterimanya. Malah income melalui rasuah lebih besar dan membanggakannya. Maka jadilah pendapatannya itu untuk memenuhi keperluan hidup rumahtangganya; diri, isteri dan anak2nya. Jadilah pula makan minum mereka tidak diberkati malah lama kelamaan akan menjahanamkan rumahtangga mereka, selain terseret ke muka pengadilan.

Akibat berlakunya rasuah juga, undang2dan peratuan sesuatu jabatan /urusan menjadi sia-sia malah makin menyulitkan. Kerananya juga mengakibatkan orang yang berhak diterima sebagai pekerja digantikan oleh orang yang tidak berhak yang kadang2 tidak ada kelayakan dan kebolehan yang sesuai dengan tugas2nya.

Dalam bidang pentadbiran pula, layanan yang baik hanya diberikan kepada orang yang mahu merasuah/memberi wang sogok. Manakala orang yang tidak mengeluarkan sogokan rasuah itutidak dilayan baik. Tidak berlaku adil sebegini akan mengakibatkan berleluasa sikap diskriminasi dan dengki. Dosa dan kesalah perbuatan tersebut tidak dihitung lagi.

Faktor buruknya amalan korupsi ini akan merebak pula sifat / nafsu tamak dan berkepentingan diri, akan hilanglah sifat peri-kemanusiaan, tolerasi, jujur dan kasih sayang persaudaraan sesama orang Islam. Maka selanjutnya orang tersebut, keluarganya, masyarakatnya malah negaranya tidak akan mendapat rahmat Allah jika perbuatan rasuah ini tidak dihapuskan.

Punca lahirnya amalan rasuah yang ada pada diri orang2 Islam ialah adanya nafsu kasih keduniaan (hubbuddunia), cintakan harta (hubbulmal), sukakan kemegahan (hubbuljah), kufur nikmat, lupakan dosa, lupakan akhirat, tidak ingatkan Allah; hakikatnya mereka bukan orang yang benar2 beriman.

Baik bernama politik wang, duit kopi, tumbuk rusuk, rasuah atau apa nama sekalipun; semuanya adalah sogokan, amalan haram berdosa besar sebaya perbuatan terkutuk yang lain2 seperti meminum arak, berzina, berjudi dan amalan2 dosa besar yang lain, yang menempah kemarahan Allah dan Rasul-Nya.

Ingatlah Allah Taala Maha Mengetahui apa-apa yang manusia lakukan sama ada terang2an atau sembunyi2.


DENAK

hati-hati dihidangnya umpan dan persahabatan
menyenandung lagu dan lirik pada gedung
serba mewah, menggetus pehatian

si tukang sihir itu pun berlalu, bersilih
senyuman mengimpikan sejumlah mangsa baru.

Krai 1992.
Racun Abadi 2001.


VIP

jadilah beliau orang terpenting
banyak menghasil cita-cita dan muslihat
sejak kebelakangan kerap merasmikan
kilang sogok dan upacara memancing

" industri begini memang lumayan pulangannya,
asal sahaja tuan pintar mengagak atau
umpan segar di jebak"


Kuala Lumpur.
Racun Abadi 2001